Isnin, Jun 30, 2008

Cerita 30 Jun 2008

Masuk hari ini nampaknya dah seminggu blog ini sunyi, tak ber'jenguk'. Internet di rumah ini baru disambung semula 'nyawa'nya tadi oleh ayahku. Sepanjang seminggu ni, dah macam-macam perkara terjadi. Usahkan seminggu, sehari pun apa-apa perkara yang tak dapat dijangka boleh terjadi.

Bermula pagi tadi, dikejutkan dengan SMS yang masuk dalam telefon bimbit ummi.

[teruskan bacaan]

SIARAN MEDIA 24 JUN 2008/ 19 JAMADIL AKHIR 1429:

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada pengumuman kerajaan untuk memberi ganjaran durian runtuh sebanyak RM 1 Juta kepada atlet Malaysia yang memperolehi pingat emas dalam acara sukan Olimpik di Beijing Ogos 2008 nanti. Pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri itu juga menyebut, atlet yang mendapat pingat perak dinaikkan RM 300,000 dan pingat gangsa RM100,000.

PKPIM membantah keras cadangan kerajaan untuk mempertaruhkan duit yang begitu mewah kepada atlet yang berjaya nanti. Dalam situasi rakyat menempuh keperitan hidup akibat harga minyak naik, barang keperluan naik dan segala macam lagi, insentif kemewahan itu tidak melambangkan situasi sebenar kehidupan rakyat.

PKPIM mempersoalkan, apakah kewajaran kerajaan membuat keputusan yang semakin membangkitkan kemarahan rakyat? Apakah kerajaan tidak merasai nadi denyutan rakyat yang terus dihimpit kesusahan? Apakah benar dengan ganjaran mewah itu mampu mengangkat motivasi atlet negara untuk cemerlang nnati?

Ini persoalan besar yang harus dijawab oleh kerajaan. Dalam kesempitan hidup rakyat menanggung harga barang yang naik, kerajaan harus bijaksana menumpukan kepada kebajikan rakyat terbanyak.

Kerajaan tidak boleh membuat anggapan dengan ganjaran mewah itu atlet Malaysia mampu cemerlang dan konsisten dengan kecemerlangannya. Ganjaran mewah bukan jaminan atlet akan cemerlang. Kerajaan seharusnya tidak membudayakan nilai materialistik kepada atlet negara.

Seharusnya atlet negara dididik supaya mempunyai semangat juang yang tinggi, demi mengangkat martabat negara. Memberi ‘umpan’ mewah bukan cara terbaik untuk mendidik atlet negara. Berapa ramai yang kecundang dan hanyut akibat di’belai’ dengan kemewahan melimpah setelah menang dalam acara sukan?

PKPIM menggesa supaya kerajaan membuat keputusan bijak dalam soal ganjaran ini. Tidak salah memberi ganjaran, tetapi biar berpatutan. Jika dalam situasi kesempitan hidup sekarang kerajaan meminta rakyat mengubah gaya hidup, maka kerajaan harus mengubah cara perbelanjaan duit rakyat. Malah atlet seharusnya dididik supaya perjuangan dalam sukan Olimpik adalah perjuangan mati dan hidup sukan negara, bukan bersandarkan ganjaran semata!


MOHD HILMI RAMLI


Presiden

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Sabtu, Jun 21, 2008

Doakan Saya

Assalamu'alaikum..

Di kala insan lain telah pulang ke pangkuan keluarga, saya masih di bumi Taman Ilmu dan Budi ini, masih diulit buku dan ilmu..

Saya masih ada satu paper lagi, esok pada jam 9 pagi 22 Jun 2008.. Doakanlah saya agar terus tabah menjalani peperiksaan, dengan situasi di UIA ini yang semakin lengang.. =)

Seperkara lagi, malam tadi saya mendapat mesej dari sepupu yang paling rapat dengan saya, Kak Shima. Dia dalam perjalanan ke hospital untuk melahirkan anaknya yang ke-3. Sebenarnya yang keempat, kerana dia kehilangan anaknya yang ketiga ketika anaknya itu berusia setahun lebih, akibat komplikasi hati. Doakanlah agar dia mudah melahirkan anak.. Saya nak dapat anak buah baru!! Yeay.. Ya ALLAH, permudahkanlah dia, moga anak yang dilahirkan akan menjadi anak yang soleh (insya-ALLAH lelaki sebab dah scan).

Salam Imtihan..
Bagi yang sedang bercuti,
'UtLaH Sa'iEdaH!!

~sahmura~
12.54 pm
21 Jun 2008
CC Mahallah Maryam

Khamis, Jun 19, 2008

Harapanku..

Bunyi nada dering monotone “Mahar Cinta” telefon bimbitku mengejutkan aku yang sedang asyik mengulit buku Bahasa Melayu Lanjutan untuk peperiksaan esok hari. Pantas aku mengambilnya, dan kulihat di skrin tertera nama G.10_Nani. Terus sahaja aku tersenyum. Macam tahu-tahu je budak ni aku teringat padanya.

“Helo, assalamu’alaikum Nani,” sapaku menjawab panggilan. Nada ceria.

“ Wa’alaikumussalam, Kak Ti,” balasnya. Ada riak gembira kedengaran.

[teruskan bacaan]

WAJAH SUCI...

Assalamu'alaikum.. :)

Sejak akhir-akhir ini di dada-dada akhbar, pasti akan terpampang kes-kes pembuangan bayi yang sebenarnya sudah agak lama tidak dilaporkan. Sudah timbul semula isu 'manusia berhati haiwan' ini. Negara kita yang agak lama sepi tanpa kes-kes sebegini kini telah dikejutkan semula dengan 'kembalinya' kezaliman ini ke dalam masyarakat. Sungguh sayu hati mengenang nasib anak-anak kecil itu. Ada di antara mayat-mayat bayi yang dijumpai telah cukup sifat. Di mana ia ditemui? Di dalam longkang!

Angkara siapakah perbuatan ini?


Wajah suci itu tidak berdosa
Mengapa ia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
kaku terdampar di lembah hina

Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil bu
Sampai hati engkau dizalimi
Oleh mereka yang tiada simpati

Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati
Di manakah nilai insan insani
Apa dosanya si kecil itu

Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak dibuang di jalanan

Mengapa tiada simpati dan kasihan...
Sayu hati melihat nasib dirimu
Bagai tiada nilainya di sisi
Wajah sucimu telah dinodai

Namun lahirmu ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia
Bagai kain putih kau tiada dosa
Bertaubatlah mereka yang hina..

~WaJaH SuCi~
BADAR 313-MESTICA

Selasa, Jun 17, 2008

Pengajaran Hari Ini

Waktu petang hari ini saya habiskan dengan membaca blog sahabat-sahabat. Beberapa blog yang sudah lama tak saya ketahui perkembangan minda empunyanya. Dan ada juga antaranya yang baru saya temui url-nya. Subhanallah, pengisian yang cukup bermanfaat!

Bilakah blog saya ini akan terisi dengan maklumat-maklumat yang bermanfaat, untuk tatapan sekali lalu sahabat-sahabat dan umat?

Terlalu banyak perkara yang mengisi ruang minda saya tika ini, namun tak mampu saya olah dan terjemah menjadi ayat-ayat untuk dimengerti. Dek kerana ceteknya ilmu. Mungkin cukup sekadar pencetus idea, dan seterusnya terpulang pada saya untuk mengambil tindakan selanjutnya. Payah rasanya saya untuk menghabiskan ayat. Entah mengapa.

Inilah dia keterbatasan fikiran makhluk ciptaan Allah bernama manusia. Tiada yang Sempurna melainkan Dia.

Moga jiwa insan kerdil ini akan terus disinari nur dari Ilahi, agar segala yang terbit dari hati, laksana cerminan indahnya budi.

ila 'afwi rabbi 'ala kulli zanbi...
Musolla Halimatus Sa'diyah
17 Jun 2008 / 6.30 pm

Isnin, Jun 16, 2008

Ayyaamul Imtihan :)

Salaamullahi 'alaykum w.b.t..

Sedar tak sedar, dah 2 bulan semester ini berlalu, dan ini menandakan semester ini sudah hampir menutup tirai. Pejam celik pejam celik, dah habis satu short sem. Short Sem yang pertama bagi saya di IIUM yang tercinta ini.

Rasanya, baru saja saya mendaftar masuk di UIAM yang dah menjadi cita-cita sejak kecil lagi. Waktu itu, saya masih ingat di atas meja belajar, saya akan letak kata-kata perangsang, contohnya : "UIAM, please wait for me!". Ada jugak : "UIAM, intaziriini!. Sama je, cume dalam Bahasa Arab. Hehe. Yela, masa tu beria-ia nak masuk sini. Universiti lain tak pandang dah, dok fikir nak masuk UIA je! Dan alhamdulillah, akhirnya tercapai juga cita-cita tu.


Sekarang, dah nak masuk tahun kedua. Lebih kurang 3 tahun lagi, insyaALLAH kalau saya ambil minor juga, dalam bidang ICT (setelah kecewa tak dapat minor in Quran Sunnah). Harap-harap Senate luluskan cepat untuk membolehkan para pelajar BARB ambil minor dalam IRK. IRK boleh minor BARB, tp BARB tak boleh minor IRK, macam tak adil je. (sedikit tak puas hati).

Esok, paper Bahasa Melayu Lanjutan. Wah, ini kalau tak dapat A, lepas ni tak payah cakap Melayu. Cakap Arab je. Hehe. Satu lagi paper, Ahad ni, subjek Islamic Aqidah. Yang ini pula, kalau tak betul-betul jawab, boleh bergoncang aqidah den!

Di kesempatan ini, kepada sahabat-sahabat yang akan mengambil peperiksaan seperti saya, ma'at taufiq Wannajah di ucapkan. Semoga tenang menjawab soalan, dan insyaALLAH beroleh kejayaan. Kejayaan untuk menyelarikan kecemerlangan di dunia dan akhirat.

Doakan juga moga dipermudahkan bagi saya untuk berdepan dengan dua peperiksaan ini. Target nak naikkan pointer, insyaALLAh biiznihi Ta'ala.

Hayya 'alal Falah!


Friendster Comment / Friendster Layout / Myspace Comments



57 terbunuh, lebih sejuta hilang tempat tinggal banjir di Selatan China

GUANGZHOU: Banjir besar yang sedang melanda Selatan China, mengorbankan lebih 60 orang manakala 1.27 juta penduduk terpaksa menyelamatkan diri, lapor media tempatan hari ini.

Penduduk di enam wilayah dilaporkan terpaksa meninggalkan rumah masing-masing, termasuk di Sichuan, yang masih truma akibat gempa bumi melanda baru-baru ini yang mengorbankan 70,000 orang.

[teruskan bacaan]

Mayat bayi dalam beg

Oleh Mohd Amin Jalil
am@hmetro.com.my

REMBAU: Seorang siak Masjid Jamek Kampung Sepri, dekat sini yang sedang bersiap untuk menunaikan solat Maghrib, terkejut apabila menemui mayat seorang bayi dalam sebuah beg galas yang tergantung di satu tiang di hadapan masjid itu, petang kelmarin.

Siak berusia 50-an itu yang enggan namanya disiarkan berkata, sebaik menaiki tangga utama masjid berkenaan, dia ternampak sebuah beg galas tergantung di tiang masjid itu.

“Pada mulanya saya ingatkan ada orang tertinggal beg di masjid tetapi hati saya tergerak untuk membuka beg berkenaan.

“Saya terkejut apabila mendapati mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat dibungkus dengan plastik dan surat khabar dalam beg itu,” katanya.

Menurutnya, dia tidak sedar bila individu ‘berhati binatang’ meletakkan mayat bayi itu kerana masjid kampung berkenaan kebiasaannya menerima kehadiran ramai jemaah pada waktu Maghrib.

Sambil melahirkan rasa sedih dan kesal, dia berkata, kejadian itu yang pertama berlaku di masjid berkenaan.

“Saya tidak pasti sama ada tindakan ini membabitkan orang tempatan atau orang luar kerana ia tidak pernah terjadi sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Mohd Dom, berkata mayat bayi berkenaan ditemui siak kira-kira jam 7 malam kelmarin.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, bayi lelaki malang itu dipercayai baru saja diletakkan di situ dalam tempoh antara tiga hingga empat jam.

“Ketika ditemui tiada sebarang nota bersama mayat bayi yang cukup sifat itu dan setakat ini polis belum menerima sebarang maklumat mengenai individu yang melakukan perbuatan itu.

“Kita berharap orang ramai terutama penduduk setempat termasuk mana-mana klinik swasta berhampiran dapat memberi kerjasama jika mempunyai maklumat mengenai kelahiran bayi atau yang berkaitan dengan kejadian berkenaan,” katanya.

Menurut Mizan, pihaknya percaya kemungkinan perbuatan itu membabitkan penduduk kawasan berhampiran dan dipercayai diletakkan pada waktu petang ketika tidak ramai jemaah datang ke masjid.


sumber : http://www.hmetro.com.my


Ya ALLAH, kes seperti ini dah 'sampai' ke Rembau pula. Rabbi Sallimna!

Jumaat, Jun 13, 2008

Kiamat makin mampir?

Assalamu'alaikum...

Sejak berlakunya pelbagai bencana alam kebelakangan ini, tiba-tiba saya tersedar akan hakikat bahawa Bumi yang kita diami, tanah yang kita jejaki tiap hari dan langit yang kita junjungi ini hampir sampai ke penghujungnya. Hampir musnah. Segala-galanya kan musnah. Tiada apa yang tinggal, kecuali Tuhan Yang Maha Kekal.

Gempa Bumi di China, Taufan Nargis yang membadai Myanmar, membuatkan saya tersentak. Ibarat orang yang sudah berabad lenanya, tiba-tiba dikejutkan dengan tempikan yang begitu dahsyat. Usah dikira peperangan yang tiadakan berhenti, pembunuhan di sana sini, seolah-olahnya hidup ini tiada erti.

Acapkali saya terfikir, jika hidup ini hanya tempat berbuat kerosakan, apalah ertinya hidup ini. Lebih baik ditiadakan saja hidup ini. Astaghfirullah al-'Azhim...... Ya Allah, ampuni hambaMu ini yang seakan tak bersyukur atas nikmat kehidupan yang Kau beri. Namun hatiku ini, jiwaku ini dah tak sanggup melihat manusia berbuat kerosakan. Seakan-akan tak pernah Kau kurniakan mereka ini akal fikiran, membeza yang baik dengan yang bukan.

saufa asil fi marrah ukhra..
as-solah tunaadiini..
Ma'assalaamah!!
:D

Selasa, Jun 10, 2008

tak habis-habis RPK ni..

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Umno's interests come first, says Najib,” reported the New Straits Times today. The New Straits Times then went on to report Najib as saying, “We should always consider the party's interests above all else.”

Another New Straits Times report about the Pakatan Rakyat government offering Umno State Assemblymen positions in the Penang State Government, which of course they turned down, goes as follows:

The Pakatan Rakyat state government has again offered posts in several state committees to five Umno assemblymen. The assemblymen, who had turned down similar offers before, received offer letters from the state government last week.

They are Sungai Acheh assemblyman Datuk Mahmud Zakaria, Datuk Ariff Shah Omar Shah (Seberang Jaya), Muhammad Farid Saad (Pulau Betong), Datuk Azhar Ibrahim (Penaga) and Shabudin Yahaya (Permatang Berangan).

Azhar, the state opposition chief, said he received a letter offering him a place in the state Price Control Committee. The state Umno secretary said he was also asked to attend the committee's inaugural meeting.

"I will not accept their offer no matter what. It is against my principles. The truth is they are not sincere. All this is politically motivated."

Azhar said he had expected other Umno assemblymen to receive similar offers. "They can make us the offer as many times as they want but we will not accept them. We will continue to remain loyal to the party," he said.


And this is what Bernama reported today:

The Malaysian Muslim Youth Movement (Abim) has called on the government to clarify the necessity for the Public Service Department (PSD) to increase the ratio of scholarships for non-Bumiputeras from 10 percent to 45 percent.

Abim secretary-general, Khairul Arifin Mohd Munir, said in view that the education quota issue was closely related to provisions in the federal constitution like Articles 153(2) and 153(3) it was therefore necessary that Malaysians be given an explanation for the move.


Sura Al-Fatiha is the first chapter of the Muslim holy book, the Qur'an. Its seven verses are a prayer for God's guidance and stress the lordship and mercy of God. This chapter has a special role in the Muslims' daily prayers (Salat), being recited at the start of each unit of prayer, or rak'ah.

Verse five of this sura says: You alone we worship, and You alone we ask for help.

There is also a verse that goes as follows: innasalati, wanusuki, wamahyaya, wamamati, Lillahi Rabbil Alamin. This means all my actions and deeds (salat or prayers included), my life and my death, are only for the God of the entire world.

Najib, however, says that Umno’s interest should be above all other interests. So Najib is not a true Muslim.

And the Umno State Assemblymen say they only serve the party. So these Umno State Assemblymen are also not true Muslims.

Meanwhile, the Islamic youth movement, ABIM, is upset that the government is not upholding racial discrimination. So the ABIM people too are not true Muslims.

Yes, that’s right; don’t get too impressed and awed by any Arab look-alike, Bin Ladin wannabe. They may dress like Muslims from the Arabian desert. They may talk like Muslims. They may sujud (prostrate) on the ground with their backsides pointing to the sky five times a day. They may go to Mekah twice a year whereas others go only once in their entire life. Their wives and daughters may be ‘properly’ covered with a tudung or headscarf. They may even let loose from their lips a few Arabic words from time to time. But they are not true Muslims. They are munafik and fasik Muslims.

True Muslims practice amar maaruf, nahi munkar. True Muslims treat fardu ‘ain as one aspect of Islam and fardu kifayah as an even more important aspect. This means you uphold good and oppose evil. This also means you serve your community in the name of God while sacrificing your own interest (plus, in particular, party interests) for the good of the community. This means you uphold the teachings of Prophet Muhammad by opposing racism and the Umnoputera ‘caste system’ that exists in Malaysia.

But Umno and ABIM do the opposite to all this. They serve the party and uphold racism. They don’t care about the community. Party interests come first even if the community suffers. They oppose and violate everything that Islam stands for. They are munafik and fasik. Remember these two words: munafik and fasik. That is what Umno and ABIM are. Yet the pretend they are true Muslims. Bullshit! This is bullshit Islam practiced by bullshit Muslims. What they uphold and practice is everything that Islam opposes.

Uphold good and oppose evil: says Islam. Do not discriminate: says Islam. Race does not count: says Islam. Serve only God and your community: says Islam. But Umno and ABIM do the opposite of this. Umno and ABIM violate what Islam stipulates. Umno and ABIM are enemies of the community. Umno and ABIM are enemies of Islam. Umno and ABIM serve the party and their own race. Umno and ABIM are not true Muslims. Umno and ABIM are bullshit Muslims. Umno and ABIM are practicing bullshit Islam. True Islam practiced by true Muslims prohibits the serving of any other than the community and God. True Islam practiced by true Muslims prohibits racism and discrimination.

How ironical. The kafir (infidel) Chinese from Barisan Nasional are prepared to work with Pakatan Rakyat for the good of the people. These kafirs that Muslims say are all going to go to hell think of the people. On the other hand, the Muslims from Barisan Nasional sabotage Pakatan Rakyat even if the people have to suffer. These Muslims that Muslims say will be guaranteed heaven do not care about the people. How ironical that the kafirs practice amar maaruf, nahi munkar, and fardu kifayah, whereas Muslims violate these Islamic requirements. How ironical that the kafirs are better Muslims than Muslims. How ironical indeed.

Oh, by the way, I challenge any of the State Muftis to dispute what I wrote and declare me ‘sesat’ or misguided. I will take on any Mufti worth his salt. Speak now or forever hold your tongue.

source : http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/8209/84/


Me : Now, this is what ABIM's response to RPK's ridiculous statement. I suggest him to go and find any ustaz to make a clarification about the true meaning of Muslim and Kafir, the characteristics of both, and the differences between them.


"Expletive Deleted": A Response To Raja Petra Kamaruddin


The Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) was recently assaulted by Raja Petra Kamaruddin in his Malaysia Today column "No Holds Barred" http://www.malaysia-today.net. A response is in order, with the expletives he has resorted to not included. At threshold, one should note that Muslims and all civilized people are encouraged to rationally and responsibly discuss issues, and discouraged from using inappropriate language. ABIM believes in civilized resolution of conflict, not accusatory statements, especially those without substance and stated in sailor's language.

Firstly, RPK has associated ABIM with a political movement. He has no knowledge, and if he does he does not evince it, of ABIM's historic role as a leading Islamic NGO, which by definition is a non-political and non-partisan organization. By merely calling upon a political party or grouping, namely BN and UMNO, to explain its proposed percentage changes on a matter of importance to Malays and other ethnic groups in Malaysia is not to be part of that group, but to seek satisfactory explanation for its deviance from the accepted "social contract" of this country. It is fixed under Articles 153(2) and 153(3) of the Federal Constitution of this Country. The mere uphold of these provisions does not make one UMNO; it merely suggests a compliance with the normative rules of a democratic majority.
Furthermore, one need not look further than the other demographic segments of our society to see the overall reluctance of these groups to abandon ethnic identity and be treated as "Bangsa Malaysia". ABIM acknowledges and participates in our multi-ethnic, multi-religious society, not only for the benefit of Muslim youths but for the benefit of all in our society. To allege otherwise and identify this NGO with the political policies and agenda of one party is a serious accusation without any foundation. ABIM seeks to have government – meaning both the majority and the opposition - act ethically and legally, and seeks this for the benefit of all Malaysians regardless of the ethnic and religious backgrounds.

Secondly, by RPK calling us munafik and fasik has in effect equated us as non-Muslims. He has accused us of being "b…s…t" and hypocrites. In point of fact, ABIM has not objected to RPK's right to speak and argue his points, even though as individuals and as a group we may disagree with particulars. We feel, however, that the use of his media for the purpose of defamation of an Islamic organization is a breach of his responsibilities as a Muslim, a Malaysian citizen and as a journalist blogger. Our important duty as a Muslim is to engage in RESPECTFUL and APPROPRIATE discussion and debate. Using "b…s…t" as an adjective is neither of these requisite elements to discussion and presentation.

RPK has neglected some major facts: Islam itself acknowledges and respects diversity and plurality in society. ABIM treasures this, and works in conjunction with friends from other non-Muslim groups and NGOs so that Islamic principles are given voice and taken into consideration along with other perspectives. Secondly, he fails to note that ABIM seeks to encourage inter-faith and inter-ethnic dialogue that continues and deepens current mutual understanding. The underlying assumption of the NEP is one matter in need of protracted and open discussion between the demographic groups, and is encouraged by ABIM. Factually, ABIM has no identity with any political party. If such an identity exists today, it would not be with the ruling party: previous leadership of the organization alone would lead to that assumption. But ABIM has always remained non-political, non-partisan and any assumption or argument to the contrary is faulty, misguided and used by the speaker or writer to further his own agenda. RPK places emphasis on party loyalty. In fact, ABIM urges all to answer the higher call of being a servant of Allah before being loyal to any other. At no time in its history has ABIM confused its greatest loyalty, which is to our Creator, Allah the Almighty. If anything, ABIM asks our leaders and members to have the same dedication. While we sympathize with RPK's confused misunderstanding of Islam, we are appalled at how ironical it is that RPK in his vulgar-languaged polemic feels that some of the political leadership think that they are guaranteed paradise by their actions. To be guaranteed paradise is to only do acts for the pleasure of Allah. Apparently, politicians and certain political commentators do not follow this simple intention.

ABIM is always anxious and willing to engage in a REASONABLE, RESPECTFUL and APPROPRIATE opportunity to exchange views with all members of Malaysian society, its critics included. But attacks and baseless allegations do not encourage such dialogue; to the contrary, they impair and disable it. RPK has not only darkened his reputation as an observer and commentator, he has also sought to darken that of a viable, honest and valued Islamic NGO within Malaysian culture. He does himself, ABIM, and its objectives of dialogue between all of us a great disservice. And Allah knows best.


Azril Mohd Amin
Vice President of ABIM


source : http://www.abim.org.my/component/content/article/1-siaran-media/242-qexpletive-deletedq-a-response-to-raja-petra-kamaruddin-.html

Bahasa Jiwa Bangsa

Beberapa minggu lepas (baru dapat post hari ini sebab banyak halangan), usai solat Zohor di Masjid SHAS UIAM, saya duduk di bahagian belakang, bagi memberi ruang untuk sisters lain bersolat. Masjid SHAS (Sultan Haji Ahmad Shah) kebiasaannya akan penuh pada waktu semester panjang, tidak seperti pada semester pendek ini.

Beberapa orang kanak-kanak yang pada fikiran saya berasal dari Nigeria datang dan duduk berhampiran saya. Rasanya mereka ini adik-beradik. Si abang membawa beg berisi laptop, si kakak dan adik yang kecil hanya mengikut. Saya hanya memerhatikan. Sambil membetulkan tudung. Maklum, baru selesai solat.

" Awak ni..," Suara itu saya dengari, dan saya dapati ia datang dari adik-beradik Nigeria tadi. Eh, biar betul! Saya memandang si kakak. Ya, dia yang berkata-kata tadi. Agak bengang kerana disuruh oleh adiknya untuk mengambil meja kecil untuk meletakkan laptop tadi. Lalu saya tertarik untuk terus memerhatikan gelagat mereka bertiga.


"Bukak, bukak," kata si adik yang kecil. Eh, pandainya cakap Melayu! Tanpa saya sedari, saya dah tersenyum dan tersengih, mengagumi kanak-kanak itu. Yela, bukan senang nak jumpa anak-anak foreigner yang pandai berbahasa Melayu. Comel pula rasanya! :)

Tersedar diperhatikan, si abang lalu 'menukar' bahasanya kepada bahasa lain, mungkin bahasa ibundanya sendiri. Namun ada juga terdengar tutur kata dalam Bahasa Melayu, terutama ketika bercakap dengan si kakak.

Setelah agak lama memerhati, saya pun bertanya pada si abang.


" Pandai cakap Melayu ya?"
Mengangguk.
" Dah lama ke duduk sini?" saya tanya lagi, nak dengar dia bercakap.
" Dah 5 tahun. " Mukanya agak cuak, tetapi selamba. Saya tersenyum. Tak habis-habis kagum.

" Mana mak?"
" Dia pergi makan, kat kafe".
" Mak belajar sini ke?" tak puas hati lagi tu!
Dia mengangguk lagi.
" Ayah mane?" Tanya pasal ayahla pulak....
"Tak tahu".

" Ayah pun belajar kat sini ke?"
" Tak, ayah pensyarah kat sini,". Lagi aku tertarik nak tanya!

"Siapa nama ayah?"
Lalu dia menyebutkan nama ayahnya. Tapi saya tak ingat pula sekarang ni. Yang pasti, saya pernah dengar nama ayahnya itu. Pensyarah Department Ilmu Wahyu.
"Ooo.." saya mengangguk-angguk sendiri.

"Awak sekolah kat mane?"
"Sekolah International Gombak," jawabnya sambil leka menghadap laptop. Patutla pandai cakap Melayu!

"Ooo.. Darjah berapa?
"Darjah 4,"
"Yang tu adik? Ke, kakak?" Tanyaku sambil memandang ke arahnya.
" Kakak,"
"Darjah berapa pulak?" Banyak songeh betul aku ni..
"Darjah 5,"
Aku masih tersenyum kugam. Terlebih kagum la tu. Maklumla, tak pernah jumpa anak-anak foreigner yang pandai cakap Melayu! Entah macam manalah mukaku waktu itu.

"Adik name sape?" Aku bertanya pada adiknya pula.

" Dia tak pandai cakap," jawab si abang tadi.

Si abang dan si adik sudah khusyuk menatap laptop. Main game rupanya. Biasalah budak-budak. Aku memandang mereka dengan penuh rasa kagum, dan bangga juga bila ada anak-anak foreigner yang tahu berbahasa Melayu.


Teringat pula kata-kata ummi, pensyarah Bahasa Melayu Lanjutan yang saya ambil sem ni. Ummi menyatakan bahawa para pelajar dari luar negara yang menuntut di UIAM ini, sebahagian besarnya langsung tidak tahu berbahasa Melayu. Padahal tempoh pengajian di UIAM ini cukup lama, dan sepatutnya mereka boleh berbahasa Melayu apabila pulang ke negara
asal, paling kurang sedikit. Ijazah sahaja sudah mengambil masa 4 tahun, lebih-lebih lagi pelajar asing kena melalui PRE-SESSIONAL selama setahun. Ini bermakna mereka menghabiskan masa selama 5 tahun di Malaysia. Tapi mengapa mereka tidak tahu berbahasa Melayu?

Hal ini kerana kita sendiri sebagai orang Melayu yang tidak pernah mahu berkomunikasi dengan pelajar-pelajar asing ini dengan Bahasa Melayu. Mana tidaknya, kita lebih selesa menggunakan Bahasa Inggeris apabila bercakap dengan mereka. Silap haribulan, kita pula yang terpaksa bercakap mengikut loghat mereka.


Kita sebagai pelajar Melayu tidak langsung menunjukkan kebanggaan kita terhadap bahasa ibunda sendiri. Termasuklah saya yang menulis ini. Agaknya mengapa? Mungkin kita fikir, mereka tidak pernah belajar BM. Kalau nak cakap Melayu dengan mereka, nanti tak faham pula. Lalu terjadilah komunikasi yang biasa kita namakan 'itik dan ayam'.

Sebenarnya harus ada sistem yang mewajibkan pelajar-pelajar asing belajar bahasa Melayu sebelum datang menyambung pelajaran di Malaysia. Seperti juga persediaan pelajar-pelajar Malaysia yang ingin menyambung pelajaran di Jepun, yang perlu mempelajari Bahasa Jepun terlebih dahulu sebelum terbang ke sana.

Kita sebagai rakyat Malaysia, terutamanya kaum Melayu harus sama-sama memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan kebangsaan. Baru-baru ini kecoh sebentar isu iklan yang menggambarkan orang Melayu sebagai pengganas.




Akhirnya, kita perlu sedari hakikat bahawa Bahasa Melayu berdepan dengan pelbagai cabaran. Sudah terlalu banyak isu mengenai BM yang ditimbulkan, contohnya suatu ketika dahulu sibuk memperkatakan istilah Bahasa Melayu mesti ditukar kepada Bahasa Malaysia, kononnya bagi mengelak perkauman di negara bertuah ini. Dengan penukaran juga diharapkan BM menjadi bahasa untuk semua kaum di Malaysia, bukan kaum Melayu sahaja. Itu belum dikira isu pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Sampai bilakah situasi yang melanda
Bahasa Melayu ini terus diperkatakan?

Zainal Abidin bin Ahmad (Za'aba)

Wan Osman bin Wan Awang Kechik (Usman Awang)


Kita haruslah menghargai perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu yang dilakukan oleh Za'aba pada tahun 1941 yang dengan penuh upaya mewujudkan Sistem Ejaan Rumi Za'aba. Perjuangan yang dihangatkan lagi oleh Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) yang memperlihatkan kepada kita betapa sukarnya masyarakat ketika itu. Golongan sasterawan seperti KERIS MAS, Usman Awang dan Za'aba inilah yang berperanan besar menyedarkan rakyat akan penderitaan masyarakat melalui hasil-hasil karya mereka.

Namun hakikatnya, generasi kini sudah kurang menghargai BM. Dengan arus pemodenan dalam bidang ICT, BM kini terumbang-ambing, sudah tidak begitu kukuh seperti zaman pemartabatan BM dahulu. Bidang kuasa yang diberikan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka juga dilihat sebagai belum cukup untuk membasmi masalah ragam bahasa di dada media, juga di iklan-iklan. Siapa lagi yang harus memelihara bahasa ibunda kita ini, jikalau bukan KITA?

Ayuh pertahankan Bahasa Melayu! Takkan Melayu hilang di dunia!

Ahad, Jun 08, 2008

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada cadangan awal untuk menilai pakaian pelajar perempuan di sekolah yang perlu dinilai semula. Masyarakat perlu mengetahui dan melihat bahawa cadangan ini dibuat hanya kepada pelajar perempuan Islam sahaja. Kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini adalah berteraskan kepada lima asas yang utama.

Pertamanya, isu ini bukan mahu menyalahkan pelajar perempuan, akan tetapi ia sebagai salah satu kaedah pencegahan (sad zarai’ik) di dalam Islam supaya pelajar perempuan tidak terdedah kepada ancaman luar dan masalah sosial akibat daripada pemakaian yang terlalu jarang. Langkah pencegahan ini sangat penting supaya mereka bebas daripada ancaman persekitaran mereka.

Keduanya, cadangan penukaran pakaian berwarna ini ditujukan kepada pelajar Islam, supaya cara pemakaian pelajar Islam selari dengan Shariah dan tuntutan Islam itu sendiri. Dalam Islam, baju kurung sahaja tidak lengkap jika masih menayangkan tubuh badan. Pemakaian baju kurung kepada pelajar bukan Islam bukanlah satu paksaan kepada mereka, akan tetapi mereka yang berminat memakai baju kurung berwarna sangat digalakkan.

Asas yang ketiga ialah, ramai guru turut mengeluh sebenarnya kerana pemakaian pelajar perempuan yang terlalu jarang menyebabkan tumpuan guru terganggu. Ini akan menyebabkan keadaan yang tidak selesa kepada guru-guru tersebut.

Keempat, peranan ibu bapa sangat penting dalam urusan persekolahan pelajar di mana ibu bapa juga berperanan memilih pemakaian yang sesuai untuk anak-anak mereka.

Asas yang terakhir ialah PKPIM tidak menuduh persepsi lelaki Malaysia semua sebagai ‘mata keranjang’ akan tetapi secara fitrahnya mata lelaki akan mudah terangsang dengan pemakaian yang ‘seksi’ atau yang tidak menutup aurat. Apatah lagi yang melihatnya nanti guru- guru yang bertanggungjawab mendidik mereka.

PKPIM berpandangan bahawa pakaian awam ini merupakan salah satu faktor daripada banyak faktor-faktor lain yang menyumbang kepada jenayah seksual. Tidak semua mereka yang berpakaian tidak menutup aurat atau terdedah itu semestinya menjadi mangsa, akan tetapi merupakan salah satu daripada faktor menyumbang kepada masalah gangguan seksual. Selain itu juga, pakaian yang terdedah itu turut menimbulkan rangsangan kepada lelaki-lelaki di persekitarannya. Sebenarnya, penjenayah itu dapat melihat dan terangsang daripada orang yang tidak memakai tudung berbanding mereka yang bertudung atau menutup aurat.

PKPIM juga tidak menafikan bahawa mangsa jenayah seksual ada terdiri daripada mereka yang bertudung dan menutup aurat, di mana penjenayah tidak mengenal mangsanya. Tetapi hakikatnya, penjenayah seksual ini telah didedahkan dengan faktor-faktor seperti imej lucah, imej tidak menutup aurat di media, internet, vcd lucah dan sebagainya.
PKPIM bertegas bahawa imej-imej lucah, pendedahan aurat , etika berpakaian ini merupakan antara salah satu faktor menyumbang kepada masalah ini.
PKPIM mengharapkan Kementerian Pelajaran dapat mempertimbangkan cadangan ini dan dinilai kembali kerana ia sangat penting kepada semua. Semoga usaha ini mendapat sokongan daripada pihak luar.

Munirah Binti Bahari
Naib Presiden HEWI

PAKAIAN SEKOLAH PELAJAR PEREMPUAN PERLU DINILAI SEMULA21 MEI 2008/ 15 JAMADILAWAL 1429 H

Akhir-akhir ini kita sering disajikan dengan kes sosial, rogol, gangguan seksual mahupun hubungan seks sebelum perkahwinan yang melibatkan remaja wanita belasan tahun. Kebanyakan mereka adalah terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah. Implikasi daripada kejadian ini maka berlakulah kelahiran bayi luar nikah, pembuangan bayi mahupun pelacuran. Isu yang melibatkan keselamatan diri remaja merupakan isu yang perlu diberikan perhatian oleh semua pihak. Namun begitu, isu ini dilupakan seketika apabila laporan sebegini tidak lagi tersiar di dada-dada akhbar. Sebaliknya isu ini akan menjadi panas apabila ada mangsa terbaru dilaporkan.

Konsep menutup aurat itu penting dan perlu didedahkan kepada masyarakat Islam terutama yang melibatkan muslimah. Pakaian yang sopan dan menutup aurat boleh mencegah dan melindungi wanita daripada berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Pakaian merupakan cerminan akhlak seseorang muslim dan Islam sangat menitik beratkan perihal pakaian menurut Islam. Namun begitu, masih terdapat mereka yang memandang sambil lewa hal ini. Contohnya baju sekolah pelajar perempuan. Baju berwarna putih tersebut sangat jarang atau transparent’ untuk dipakai oleh pelajar perempuan menyebabkan ada daya tarikan di situ. Lebih-lebih lagi ia akan mengganggu mata lelaki, sama ada suka melihatnya atau pun tidak. Baju berwarna putih itu tidak sesuai dipakai oleh pelajar perempuan di sekolah kerajaan. Di sinilah punca yang boleh kita saksikan bahawa pelajar perempuan itu sendiri mempunyai daya tarikan supaya lelaki mendekatinya. Oleh itu terjadilah perkara-perkara seperti pencabulan, penzinaan dan sebagainya. Hakikatnya, kita tidak mahu perkara sebegini berlaku di negara kita. Sepatutnya, remaja perempuan perlu bersifat assertif terhadap sesuatu perbuatan yang mencabuli kehormatan mereka. Apa yang terjadi sekarang ialah mereka tidak tegas dan membiarkan diri mereka diperlakukan apa-apa sahaja oleh sesiapa. Oleh itu penilaian terhadap baju sekolah pelajar perempuan perlu dilakukan oleh Kementerian Pelajaran secepat mungkin.
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran agar merombak semula sistem pemakaian pelajar perempuan di sekolah rendah dan menengah. PKPIM mencadangkan agar Kementerian Pelajaran menukar baju putih sekolah kepada baju berwarna kerana ia tampak sesuai dan tidak jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan. Jika Kementerian Pelajaran ingin mengekalkan warna putih tersebut, PKPIM mencadangkan agar pelajar perempuan diwajibkan untuk memakai singlet dalam ataupun tudung labuh kerana ia tampak lebih kemas, selesa dan selamat. Kami mengharapkan agar Kementerian Pelajaran bertindak tegas dalam menangani isu ini dan rombakan perlu dilakukan ke atas pemakaian pelajar perempuan demi memenuhi syariat dan tuntutan agama Islam.


Munirah Binti Bahari
Naib Presiden HEWI
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Ahad, Jun 01, 2008

SANAH HILWAH!!

Assalamu'alaikum wbt..

Hari ini 1 Jun 2008, bermakna genap umur ummiku 43 tahun. Beberapa minit tadi aku menelefonnya untuk mengucap selamat. Hatiku sebak sebenarnya, setiap kali nak mengucapkan "SELAMAT HARI LAHIR" setiap kali tiba ulangtahun kelahirannya. Entah kenapa ye. Mungkin sebab ikatan antara ibu dan anak menyebabkan aku berasa begitu.

Sempat dia menyatakan kegusaran hatinya mengenangkan adik-adikku yang akan mengambil peperiksaan besar tahun ini. Aku pun ambil peluang untuk bercakap dengan ateh, adik yang ke empat. Moga ada perubahan dalam dirinya menjelang peperiksaan yang berbaki 3 bulan sahaja lagi.. InsyaALLAH.

Kepada ummi, terima kasih atas segala pengorbanan dan kaish sayang yang tak terhiingga, dari aku kecil, hingga sekarang ini. Pengorban yang tak dapat dinilai. Selalu sahaja ungkapan : "ummi tak harapkan balasan apa-apa, hanya nak lihat anak-anak ummi berjaya, itu dah cukup sebagai hadiah untuk ummi. Yang lain tak mustahak bagi ummi". Dan tadi, ungkapan itu aku dengari lagi..

InsyaaALLAH ummi, berkat restu dan doamu kuharapkan.. Ampunkan dosaku dan redhailah aku.

SELAMAT HARI LAHIR KE 43, UMMIKU SAYANG!! :)