Khamis, November 27, 2008

Hai.. Budak-budak pun tahu..

Usul potong gaji menteri sebanyak RM10 ditolak

USUL memotong gaji Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebanyak RM10 yang dikemukakan Teo Nie Ching (DAP-Serdang) ditolak dalam persidangan Dewan Rakyat semalam.

Teo dalam usulnya meminta gaji Menteri Pelajaran dipotong kerana didakwa gagal memenuhi janji kementeriannya membina enam Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengumumkan keputusan terhadap usul mengikut Peraturan Mesyuarat 66 (9) itu selepas sebahagian besar Ahli Parlimen mengundi secara bersuara menolak usul itu.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, ketika menggulung usul itu berhujah kerajaan memandang serius isu itu dan sedang menjalankan usaha berperingkat mengikut lunas undang-undang bagi membolehkan pelaksanaannya disegerakan.

"Memang benar pada 30 Januari lalu, kita ada mengumumkan akan bina sekolah SJKC, antaranya di Bukit Serdang, Serdang, Sungai Long, Kajang serta Emerald, Rawang.

"Pada peringkat ini kita sedang mengambil tindakan susulan selepas perkara itu mendapat sokongan dan komitmen penuh kerajaan kerana proses membina sebuah sekolah bukan senang kerana ia membabitkan soal tapak yang sesuai yang membabitkan urusan pengambilan tanah," katanya.

Sementara itu, Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) sekali lagi menimbulkan kekecohan apabila menggunakan perkataan 'keling' yang dituju kepada M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) apabila berlaku pertikaman lidah antara kedua-duanya.

Berikutan itu, Mohamad Azmin Ali (PKR-Gombak) meminta Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, mengarahkan Tajuddin menarik balik perkataan itu dan tindakan diambil terhadapnya.

"Setiap kali berkelakuan begitu, beliau akan terlepas daripada tindakan. Untuk kali ini saya sekali lagi meminta Dewan tidak lagi melepaskannya daripada sebarang tindakan," kata Mohamad Azmin.

Sumber : Berita Harian, 27 November 2008


* Kalau diperhatikan gelagat menteri-menteri yang berbahas di dalam Parlimen, memang banyak perkara yang sangat remeh diperbincangkan. Macam berita ni, jelas menunjukkan ketidakmatangan menteri yang terbabit. Maaf, ini sekadar komen. Tidak berhasrat menjatuhkan maruah mana-mana pihak, apatah lagi menteri-menteri. Akan tetapi memang sejak akhir-akhir ini kita saksikan perbahasan para menteri tidak lagi kritikal berdasarkan ilmu dan realiti. Banyak dipengaruhi emosi. Takkanlah sebab tak dapat bina sekolah, nak potong gaji RM10? Adakah dengan pemotongan itu, sekolah-sekolah yang dijanjikan itu akan dibina? Mungkin pada pandangan menteri tersebut ya, tapi pada mata rakyat, tidak. Cubalah cari jalan lain untuk selesaikan masalah ini. Situasi ini juga menjelaskan kepada kita betapa tercabarnya Sekolah Kebangsaan (SK) dengan penambahan sekolah2 SJK. Saya teringat satu sesi dengan Pengarah BTN, Dato' Shagul Hamid yang menceritakan betapa Melayu sudah terlalu dicabar. Nah, inilah realitinya.

Penggunaan bahasa di kalangan para menteri pun nampaknya semakin kritikal. Lihat sajalah kesalahan bahasa, terutama yang melibatkan panggilan sesama mereka sendiri. Sekali lagi emosi diletakkan di hadapan, bukan budi bahasa. Kalau hati dah marah, macam-macam boleh jadi. Perlu diingat bahawa Parlimen adalah institusi tertinggi dalam pentadbiran sesebuah negara, juga medan menghimpunkan semua menteri. Jika fungsi dan martabat Parlimen dicemari, saya rasa pembentangan dan perbahasan usul-usul tidak relevan lagi dilaksanakan di dalamnya.

Pengertian ‘Uff’ yang lebih mendalam…



“Macam mana nak menterjemahkan perkataan ‘uff’ dalam ayat “fa la taqul lahuma uffin” supaya sama dengan maksud yang dimaksudkan Allah dalam ayat tu?” tanya Dr. Akmal Khuzairy dalam kelas Introduction to Translation satu hari. Saya di dalam hati merangka jawapan. Kebiasaan kita dengar ataupun baca dalam terjemahan atau tafsir Al-Quran, terjemahan itu ialah ‘oh’, atau ‘ah’ atau yang sewaktu dengannya.


“Kamu yakin itu adalah maksud sebenar, sama dalamnya dengan apa yang ingin diterangkan Allah dalam ayat tu? Pertanyaan ustaz yang disertai mimik muka yang ‘menggoyahkan keyakinan’ itu memang buat kami terdiam. Kami yang berjumlah hampir 30 orang membisu. Betul jugak kata-kata ustaz tu. Saya terfikir, kalaulah hanya perkataan ‘ah’ yang Allah larang, dah mestilah ramai yang berkata sebegitu kepada ibu dan ayahnya. Astaghfiruullah al-‘Azhim, banyak betul dosa..!


Menterjemahkan sesuatu teks adalah suatu kerja yang rumit, lebih2 lagi dalam menterjemahkan ayat-ayat suci Al-Quran. Di dalam kelas Translation inilah saya belajar dan tahu serta sedar dengan lebih dalam tentang betapa tinggi dan sucinya Kalamullah. Sudah pasti suatu perkara yang tak boleh dipandang remeh, hatta walau sohibul mashru’ (orang yang menyuruh penterjemah untuk menterjemah) tidak mempertikaikan sejauh mana ta”thir (kesan) yang dihasilkan oleh penterjemah, namun hakikatnya ‘amaliyyah (proses) itu di bawah tanggungjawab penterjemah sendiri. Jika lain maksudnya dari maksud asal, kemungkinan boleh bawa dosa! Lainlah kalau menterjemah teks-teks biasa. Kalau silap terjemah, paling menyiat hati bak kata Dr. Akmal, kena buat semula terjemahan yang telah memakan masa berhari-hari. Itu saya kira afdhal dari jatuh dalam dosa!


Baiklah, apa jawapan Dr. Akmal untuk soalan tadi?


Lebih kurang begini syarahan beliau :


“ Perkataan ‘uff’ ini sebenarnya lebih halus dari apa yang kita terjemahkan sebagai ‘ah’, atau ‘oh’ atau ‘alah’ dsb. ‘Uff’ ini, nak menggambarkan betapa dalamnya pengertian di sebaliknya, ialah bila kita berhadapan dengan mak dan ayah kita. Bukan setakat kata ‘ah’ itu tak boleh, malah katalah, bila mak ayah kita dah tua nanti, dah tak boleh nak urus diri. Masa tu mereka akan jadi macam budak-budak. Hatta berak kencing pun kita kena uruskan. Ketika itulah, kita tak boleh nak mendengus walau sedikit pun dengan berkata “eeei” dengan perlakuan mereka itu. Walaupun dalam hati. Apatah lagi kalau buat mimik muka yang menjengkelkan, lagi tak boleh. Allah larang!”


Mendengar penjelasan Dr. Akmal, saya benar-benar terkedu. Terbayang wajah Ummi dan Ayah. Adakah saya akan mampu menjaga mereka bila tiba harinya nanti? Menjaga mereka dengan penuh kasih sayang, walaupun tak mungkin sama sebagaimana mereka menatang saya dari sekecil-kecil bayi? Mampukah saya menjaga mereka dengan seikhlas hati seorang anak? Mampukah saya untuk jadi anak yang solehah bila saya berhadapan dengan situasi sedemikian nanti?


Saya akan pastikan bahawa saya akan terus berbakti kepada Ummi dan Ayah. Moga-moga diri ini mampu terus berbuat sedemikian, hingga akhir hayat nanti. Saya anak sulung harapan keluarga!


“Ya Ilahi, didiklah dan bimbinglah diri ini untuk menjadi anak yang Solehah, yang taat dan kasih pada ibu dan ayah, serta hamba yang Solehah, yang menurut segala perintahMu dan meninggalkan segala laranganMu..”


Kepada ummi dan ayah, akak mohon ampun dan maaf atas segala perlakuan yang mengguris perasaan, dari kecil hinggalah saat ini. Sungguh anakmu ini mohon ampun, minta diredhai. Moga doa kalian saban hari untuk anakmu ini dan adik-adik yang lain agar berjaya dalam hidup dan menjadi anak-anak Soleh akan termaqbul...


Ma ridhallaahu illa,

Fi ridha il waalidaini

Ma baqa’u al kaunu illa

Fi halaalil abawaini

Fi halaalil abawaini...

Sabtu, November 22, 2008

Michael Jackson peluk Islam!

LOS ANGELES: Penyanyi kontroversi Amerika Syarikat, Michael Jackson, memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mikaeel, nama malaikat yang memberi rezeki. Superstar muflis berusia 50 tahun itu dilaporkan memakai jubah dan kopiah ketika mengucap dua kalimah syahadah di hadapan seorang imam dalam satu majlis di sebuah rumah rakannya di sini. Akhbar The Sun dalam laporannya semalam mendedahkan majlis itu diadakan beberapa hari sebelum Jackson atau 'Jacko' dihadapkan ke Mahkamah Tinggi London, selepas disaman oleh seorang putera Arab.


Jacko yang dibesarkan sebagai penganut Kristian, dikatakan mengambil keputusan menukar agamanya ketika beliau menggunakan studio di rumah kawan rapatnya untuk merekodkan album baru. Rakannya, David Wharnsby – seorang penulis lagu Kanada dan produser Philip Bubal, yang menasihatkan Jacko supaya memeluk Islam. Kedua-duanya juga sudah memeluk Islam dengan nama baru mereka Dawud Wharnsby Ali dan Idris Philips. "Mereka mula berbincang mengenai agama dan bagaimana mereka menjadi seorang yang lebih baik dengan menukar agama. Tidak lama kemudian Michael mula menerima idea itu," kata sumber yang dipetik akhbar itu.


Jacko yang merakamkan lagu terkenal seperti The Way You Make Me Feel, bagaimanapun menolak nama alternatif, Mustafa – bermaksud orang yang terpilih. Penyanyi Britain, Yusuf Islam, 60, atau nama asalnya, Cat Stevens, mengalu-alukan Jacko sebagai saudara baru. Jacko kini berdoa untuk ke Makkah selepas satu majlis diadakan di rumah pemain keybord Toto, Steve Porcaro, 51, di Hollywood Hills yang menyusun album Thriller penyanyi itu. Jacko, yang jarang keluar rumah tanpa memakai topeng, dijangka memberi keterangan Isnin ini dalam tuntutan saman berjumlah £4.7 juta (RM25.3 juta) oleh Putera Abdulla Al-Khalif dari Bahrain. – Agensi


Dipetik dari Berita Harian 22 November 2008.



Alhamdulillah, berita ini semestinya menggembirakan segenap umat Islam seluruh dunia. Sesungguhnya berita ini tidak pernah dijangka. Benarlah, hidayah Allah tak mengenal siapa. Semoga dengan pengislaman raja pop sensasi dunia ini, menjadi perangsang kepada yang lain untuk sama-sama kembali kepada fitrah, aamiin.


" Al Islaamu ya'lu wa la yu'laa 'alaihi "

Khamis, November 20, 2008

Sunyii je..?

Allahuakbar...

Assalamu'alaikum w.b.t..

Allah, rasenye dah lama sangat tak jenguk dan kemaskini blog. Ke manakah empunya blog ni menghilang ye.. (kalau ade yg bertanya)

Sebenarnya, saya baru pulang dr McLEAD (Management Course for Student Leaders) anjuran Student Development Division (S-DEV) UIAM. McLEAD ini diadakan di UIAM dan Kem Birotatanegara Lipis bermula 12-18 November. Walaupun sahabat2 yang lain baru sahaja mengecap nikmat cuti selepas usai peperiksaan akhir sem, kami seramai 133 orang wakil kelab2 dan persatuan2 di UIAM gagahkan jua diri menghadiri kem ini.

Hari ini, dah masuk 2 hari kem itu tamat. Tapi saya masih tak dapat melupakan segala yang saya lalui di kem tersebut. Bermula dengan hati yang 'separuh redha', hinggalah hati saya jadi bulat untuk mengikuti kem itu. Sungguh, kem itu benar-benar berharga buat saya. Banyak2 program yang saya ikuti, kem inilah antara yang cukup memberi kesan pada diri saya.. Allahuakbar.. Memang kalau ikutkan hati, rasa tak ingin pulang. Mengenangkan perjuangan yang terletak di bahu ini, jua bahu anak-anak Melayu lain. Apakah yang membuatkan saya sampai kata macam ni? Hmm, sama2 nantikan post yg seterusnya, khas untuk menceritakan pengalaman saya di Kuala Lipis. InsyaALLAH..

"Baru kini kusedar, lemahnya diri ini..
Baru kini kusedar, di bahu ini..
Tergalas tanggungjawab besar..
Mampukah aku?....