Khamis, Julai 09, 2009

Elaika - PadaMu Ya ALLAH

إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
Ku persembahkan kepada Mu tuhan sekelian makhluk, harapanku

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha pemberi dan pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Tatkala keras hatiku dan sesak perjalanan hidupku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Ku jadikan rayuan daripada ku sebagai jalan mengharap keampunan Mu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Maka bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
Kurniaan Mu dan keampunan Mu adalah rahmat dan kemuliaan


ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah kepadaku

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu


فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
Kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa2ku itu memasukkan diriku ke dalam neraka


فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati tuhannya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon


أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Kupelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang2


فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Sedang keampunan Mu yang mendatangi hamba adalah lebih agung dan lebih mulia

Nyanyian : Muhammad Obaid

Udhghut huna listima' ila hazihil ghina
(Klik di sini untuk mendengar lagu ini)

Pertama kali saya mendengar lagu yang indah ini di radio IKIM, hati terus terusik. Paduan suara latar sebagai muzik yang mengiringi senikata menyentuh hati yang penuh dosa ini benar-benar meronta rasa. Pabila hati jadi gelap dengan dosa, diri tercari-cari tempat mengadu. Ingin menyuci hati. Ingin kembali kepada fitrah. Ya, itulah hakikat diri manusia.

Alhamdulillah, sedikit kebolehan untuk memahami Bahasa Arab yang Allah kurniakan kepada diri ini membuatkan saya mampu untuk memahami abyat (bait-bait) lagu ini pertama kali mendengar, walaupun tidak keseluruhannya. Hanya dapat menangkap kalimah2 yang biasa di pendengaran. Inilah antara kelebihan memahami bahasa yang indah, bahasa pertuturan Nabi Muhammad s.a.w ini, as-syukru Lillah! Lalu saya berusaha untuk mencari lirik lagu ini di laman carian dan akhirnya ketemu. Saya kongsikan lagu ini dengan sahabat-sahabat semua.

Mendapat maklumat bahawa lirik lagu ini sebenarnya bait-bait syair Imam as-Syafie, dan dikatakan terkandung dalam 'Diiwan' (Koleksi Syair-syair) beliau Rahimahullah. Insya ALLAH, jika diberi peluang akan saya rujuk Diiwan Imam as-Syafie untuk mengetahui 'munasabah' (peristiwa@sebab) beliau mengalunkan syair ini dengan lebih tepat.

Sebenarnya hati-hati kita ini perlu dibasahi dengan Zikrullah. Suka saya untuk menyarankan kepada mereka yang suka mendengar muzik atau lagu-lagu, carilah dan dengarlah lagu-lagu seperti ini. Supaya keindahan hiburan itu lebih mendekatkan diri dengan Allah s.w.t. Tidak hanya mendapat leka dan lalai. Semoga hati-hati kita lebih lunak dan mudah menerima kebenaran. Bagi para pelajar jurusan Bahasa Arab khususnya, inilah salah satu cara untuk memantapkan penguasaan Bahasa Arab selain membaca buku-buku berbahasa Arab dan sebagainya.

"Berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah..Hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah.."
(teringat pula bait lagu Raihan ini, yang selalu dinyanyikan oleh kumpulan Nasyid as-SHAMS di awal setiap kali persembahan mereka)

Insya ALLAH, semoga ada manfaat dari lagu-lagu sebegini. =)

5 ulasan:

Zulkahfri berkata...

assalamualikum saudara

sy juga seperti saudara bila pertama kali dengar lagu ni dr radio arab, sy terusik utk mencari lagu ini dgn maksudnya.

alhamdulillah sy berjaya dan sgt kagum dgn maksud lagu ini yg semata-mata membesarkan Allah sahaja.. terasa diri ini sgt berdosa dihadapan Allah..

dgn alunan suara penyanyi yg merdu dan lunak membuat sy terus mendengar dan menghafal..

sayu hati biala mengenang diri ini amat hina depan Allah bila seorg tokoh agama yg membuat syair ini wp beliau seorg imam besar.. apa lagi kita yg serba kekurangan ini..

terima aksih saudara atas maklumat dan lirik lagu ini.. jazakallah

adam berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
adam berkata...

assalam alaikum miss, try come here(https://www.facebook.com/note.php?note_id=219363974748529), there are some info bout this qasidah

agenmiller berkata...

Alhamdulillah... syukur kepada Allah.. terima kasih kepada tuan blog... sekian lama saya cari makna nasyid arab ini... acapkali terdengar di radio IKIM.. hati saya benar2 sayu... apatah lagi bila sudah tau bait2 senikata... menitis airmata saya.... Allahu rabbi.... kerdil dan hinanya diri ini di sisi Yang Maha Esa...

pejuang berkata...

Syair teragung beliau... sungguh merutun jiwa