Jumaat, Oktober 31, 2008

Alhamdulillah.. Seronoknye..!! (bace intonasi upin dan ipin)

Assalamu'alaikum...


Yaa.. Akhirnya setelah bersusah payah memahami macam mana nak pakai emoticons yg comel2 kat blog, teruatamanya upin dan ipin, saya dapat juga memasang emoticons tersebut di blog sendiri@upin02. Terima kasih kepada x-p oshop yg memberi url BlogMenjerit tersebut. Kredit juga kepada topotato, beliaulah yang mencipta smiley upin dan ipin ini setelah bersusah payah meminta izin dari Upin dan Ipin.


Hmm.. Lepas dah pasang smiley upin dan ipin ni, rasa lebih bersemangat untuk berblog. Hehe@kakros01
InsyaAllah, asalkan niat tak lari. Nak cantikkan blog tak salah, malah harus..@ehsan02


Baiklah, perjuangan di medan peperiksaan belum berakhir. Aku harus fokus.

Nak berkongsi pepatah Arab:

"Ijtahid wala taksal, fannadaamah 'uqbaa liman yatakaasal"
(berusahalah, dan janganlah kamu bermalas-malasan, kerana penyesalan adalah akibat bagi orang2 yang malas)

Chaiyok2!!
@mail01

Selasa, Oktober 28, 2008

Penangan Peperiksaan Akhir Semester!!

Alhamdulillah...

Saat ini, terasa sungguh lenguh di tengkuk. Macam kono pogang (orang N.9 ckp) raso eh. Apo tak eh, eh.. Hehe.. Apa taknya, harini saya menghadapi dua peperiksaan, iaitu Arabic for Academic Purposes (AAP) dan Arabic Syntax 3 a.k.a Nahu Arab 3. Fuuh, memang berpeluh! Walaupun dalam hall tu fully air-conditioned. Untuk AAP, memang x sempat nak angkat kepala, masa 2 jam menjawab memang x layak untuk 50 markah. Hmm.. memang agak kalut la tadi. Sebelum masuk Banquet Hall tu, pandang sekeliling, waaa... Sume 3rd and 4rd year je, xde student 2nd year! Rasa macam orang asing je, tp bangge pun ye gak.. (Err, perlukah?) Tapi ku gagahkan jua diri ini, demi AAP yang dah di target untuk score A, insyaALLAH bi iznihi Ta'ala.. (walaupun carry mark x tgk lg..adeh..)

Lepas pukul 2pm, kuar je dewan terus menuju ke Masjid, Solat Zohor. Sebab pukul 3 paper Nahu 3 plak. Yang ini lagi berasap, silap2 termasuk AAP dlm jwpn nanti. Saya 'bawa' kelenguhan dr AAP tadi ke Main Hall CAC. Dalam otak ni dah rase lain je, tp xpe, cool lagi. Masuk dewan, nampak Ustaz. Cool lagi. (Dalam otak:mesti byk Tatbiiqi (soalan practical)). Bukak je kertas soalan, tersengih! Memang sohih, la syakka fiih! Siap mintak syarah lagi. Jazaakumullahu khair ya Ustaz, 'ala mithli hazihil as"ilah (huhu).. Dengan hati yang penuh dengan ilmu nahu ni (cewwah) saya pun mula menjawab. Alhamdulillah, bab2 khilaf nahwiyyin ada jgk yg masuk. Tak sia2 baca..

Stakat ni je dulu. Memang dh lenguh sangat tengkuh dan bahuku ini. Nak pegi Iftar pulak.. Selamat menduduki Exam buat semua sahabat2 di UIAM khususnya, jua kenalan2 lainnya.
Atamanna lakum at taufiq wannajah!

Pesanan dari upin dan ipin:



Ahad, Oktober 19, 2008

Terapi Solat




KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia. SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian. Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.
Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?

Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia. Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.

Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.

Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.


Ng Siew Chok memakaikan topi elektrod untuk mengkaji gelombang otak.

Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan. Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.

SOLAT terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia. “Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya. Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris. Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM.



Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud. Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah. Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.

Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu. Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama. “Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.



Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu. Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit. Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.

sumber : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Bmdua/20081019085358/Article

p/s : rasa macam kenal orang yang dalam gambar ni.. Bukan abg helmy rizal UM ke? Kan... Mmg sah!

Jumaat, Oktober 17, 2008

Jalan Bahagia

merindui Ayah dan Ummiku...

Hmm.. Semenjak dua tiga hari ni, suke dengar lagu2 HIJJAZ, terutama lagu Jalan Bahagia ni. Lagu ni memang menggambarkan hati saya yang sekarang ini dah sebati dengan berbagai-bagai rasa. Rasa kuih tart, almond london, buku-buku pelajaran dan macam-macam lagi. Alangkah bahagia dan bertuahnya insan-insan yang dikurniakan kebahagiaan. Kebahagiaan yang mendatangkan seribu macam ketenangan. Bersama-sama bahagia, tahu diri sebagai hamba Allah. Tahu diri lemah. Tuntunlah diri ini Ya ALLAH menuju redha-Mu.....



Bukan intan permata

Bukan paras rupa

Pandangan Tuhan pada manusia

Beriman dan bertaqwa berakhlak mulia

Di sisi Tuhan itu yang utama


Siapa yang berbakti dengan ketabahan

Sabar menempuh ketentuan Tuhan

Baginya syafaat dunia akhirat

Kurnia Tuhan tidak terkira


Di dalam menjalani hidup didunia

Tiada lepas dari pancaroba

Kita yang diciptakan dengan kelemahan

Perlukan petunjuk panduan Tuhan



Tiada yang kuasa melainkan Dia

Mentakdir menentukan segalanya
Supaya selamat dunia akhirat
Tekun pada amal ibadah

Oh... Tuhan yang Esa

Pada-Mu kami panjatkan doa
Moga dipeliharakan ditetapkan iman
Dunia ini penuh cabaran

Oh.. Tuhan yang Esa

Untuk-Mu kami tempuh segala

Pandanglah dengan rahmat-Mu

Pandangan kasih-Mu

Pimpinlah kami jalan bahagia


Selamanya......


merindui adik-adikku... angah, anje, ateh dan alang..

Isnin, Oktober 13, 2008

Selamat Maju Jaya!

Bermula hari ini, Isnin 13 Oktober 2008 hingga 17 Oktober 2008, para pelajar Tingkatan Tiga seluruh Malaysia akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Sama-samalah kita mendoakan agar mereka dipermudahkan ALLAH, dan mendapat kejayaan yang cemerlang.

Secara peribadi, saya mengucapkan ma'at taufiq wannajah buat mereka semua, terutama adik-adik junior di SMKA SHAMS. Semoga PMR tahun ini mencatatkan kejayaan yang lebih baik dari tahun yang lepas buat SMKA SHAMS khususnya. Semoga SMKA SHAMS akan terus melahirkan generasi muda yang beriman dan berilmu, selaras dengan mottonya, DUNIA DAN AKHIRAT TUNTUTAN HIDUP.

Cemerlang Pemuda, Gemilanglah Negara!

Permudahkan dia Ya ALLAH...

Assalamu’alaikum.. :D

InsyaALLAH, bermula hari ini Isnin bersamaan 13 Syawal 1429H, adik saya yang ketiga Muhammad Muaz (alang) akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Bermula dengan subjek Bahasa Melayu dan Geografi. Peperiksaan bermula dari esok hingga Jumaat. Jumlah subjek yang diambil adalah sembilan, sama macam saya dulu.

“Ya ALLAH, Kau berilah ketenangan hati dan kelapangan jiwa padanya. Semoga dia dapat membaca semua soalan dan memahaminya dengan baik, dan dapat menjawab dengan betul. Permudahkan dia Ya Tuhan. Jika dia layak mendapat kejayaan, Kau berikanlah Ya ALLAH. Sesunguhnya hanya dengan-Mu hamba-Mu memohon kekuatan. Aamin.. ”

Akak doakan alang dapat menjawab dengan baik. InsyaALLAH, banyak mana alang usaha, banyak itu jugaklah alang akan dapat. Yakin dengan diri sendiri, banyakkan doa pada ALLAH. Moga kejayaan milikmu dik..

P/S : Kpd sahabat2, harap dapat bersama-sama doakan kejayaan adik saya. Jazakumullahu khair!



Rabu, Oktober 08, 2008

Kenangan bersama arwah Wan Arah

Assalamu'alaikum..

Rasanya kisah ini tak pernah saya ceritakan kepada kawan-kawan dan sahabat-sahabat secara mendalam. Mungkin sekadar bercerita ala kadar. Namun ketahuilah bahawa kehidupan zaman kanak-kanak saya, daripada lahir hinggalah berumur 8 tahun adalah di daerah Juasseh dan Lui Selatan. Saya lahir di Hospital Kuala Pilah, namun dibesarkan di Felda Lui Selatan kerana masa itu ayah baru mula mengajar dan ditempatkan di sebuah sekolah di sana.

Masih ada lagi gambar kenangan ketika saya masih bayi, meniarap di atas meja. Dan itu adalah di dalam rumah tempat tinggal kami. Ketika itu hanya ada ayah, ummi dan saya. Bila dah besar, ummi dan ayah selalu saja sebut pasal kenangan-kenangan kami di Lui Selatan, tapi saya tak dapat menggambarkannya. Yalah, masa itu saya masih seorang bayi yang comel (hehe) dan kami tinggal di sana hanya lebih kurang 2-3 tahun. Setelah itu, ayah membawa kami tinggal di Juasseh, bersama-sama atuk (sebelah ayah). Lalu tinggallah Lui Selatan yang di sana ada jiran kami yang sungguh baik hati. Kami panggil Wak. Dia dan isterinya selalu sahaja membantu kami. Yalah, masa tu ayah dan ummi baru kahwin. Kata ummi, Wak selalu jual sayur. Katanya :"Cik Idah nak beli sayur?" Begitu sedikit sebanyak kisah kami di Felda Lui Selatan, tak jauh dari Juasseh.

Dipendekkan cerita, ketika kami menetap di Juasseh, jiran belakang rumah atuk namanya Wan Arah dan Atuk Potaba. Saya masih ingat yang saya setiap hari mesti pergi ke rumah mereka. Bermain-main di sana. Waktu saya empat tahu, adik kedua (angah) dah lahir. Tiap-tiap hari mesti kami ke belakang rumah, bermain-main. Tapi sekarang tak ingat pula permainan apa. Mungkin dah terlalu lama.

Kata Wan Arah satu ketika : " Kau dulu kocik-kocik selalu datang rumah wan. Samo Amalina. Kau 2 orang bagi salam. Assalamu'alaikuuuuuuummm!!" Katanya sambil tersenyum mengenangkan gelagat kami. Saya pun ketawa, meengingat kembali nostalgia lama di rumah atuk. Ya, saya masih ingat rumah atuk dan rumahnya dipisahkan oleh pagar kawat. Sebab itu mudah saja nak lalu. Kadang-kadanag kami main di dalam rumah, kadang-kadang di halaman rumahnya. Sampai kami jadi rapat dengan anak Wan Arah yang bongsu, kami panggil Mak Su. Masa itu, dia belum kahwin. Di halaman rumahnya ada sebuah pokok. Buah apa namanya saya tak ingat. Tapi memang lazat rasanya. Selalunya kalau kami main di halaman rumah tu, mesti buah tu kami petik dan makan. Harap uwan sekeluarga halalkan apa yang kami makan dari pokok itu.

Ada satu peristiwa yang takkan saya lupa. Peristiwa dimarahi Wan Arah. Budak-budak berumur 4 tahun, biasalah, nakal. Makin ditegah makin nak buat. Satu hari dek kerana keseronokan bermain di rumah Wan Arah, saya secara sengaja menconteng dinding tangga (seingat saya) rumahnya. Sudah pastilah kena marah. Mungkin bukanlah marah sangat, tetapi menegur. Saya pun merajuk dan terus pulang ke rumah. Agak lama juga saya merajuk. Tak ingat macam mana boleh elok. Namun itulah antara perbuatan saya padanya yang tak boleh dilupakan.

Seminggu sebelum Raya baru-baru ini, ketika saya di IIUM Library mencari buku, ummi menelefon. Saya amat terkejut apabila diberitahu bahawa Wan Arah sudah meninggal dunia. Sebelum ini tidak pernah terdengar berita bahawa dia sakit. Aku terkedu, amat-amat terkedu. Atuk Potaba telah lama meninggal dunia.

Aku sedikit terkilan kerana tak dapat bertemunya sebelum pemergiannya. Namun aku bersyukur, kerana aku teringat bahawa Raya tahun lepas, kami sempat datang beraya di rumahnya. Ketika itu, dia kelihatan sihat dan sebelum pulang, sempat dia beri saya sedikit buah-buahan. Mungkin itulah peluang terakhir Allah beri pada saya untuk berjumpanya.

Rupa-rupanya arwah Wan Arah ada sakit gastrik. Dia tetap berpuasa walaupun ditegah. Lalu dimasukkan ke hospital oleh kerana gastriknya sudah sampai ke tahap teruk. Ditakdirkan dia menghembus nafas terakhir pada Khamis malam Jumaat. Alangkah beruntungnya dia! Jenazahnya dikebumikan selepas solat Jumaat keesokan harinya.

Semoga roh arwan Wan Arah ditempatkan bersama-sama solehin. Berkatilah kehidupannya ya Allah, terimalah segala amalannya ya ALLAH, dan amunilah segala dosa-dosanya ya Allah. Aamin ya Rabbal 'Alamin..

Al-Fatihah..

"كل نفس ذائقة الموت"

Isnin, Oktober 06, 2008

'Eid Mubaarak.. Kullu 'am wa antum bikhair!


Asalamu'alaikum..


Masuk hari ini dah 6 Syawal. Dah 6 hari umat Islam menyambut hari raya setelah sebulan berpuasa.


Di kesempatan ini, saya ingin ucapkan Salam Aidilfitri kepada seluruh kaum keluarga, saudara mara, sahabat handai, jiran-miran (?), dan kepada sesiapa yang pernah mengenali diri ini yang kadangkala "senget' sikit. Hehe.


Mohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran bicara, kekasaran tingkahlaku dan kekusutan hati yang berprasangka selama hayat ini. Ketahuilah bahawa saya amat menyayangi semua. :)


Jemput2lah datang ke rumah. Tapi sekarang ni dah balik ke UIA, jadi bolehla datang (ummi ayah ade) ataupun datang lepas saya balik cuti nanti (raya pun habis). Huhu.


Sebenarnya dah merancang untuk buat satu artikel sempena raya ini. Ala-ala diari raya rafique gakla. Tp belum berkesempatan lagi. InsyaALLAH, lepas habis semua assignment nanti, akan di post.


Akhir kalam, Kullu 'Am wa antum kuwais (bikhair)!

Taqabbalallahu minna wa minkum..

Semoga kita ketemu Ramadhan yang akan datang, narju Allaha..




IIUM Library,

6.20 pm

6 Syawal 1429H