Selasa, Disember 30, 2008

Ahlain Bik Ya Sanah Jadiidah!

Salaamullahi 'alaikum wa rahmatuhu wa barakaatuh..

Dua hari yang lepas, umat Islam seluruh dunia telah pun melangkah ke tahun hijrah yang baru, 1430H.. Setinggi kesyukuran dirafa'kan kepada Allah jua, atas nikmat Islam dan Iman dari Allah kepada kita semua, hingga kita akhirnya sampai ke tahun hijrah yang baru ini.

Seiring dengan sambutan ma'al hijrah ini, marilah sama-sama kita berazam untuk berhijrah, pastinya untuk menjadi yang lebih baik. Semoga dengan dwisambutan tahun baru ini, diikuti tahun masihi yang akan membuka tirai pada Khamis ini, kita mengharapkan lembaran baru yang lebih menjanjikan sinar bahagia kepada semua, khususnya umat Islam.

Allahumma baarik lana fi hazihi sanah..
Allahumma ahyiina bil iiman, wa amitna bil iman, wa adkhilnal jannata ma'al iiman, birahmatika ya arhamar raahimiin..

Aameeen..

kalam-insani mengucapkan Salam Ma'al Hijrah 1430H dan Selamat Tahun Baru 2009 kepada semua pengunjung..

Ahlain Bik Ya Sanah Jadiidah!

Semester untuk menguatkan daya hafalan



Assalamu'alaikum w.b.t.
Alhamdulillah, wassolaatu wassalaamu 'ala Rasulillah...


Keputusan peperiksaan semester 1, sesi 2008/2009 yang lalu membawa kegembiraan kepada saya. Saya dapat capai target semester. Walhamdulillah! Saya dalam keadaan terpaksa dan terdesak sebenarnya. Terdesak untuk memperbaiki prestasi dan pointer yang tak memberangsangkan sebelum ini. Benar juga kata-kata saudara Najmil Faiz (anak Malaysia yang membentang kertas kerja mengenai Nano Technology di Parlimen British) bahawa salah satu resipi kejayannya ialah kerana keterpaksaan. Berulang kali disebutnya perkataan keterpaksaan dalam buku 'Towering the personality' -kalau tak silap, nanti check balik- yang mengisahkan mengenai perjalanan hidupnya dari seorang yang gagal kepada seorang yang berjaya. Saya cukup kagum dengan beliau. Dan sekarang saya faham bagaimana erti keterpaksaan yang beliau hadapi, walaupun berbeza situasi.
Sekarang, dah dua minggu semester 2, sesi 2008/2009 UIAM bermula. Terlalu banyak perkara yang terjadi. Again, it is all about life as vicegerent on Ardhillah. Subjek-subjek yang saya ambil semester ini :
- Jahili & Islamic Poetry Texts
- Advanced Debating 2 (for Arabic Debaters) * jgn salah faham ye, ana mush munaazhirah, faqat ata'allam (saya bukan pendebat, hanya belajar)
- Creative Thinking & Problem Solving *sekelas dgn k.syafa.. eheh
- 'Ulum al-Hadith : Sciences of Hadith
- Dirasah li Suar Mukhtarah : Study of selected Surah *subjek minor
- Qiraah Nassiyyah fi Kutub al-Hadith : Reading Hadith Books *subjek minor
- Advanced Tilawah al-Quran II
Total credit hour : 17

Aiwa, kalau tengok semua subjek, rasa macam tak terbawak. Saya punya satu lagi misi besar untuk pelajaran pada semester ini : mendapatkan Dean List a.k.a Anugerah Dekan! Subjek Dirasah Suar Mukhtarah (subj minor dalam Quran Sunnah) tu saja, dah ada 5 surah perlu dihafal. Tambah dengan Tilawah II, juga 5 surah. Ehh, tu tak cukup lagi tu... Nuh, jahili (gelaran budak BARB utk Jahili&Islamic Poetry Texts) lagi la.. Sangka saya 10 syair arab yang perlu dihafal, mengikut senior2 yang dah ambil. Rupa2nya dalam kelas pagi tadi : 'alaikum an tahfazhuu khamsata 'asharah ash'aar.. Tuu dia haih.. 15 syair.. Tak nak tambah lagi ke ustazah.. Gulp..

Hmm.. nampaknya semester ini akan menjadi semester untuk menguatkan daya hafazan insan yang bernama Nor Atiqah ini. Sebenarnya bagus juga, dah lama tak betul-betul menghafal surah-surah ni. Sekali sem ni, haa.. hafal lah betul2. Menghafal al-Quran perlukan kepada keikhlasan dan istiqaamah. Kalau tak ikhlas menghafal, maknanya menghafal sebab nak lulus, memang takkan lekat, dan tak dapat berkat. Lalu jadilah macam apa yang saya buat masa semester 1 dulu untuk subjek Tilawah 1. Mujur ustaz baik, kalau tak, jawab sendiri. Hanya saya, syakira dan Allah saja yang tahu.. Isk3..
Saya terima dengan redha ketentuan Allah untuk saya semester ini. Mungkin inilah perancangan Allah untuk saya, supaya saya lebih dekat denganNya. Ditambah dengan kerja-kerja di bidang dakwah yang sangat perlukan pengorbanan masa dan tenaga, saya yakin inilah perancangan terbaik untuk saya. Memang cabaran takkan henti, namun selagi niat ikhlas, insyaALLAH, segalanya akan mudah. Sebenarnya ada hajat untuk jadi hafizhah. Cuma ada rasa takut tak terjaga hafalan itu. Takpela, kalau tak dapat hafal semua, hafal sebahagian pun bagus juga.

Al-Quran perlu diteliti setiap hari. Pernah seseorang berkata pada saya : Kalau sehari kita tinggalkan al-Quran, kita akan jadi sedikit janggal bila kita kembali kepadanya. Ada benarnya kata-kata itu. Jadi kepada semua, samada yang bagus ataupun masih memperbaiki bacaan, marilah kita baca al-Quran setiap hari, dengan tadabbur maknanya. Moga setelah hati kita disinari cahaya Quran, akhlak kita akan lebih mempesonakan. Wallahua'lam..

Sabtu, Disember 20, 2008

Pandai atau memandai?

Assalamu'alaikum w.b.t...


Blog ini terpaksa 'direhatkan seketika' kerana masalah-masalah teknikal yang berlaku. Entah kenapa, laptop kesayangan saya, buah hati pengarang jantung saya ni meragam pulak. Bila klik pada folder, terus keluar confirm file delete. Ade tak sesiapa yang tahu kenapa perkara ini boleh menimpa laptop saya ini? Bila laptop ni buat hal, terus saya hilang mood untuk menaip. Nak menaip ni pun susah ni, tak boleh nak padam kalau salah taip. kena taip dengan penuh hati-hati. Kalau tak, terdelete satu ayat terus. Mungkinkah virus? Tapi saya dah scan dengan.. erm.. eheh.. AVG.. OK je, takde plak detect virus. (ataupun AVG ni kurang sense..huhu) Tula, bkn pandai sgt psl lappy yg bermasalah ni.. Adedei.. Sape tau ye? Saa’idni!!

Hmm, tujuan entri kali ni bukanlah nak cerita pasal buah hati saya yang meragam ni. Sebenarnya nak berkongsi satu cerita yang bg saya agak menarik la untuk dibaca dan dijadikan pedoman, khusus buat kaum Hawa di luar sana.. Huhu. Cerita mengenai ke'pandai'an diri saya ini.

Nak dijadikan cerita, minggu lepas saya sepatutnya nak menghadiri Induction PPINS di Wisma ABIM NS di Ampangan. Induction ini sangat sangat penting, untuk membincangkan hala tuju selepas pendaftaran dengan ROY. Jadi nak pendekkan cerita, pagi Sabtu yang berbahagia tu, saya pun bersiap-siap. Kali ni tak perlu naik bas, dah ade kenderaan yang boleh dinaiki. Wah, semangat betul ni. Dengan girang hati nak drive. Walaupun dah tau nanti sorang-sorang kena 'panjat' bukit tinggi yang kena pakai gear 2 tu je.. Mungkin ade yang tau bukit ape yg saya maksudkan. Hehe.

Jadi lepas sarapan, saya pun terus ke kereta Sunny warna biru lembut yang terparkir bawah garaj. Memang syok bawak keta ni, stereng pun lembut, tak macam keta Toyota hijau tu. (sempat lagi, sori eh keta hijau!)
Ummi pun dah hidupkan enjinnye dulu. Em, nak panaskan enjin la. Pastu memang dah tau,yang keta tu airnya dah habis, sebab meter air dah berkelip-kelip masa keluar ke Senaling semalam. cuma semalam lepas isi minyak sempat nak isi sebab tali paip air tu pendek sangat, so awakkal je bawak balik. Alhadulillah sampai.

Jadi saya dan ummi pun segera mengenal pasti dan mencari-cari yang mana satu tank air? Ha, yang ni kot. Nampak gambar macam same dengan meter kat dashboard yang berkelip-kelip tuh. Jadi dengan penuh rasa yakin saya pun tuangla air paip yang dah diisi dalam botol 1 liter ke dalam tank tu.

"Ado nampak air eh tak?" tanya Ummi.
"Bolom laie do.Koring yo (kering je),"jawab saya.
"Ha, boh air lagi," arah Ummi.

Saya pun segera menadah air dalam botol lagi. Lepas isi, tak juga nampak airnya. Tak boleh jadi ni! Dah pukul 8.15pagi. Meeting start kul 9. Dah janji nak datang on time. Dengan rasa nak cepat, saya pun mencapai sebuah gayung dalam baldi air tu, dengan harapan tank tu cepat penuh. Dah 2,3 gayung isi, tambah lagi dengan lebih kurang 3 botol air, tak juga penuh. Aik! Ape plak ni.. Selalu air isi kejap je dah penuh kan.

Adik saya yang keempat, ateh pun datang.

"Dah penuh lum?" tanyanya. Untuk makluman,dia ni pandai sikit bab-bab kereta ni. Walaupun baru lepas UPSR. Insya ALLAH, lau die tau, dptla die jawab permasalahan kereta ni.
"Bolum,akak dah lambek ni teh,"gusar saya.

Dia pun membelek-belek tank-tank yang ada dalam bahagian enjin tu.Tiba-tiba..

"Eh,ni macam tank minyak je. Minyak hitam kot kak."katanya.
Dia pun mula mencari tank air. Satu tank di bahangian tepi depan berlabel dibuka. Air!!

Seperti dipanah petir rasanya.

"Ya Allah teh, nape tak cakap tu tank air. Patutla isi-isi tak kunjung penuh!" gumam saya.
"Mane ateh tau.Nape tak panggil ateh tadi?" Ececeh..
"Kak, cmano ni..Ayah takdo umah plak ha.." Ummiku semacam nak menangis.

Saya telefon sepupu di Jasin. Katanya, jangan hidupkan enjin, takut air masuk dalam enjin, nanti kena overhaul pulak. Ades, tadi memang dah hidupkan enjin kejap. Nak tengok, ‘air’ dah penuh belum. Segera saya telefon Paksu di Pekan Johol pula. Katanya kena telefon pomen Atuk. Ayah biasa dengan pomen ni. Paksu pun bagi no. telefon Atuk tu. Dengan harapan kereta tu dikeluarkan air cepat, dapat la pegi meeting. Malangnya Atuk tak dapat dihubungi. Aduhai..

Kemudian, Pakteh saya yang tinggal di Tampin pun tiba. Kebetulan dia pernah pakai Sunny dulu, jadi dia tau la selok belok kereta tersebut. Saya pun mengumbah screwdriver2 milik ayah untuk Pakteh gunakan membuka tank minyak hitam yang dah ditenggelami air itu. Sadis sungguh saat itu! Tapi tak berjaya. Katanya, bolt pada tank tu dah haus, jadi tak dapat buka. Saya mula mengira-ngira. Mungkin paling lama dalam dua jam, siaplah kereta ni.

Lepas sejam, pomen yang ditunggu tak juga tiba. Saya pun bulatkan keputusan, tak akan ke meeting. Rasa macam nak naik bas, walaupun tau ia akan ambil 2 jam untuk sampai ke Wisma ABIM tu. Kira semangat kental gakla ni. Tapi tak sampai hati nak biarkan ummi selesaikan masalah kereta tu sorang-sorang. Ayah takde di rumah, pergi kursus dah 2 minggu. Kalau tak, mesti perkara ni tak terjadi.Jadi nak tak nak, by hook or by crook, saya kena batalkan untuk pergi Induction tu. Kepada sahabat-sahabat PPINS, saya mohon ampun dan maaf atas ketidakhadiran saya pada hari tersebut. Tak sengaja ye..

Akhirnya pada jam 5.30 petang, barulah pomen tersebut sampai. Atuk tu sendiri yang datang. Hai, tak berani saya keluar rumah tunjuk muka. Nampak benar kekurangan ilmu pasal kereta ni. Sepatutnya tak boleh salah. Saya sebenarnya dah rasa lain macam bila buka tutup tank yang disangka air tu. Kenapa berminyak? Tapi saya dengan rasa nak cepat lagi mudahnya mengandaikan mungkin tangan pomen yang kotor-kotor berminyak tu terlekat pada tangki tu masa isi minyak hitam dulu, tu sebab berminyak. Lagipun tank minyak ade pencucuhnya (ikut ilmu yang cikgu Azmi driving ajar dulu la). Hahaha.. Rupanya pencucuh tu ade kat tepi tank tu. Kancil memangla lain daripada Sunny. Ada jugak jawapan sebegini dari seorang pelajar universiti. Aduhai, macam mana nak jadi harapan negara. Huhu.

Saya bernasib baik sebenarnya, sebab semalamnya, semasa isi minyak di Senaling, waktu itulah perasan konon ‘air’ dah habis la. Alang la ni! Dia yang perasan dulu. Dahla kelam kabut masa tu minyak lambat turun. Hai, macam-macam betul. Nak isi ‘air’, tali paip pendek sangat plak. Pegi toilet, dapat botol pun tengok-tengok bocor pulak. Rupanya ada hikmah. Bayangkanla kalau saya isi tank minyak hitam tu dengan air waktu tu, alamat tidur di stesen minyak la jawabnya kami. Dahla satu rumah ade mase tu, kecuali ateh. Uwan pun ade. Hmm.. Nasib badan. Syukur sangat-sangat, kalau tak kena overhaul jawabnya Sunny tu. Baru sebulan dua pakai..

Kejadian ini terjadi pada 6 Disember 2008, sehari sebelum genap setahun saya dalam percubaan memandu (P la tu). Hai, nostalgik sungguh! Memang kejadian ini takkan saya lupa dalam sejarah saya memandu. Sepatutnya kalau air dah habis, temperature akan tunjuk pada skala hot tu. Tula, tak pandai nak memandai pulak!


Moral dari cerita ini:

"فاسئلوا أهل الذكر إن كنتم لا تعلمون"
“ Maka bertanyalah kepada orang-orang yang mempunyai pengetahuan sekjiranya kamu tidak megetahui” An-Nahl:143

Isnin, Disember 01, 2008

Mutiara berharga dari McLEAD (Bahagian 1)



Rasa saya agak sukar untuk kita dapati atau sertai program yang pengurusannya begitu sempurna dan berjaya mencapai objektif. Tapi satu program yang saya sertai baru-baru ini telah membuat saya kagum. Management Course for Student Leaders (MCLEAD) IIUM yang berlangsung pada 12 hingga 18 November 2008, seminggu yang lalu berhasil memberi impak yang cukup bermakna bagi saya. Program ini terbahagi kepada 2 sesi. Bermula 12 hingga 14 November adalah sesi bersama Student Development Division atau yang dipanggil warga UIAM sebagai (S-DEV), atau Jabatan Hal-Ehwal Pelajar, manakala 15 hingga 18 November adalah sesi bersama Biro Tatanegara (BTN).

Rata-rata peserta agak berat hati untuk menyertai kursus ini, memandangkan semuanya baru selesai ‘berjuang’ di medan peperiksaan akhir semester dan cuti semester yang baru bermula. Namun memikirkan tentang tanggungjawab terhadap komuniti UIAM, kami hadirkan diri juga. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan tentang pengurusan kelab-kelab dan persatuan di UIAM. Setiap kelab diminta menghantarkan 2 orang wakil. Peserta kursus pada mulanya seramai 133 orang, namun setelah ada peserta foreigners yang dihantar pulang, jumlah peserta menjadi 125 orang. Memang jumlah yang cukup besar. Kami dibahagikan kepada 6 kumpulan. Di dalam kursus ini, kami belajar cara-cara untuk menguruskan kelab atau persatuan masing-masing, dan bagaimana mendapat kelulusan dari autoriti UIAM sebelum menjalankan sesebuah program. Saya sendiri mewakili Women Affairs Association (WAFA). Wakil-wakil yang dihantar adalah dari Kulliyyah Based Socities (KBS), Leadership Unit (LEDU) Community Services (CENSERVE) dan Unit Pakaian Seragam.

Walaupun ramai di antara kami yang sudah biasa ‘keluar masuk’ S-DEV, namun ada banyak perkara yang baru diketahui sepanjang kursus ini. Sebagai contoh, saya sendiri baru tahu akan cara-cara menghantar Al-Manac (perancangan) kelab dengan betul. Sebelum ini, kebiasaannya kami akan menghantar nama-nama program yang akan dijalankan dan tarikh. Namun Al-Manac yang sebenarnya perlulah lengkap dengan jangkaan perbelanjaan, sasaran peserta, objektif dan sebagainya. Bukan sembarangan rupanya.

Seperti McLEAD yang sebelumnya, setiap kumpulan diberi tugasan membuat kertas kerja yang betul untuk menjalankan program. Kami diberi tugasan membuat kertas kerja untuk Student Carnival anjuran S-DEV sendiri bertarikh 13-20 Januari 2009. Setiap kumpulan mempunyai idea tersendiri dalam menyiapkan kertas kerja ini. Setelah siap, kami diminta untuk mempersembahkan kertas kerja tersebut. Kertas kerja ini bukanlah sebarangan, malahan kertas kerja yang terbaik akan diguna pakai oleh S-DEV untuk menjalankan Student Carnival tersebut. Selepas pembentangan, setiap kumpulan diadili, diberikan markah dan diberikan komentar oleh Pengarah S-DEV sendiri, iaitu Dr. Akmal Khuzairy Abdul Rahman dan juga Timbalan Pengarah S-DEV, Madam Norliza Chek Hassan. Ada kumpulan yang menganggarkan program hingga memakan belanja sebanyak puluhan ribu dan perkara ini ditegur oleh para hakim. Begitu juga ada yang menjemput Y.A.B Perdana Menteri Malaysia untuk Majlis Perasmian. Perkara ini juga ditegur oleh para hakim, kerana adalah agak sukar untuk Perdana Menteri hadir pada majlis sebegitu. Kami juga diingatkan supaya tidak boleh ada dua Majlis Perasmian dan Majlis Penutup, cuma satu sahaja diantara keduanya, sama ada Majlis Perasmian atau Majlis Penutup (kumpulan sape la ni?)

Walaupun kursus ini adalah berkenaan pengurusan kelab, kami juga diberi pengisian kerohanian. Seorang pemimpin mestilah mempunyai kekuatan rohani. Bagaimana mungkin seseorang pemimpin memimpin dengan adil, jika tiada iman yang kukuh di dada? Sesi bersama dengan Madam Martinelli Hashim, Pengarah Jabatan Aktiviti Kokurikulum banyak memberi pengisian dalaman kepada kami, selain pengisian mengenai pengurusan kelab-kelab di UIAM. Menurut beliau, sehingga sekarang terdapat 86 buah kelab yang berdaftar di UIA Gombak, manakala di Kuantan terdapat 22 buah kelab. Para pelajar yang ingin bergerak aktif di dalam aktiviti berpersatuan haruslah mencapai pointer sekurang-kurangnya 2.5. pada tahun 2007, UIAM telah menjalankan sebanyak 23 program di peringkat antarabangsa. Katanya lagi, graduan UIAM amat laku di dalam pasaran pekerjaan kerana bergerak aktif dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum. Perkara ini sedikit sebanyak memberi semangat kepada kami untuk terus berusaha memacu kelab masing-masing ke arah yang jauh lebih baik.

Satu persoalan. Apa yang akan para pelajar perolehi daripada penglibatan di dalam aktiviti kokurikulum ini? Pertama, kemahiran bercakap, atau yang dipanggil sebagai soft skills. Kedua, co-curriculum activity points (CACP) yang akan dikreditkan ke dalam rekod penglibatan setiap pelajar, bergantung kepada tahap dan penyertaan di dalam program tersebut. Selain itu, Madam Martinelli mengingatkan para peserta bahawa pastikan kita mendapat ‘ASK’, hasil dari penglibatan kita itu. A=Attitude, S=Skills, K=Knowledge.

Di antara pesanan-pesanan beliau yang berharga, adalah mengenai victory atau kemenangan. Kemenangan terbahagi kepada 4 jenis, dua daripadanya menurut Stephen R. Covey, penulis buku terkenal-7 Habits of Highly Effective People-adalah self-interest (private victory) iaitu kemenangan hanya untuk diri sendiri dan public victory, kemenangan terbaik iaitu dengan mengambil kira perihal orang lain. Dua lagi jenis kemenangan adalah group victory dan ummatic victory. Ummatic victory adalah kemenangan yang sempurna, yang diperlukan oleh seorang pemimpin Islam. Ummatic victory inilah yang dicanang-canangkan sepanjang sesi bersama beliau. Alangkah indahnya jika semua pegawai kerajaan punya visi seperti ini. Segala-galanya kerana ummatic victory!

Kemudian, sesi lain bersama Madam Norliza Chek Hassan, yang banyak menerangkan mengenai pengurusan kewangan bagi sesebuah kelab di dalam melaksanakan program. Di sini kami belajar bagaimana merekodkan aliran kewangan yang memerlukan kepada satu buku khas. Rasanya, boleh dikira kelab yang mempunyai sistem ini, ataupun mungkin tiada. Beliau juga menerangkan mengenai promosi semasa program, jika program tersebut ingin diiklankan di dalam media. Pengiklanan di media tersebut boleh dimohon melaui S-DEV. Selepas itu, sesi bersama En. Jamil, Pengarah Community Services (CENSERVE). Beliau menjelaskan mengenai ciri-ciri khidmat masyarakat yang mestiselari dengan viv dan misi UIAM sendiri. Sesuatu program khidmat masyarakat perlulah ada program susulan selepas itu, supaya pelajar-pelajar yang terlibat dapat tahu mengenai perkembangan sesebuah masyarakat. Jangan jadi program ‘touch and go’ saja.

Setelah 3 hari bersama pihak S-DEV, kami diserahkan kepada pihak BTN. Untuk mengetahui apa yang telah kami lalui dengan pihak BTN, teruskan membaca entri saya dalam Bahagian Kedua nanti. Semoga entri ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada yang membaca, khususnya kepada pemimpin-pemimpin pelajar di UIAM. Lakum as-syukr al-jaziil..