Rabu, Januari 16, 2008

Salam pembuka bicara...

Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah, setelah sign up account di blogger ni minggu lepas, akhirnya terhasil jualah blog yg selama ini difikir-fikirkan. Entah bila nak buat. Tapi akhirnya siap jugalah saat ni. Di ITD ni, sisters yang tadinya memenuhi ruangan, dah beransur pulang. Cuma saya masih di sini. Bukan apa, mencari-cari maklumat yang dikehendaki Dr Haslina utk subjek Computer Application in Language and Literature. Entahla kenapa agak susah nak cari walaupun internet ni dah cukup canggih, semuanya di hujung jari. Mungkin jugaklah, badan ni dah terasa penat, dari tadi asyik ke hulu ke hilir selesaikan kerja yang tak surut-surut. Agaknya kalau ada CCTV, imej sayalah yang paling kerap lalu lalang di IRKHS ni. Hehe.



Biarlah saya larikan fikiran dari mencari-cari di Google yang tak kunjung jumpa ni. Sebanya, minggu ni bagi saya mungkin boleh dianggap minggu SIBUK, sebab agak banyak perkara nak diselesaikan, semuanya tak lari dari peranan sebagai mahasiswa dan da'ei tu sendiri. Bila difikir-fikirkan, saya rasa dah melebihkan tanggungjawab sebagai da'ie berbanding pelajar. Tapi bila fikir dua kali, inilah sebenarnya asam garam kehidupan, tak boleh lari dari tanggungjawab2 tersebut. Terasa tak cukup rehat, tapi tidak mengapa, itu semua ujian dan dugaan yang sebenarnya tarbiyyah dari ALLAH. Ada beberapa perkara nak dikongsikan, tapi mungkin lain bicara. Perasaan sedih melingkari hati bila lihat saudara-saudara lain lena dibuai mimpi dunia yang indah. Ya ALLAH, selamatkanlah kami. Berilah hidayah pada orang-orang yang belum ketemu Hidayah-Mu.