Rabu, April 23, 2008

semangatku kembali...

Assalamu'alaikum..

















salah satu LDK bersama adik-adik Grup 6 KUKEP di SMKPZ, Seremban


Alhamdulillah, akhirnya semangat berprogram yang telah hilang sepanjang cuti semester ini kembali berada dalam diri. Mungkin semangat itu hilang kerana beberapa faktor, yang tak perlu disebutkan di sini. Takut nanti ada hati-hati yang berkecil hati. Apa yang pasti, setelah pulang dari mesyuarat di Wisma ABIM N9 petang tadi, barulah saya rasakan semangat itu 'kembali' ke dalam diri.

Mesyuarat tadi tak lain tak bukan membincangkan beberapa program yang akan dijalankan dalam masa terdekat ini. ada lebih kurang 3 program, campur 1 program yang memang dah sedia dalam list. Jadi ada 4 program, yang membuatkan bulan Mei saya 'full'. Nasib baik juga saya bakal kembali ke Taman Ilmu dan Budi Ahad ini, kalau tak habislah saya. Di 'full-utilized' untuk program2 tersebut. Hehe.

Harapan untuk menggunakan short sem yang akan datang ini untuk menebus kembali 'kekalahan' saya pada exam final baru-baru ini, nampaknya berdepan dengan sedikit cabaran. Walau apapun, saya berharap akan dapat menyusun agenda-agenda harian saya dengan lebih baik, supaya saya tak lagi menjadikan alasan sibuk berprogram sebagai salah satu punca 'ketewasan' saya ini. Seorang sahabat saya berkata : Gagal untuk bersedia bermakna bersedia untuk gagal. Memang betul pun.

Target saya untuk menghabiskan bacaan beberapa buku yang sedia ada dalam koleksi nampaknya sedikit berjaya. Tapi agak pelik bila ada satu buku 'sesat' yang sebenarnya tiada dalam 'to-read' list. Hairan ye. Takpela, asalkan saya meneruskan pembacaan sepanjang cuti ini.

Baru sekarang dapat post di sini sebab internet kembali 'bernyawa' 2 hari lepas. Itupun sebab nak tengok result exam. InsyaALLAH, ada 2 post akan menyusul tidak lama lagi.

Wassalam, salam ceria selalu..!!

Rabu, April 02, 2008

terima kasih daun keladi...




Tersenyum seketika bila membaca komen yang meminta saya membesarkan saiz tulisan. Betul juga, saya sendiri pun 'sakit mato' nak baco. 'Ala kulli hal, terima kasih atas teguran. Moga kita lebih prihatin dengan isu-isu yang melanda umat Islam di saat ini.


Bersama membudayakan ilmu dengan membaca!

saat bertawakkal..

Alhamdulillah, baru selesai paper 'Ulum Quran (Science of Quran-Arabic) tepat jam 11 pagi tadi. Rasa ringan, sebab dah selesai menjalani peperiksaan final yang kedua di bumi Taman Ilmu dan Budi ini. Bermula 24Mac 2008, berakhir 2 April 2008. Satu jangka masa yang saya kira tidak begitu lama, sebab sem ini saya mengambil 7 subjek, termasuk 1 subjek CCAC (subjek kokurikulum). Seolah-olahnya jadual peperiksaan saya kali ini berkata pada saya : ' kau takde mase untuk main-main!'

Memang, kerana jarak yang tak berapa jauh antara setiap paper. Jarak yang paling lama pun, selama 2 hari sahaja. Bagaimana dengan prestasi saya pada kali ini? Soalan untuk diri sendiri ini agak sukar untuk saya jawab, kerana beberapa faktor. Faktor pertama, kurang bersedia sebelum masuknya 'revision period'. Ada perkara lain yang saya uruskan ketika itu. Hmm..

Faktor kedua, cara saya menjawab soalan-soalan. Saya menyimpulkan soalan-soalan yang saya hadapi kali ini tidak memerlukan ta'wil untuk sampai kepada kehendak sebenar. Namun begitu, bagi saya agak sukar untuk menjawabnya (kebanyakan). Mengapa jadi macam ni kalau soalan-soalan itu mudah difahami, senang kata 'straight' je?

Faktor ketiga, yang sebenarnya menjadi jawapan kepada soalan-soalan di atas. Saya menghidap penyakit SMS. Bukan Sheikh Muszaphar Shukor, yang baru-baru ini dianugerahi gelaran Dato', bukan jua Simple Messaging System. Tapi 'Sindrom Memburu Semangat'. Ya, itulah yang saya hadapi sepanjang musim peperiksaan ni. Kadang kala semangat itu ada, tapi amat payah untuk saya ubah menjadi satu 'booster' ketika menelaah. Mengapa jadi begini? Puas saya mencari jawapannya. Mungkin ada khilaf dengan sesiapa. Sepanjang exam kali ini, saya selalu berhubung dengan ummi dan ayah. Selalu mohon restu dan doa. Alhamdulillah, kerana mereka selalu doakan saya, dan adik-adik yang lain.

Saya tercari-cari, mungkin ada kesalahan yang dah saya lakukan, yang menyebabkan pihak yang terlibat terasa hati. Orang Negeri kata 'kocik ati'. Siapa ya orang atau orang-orang itu? Nak kata ada saman yang nak kena bayar, saya dah langsaikan awal sem haritu (nampak macam teruk, tapi sebenarnya kesalahan kecil, sebab tak alert dengan rules and regulation). Atau, kesalahan atau dosa saya dengan Allah, yang tidak saya sedari? Astaghfirullah al 'Azhim..

الإنسان لا يخلوا عن الخطاء والنسيان
Moga ALLAH mengampunkan dosa-dosa saya, yang mungkin menghijab saya sepanjang musim exam yang baru berlalu ini, ataupun selama hidup ini.
Pimpinlah diri ini supaya tak tersasar haluan hidup..
بسم الله توكّلت على الله، ولا حول ولا قوة إلاّ بالله العلي العظيم
Jika diri ini layak untuk mendapat kejayaan, maka Engkau berikanlah Ya ALLAH. Jika tidak, jadikanlah ia sebagai penguat semangatku untuk terus tekun menuntut ilmu.
Memetik kata-kata Aristotle, ahli falsafah Yunani :
"Pendidikan mempunyai akar yang pahit, tetapi buah yang manis"