Selasa, Mac 31, 2009

Salam Imtihan Pecutan Terakhir..

Assalamu'alaikum...

Bila baca balik semua entri saya sebelum2 ni, tak banyak entri yang membincangkan mengenai topik-topik semasa atau ilmiah. Alangkah dhaifnya diri ini, masih kekurangan ilmu. Benarlah kata Ulama :

((تعلّم، فإن الإنسان لا يولد عالمًا))
"Belajarlah, sesungguhnya manusia itu tidak dilahirkan dalam keadaan berilmu".

Subhaanallah, ilmu Allah itu sangat luas, tak terjangkau dek aqal manusia yang lemah ini. Jadi, setiap masa adalah pelajaran bagi kita. Setiap yang berlaku adalah pelajaran bagi kita. Bila bercakap mengenai pelajaran, khususnya bagi yang bergelar pelajar seperti saya ni, maka takkan terlepas dari ujian2. Ujian-ujian dunia, utk menguji mada tanawul (sejauh mana kefahaman) kita terhadap pelajaran2 khusus di sekolah, universiti dan sebagainya. UIAM contohnya, telahpun selesai pelajaran semester ke-2 pada hari ini. Semua nampak macam lega, tapi bila memikirkan ujian akhir semester yang bermula secara rasmi 3 hb ini (jumaat) ini, masing2 tak lena tdoq.. Dok pulun baca buku. Beruntunglah bagi mereka yang dah menyusun jadual belajar, dah siapkan nota terlebih awal. Di hujung semester mereka akan relax, tenang je mengulangkaji. Yang lain tu, hmm faham2 sendiri. Bagi saya, soal ulangkaji akhir waktu bukanlah pilihan yang baik, namun ianya boleh dijadikan faktor kejayaan yang cemerlang jika kita betul2 menggunakan lebihan masa yang ada. Dan perlulah berkorban lebih, kalau sebelum ni dah banyak rehat a.k.a tidur, main2 dsb, maka di waktu macam ni sedar2 lah diri. 'Ganti" semula waktu2 yang dah berlalu tu supaya tak menyesal bila keputusan keluar nanti.. (pesanan buat diri ini khususnya) =)

Bagi saya, adual peperiksaan saya kali ini agak 'menzalimi' saya. Mana taknya, ada 2 hari yang saya kena duduki 2 kertas. Pening juga dibuatnya, nak2 semeseter ni adalah semester 'hafalan'. Majoriti subjek hafalan. Sendiri susun, sendiri tanggung. Huhu.
Jadi, beginilah jadual peperiksaan akhir saya:

Tilawah Al-Quran II - 2 April 2009
Jahili and Islamic Poetry Texts - 3 April 2009
Creative Thinking and Problem Solving - 3 April 2009
Qiraah Nassiyyah fi Kutub al-Hadith - 5 April 2009
'Ulum al-Hadith - 5 April 2009
Dirasah Suar Mukhtarah - 18 April 2009

Perbezaan yang sungguh jauh antara 5 hingga 18hb. Hmm, adakah saya akan menggunakan masa yang ada sebaiknya?

Kepada sahabat2 semua, tak kira di UIAM Gombak, Kuantan dan lain2 institusi, saya ucapkan ma'at taufiq wan najah. Allahu yaftah 3alayya wa 'alaikum...

Semoga jika ditakdirkan kejayaan dalam peperiksaan kali ini, biarlah ianya lebih menghampirkan kita semua kepada Allah, Tuan Punya Segala Ilmu..






Doakanlah saya, moga tercapai target untuk semester kali ini ----> Dean List. Target ini bukanlah kerana nombornya dan 'maqam'nya yang tinggi, akan tetapi ia kayu ukur sejauh mana usaha saya selama ini. Juga buat hadiah kepada Ummi dan Ayah yang senantiasa mendoakan anaknya ini..


Wallahua3lam..
Narjuka ya ALLAH..
Sahhil umuurana fil imtihan..
Iftah qulubana lil 3ilm...
Isyrah baalana li tafkir..
Aamin..

Female ITD
31 Mac 2009
7.20 pm

Jumaat, Mac 20, 2009

::Diriku Pasca Muktamar::

Teruskan Perjuangan

Sekian Lama Kita Bersama
Berkasih Bercinta Sesama Kita
Segala Dugaan Yang Menimpa Kita
Iman Dan Taqwa Menguatkan Kita

Tiba Masanya Perpisahan Kita
Kedatangannya Mendebarkan Jiwa

( korus )
Kita Hanya Mampu Untuk Merancang
Tetapi Allah Yang Menentukan

Teruskan Perjuangan Dan Terus Berkorban
Meskipun Kita Akan Berjauhan
Teruskan Perjuangan dan Terus Berkorban
Demi Menegakkan Islam

Manisnya Ketika Berjuang Bersama
Suka Dan Duka Dirasa Bersama
Kini Semuanya Tinggal Kenangan
Tiada Mungkin Akan Berulang

Berpisah Di Mata Di Hati Jangan
Moga Perpisahan Diredhai Tuhan




Search and Download More Music Free


Dengan ingatan istimewa, dari diriku sahabat yang hina, semoga ukhwah ini kan kekal utuh, walau apa jua datang melanda.. Kalian kan tetap di hatiku selalu...


Selasa, Mac 17, 2009

MAJLIS PENGAJIAN KITAB TURATH I'TIQAD ASWJ

MAJLIS PENGAJIAN KITAB TURATH I'TIQAD ASWJ

Anjuran

PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM),
dengan kerjasama

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN,
BHEP, MULTIMEDIA UNIVERSITY (MMU)

dan

INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA (ILIM)



OBJEKTIF
1- Menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan aqidah dan iman di kalangan belia.
2- Mendedahkan umat Islam mengenai kewajiban beramal dengan ilmu daripada ahli agama Islam yang faqih.
3- Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab.
4- Memberi kefahaman tentang konsep dan perlaksanaan nilai-nilai Islam.


TEMA
Menghidupkan Ruhaniah Berlandaskan Pemantapan Akidah.

TARIKH & TEMPAT

20 – 22 Mac 2009 / 23-25 Rabiulawal 1429H di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor Darul Ehsan


TENAGA PENGAJAR

Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari

SASARAN
Seramai 150 orang yang terdiri dari:

1- Ahli Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
2- Pelajar MMU Melaka dan Cyberjaya
3- Kakitangan MMU Melaka dan Cyberjaya
4- Orang Awam yang mengikuti pengajian Kitab I’tiqod Ahlus Sunnah Wal Jamaah di Masjid MMU Melaka
5- Pelajar IPTA dan IPTS di Lembah Kelang


MODUS OPERANDI
Sila rujuk jadual kursus yang dilampirkan.

Program diadakan selama 3 hari 2 malam. Mengikut kaedah pengajaran kulit ke kulit menggunkan Kitab I’tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah; Kiyai Haji Siradjuddin Abbas. Terbitan PUSTAKA TARBIYYAH Jakarta.

(Talaqqi kitab/Pembentangan/Riadah Islami)

TENTATIF PROGRAM


Jumaat (20/03/2009)

5:00 petang : (Check-in) Pendaftaran & Makan Malam

7:00 malam : Solat Maghrib/ Tazkirah & Solat Isya’

9:00 malam : Majlis Perasmian
”Aqidah sebagai Teras Jatidiri Belia”
Oleh : Al-Fadhil Ustaz Mohd Luthfi Bin Bakar
Penolong Pengurus STAD, MMU Melaka

10:30 malam : Minum malam & Berehat



Sabtu (21/03/2009)

6:00 pagi : Solat Subuh & Tazkirah

7:30 pagi : Sarapan

8:30 pagi : Taklimat & Aluan oleh ; Saudara Abd. Muntaqqim Bin Zulkifli
Timbalan Presiden PKPIM

9: 15 pagi : Slot 1 : Syarah Kitab I’tiqod Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

10:45 pagi : Minum pagi

11:00 pagi : Slot 2 : Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

12:30 tghari : Makan Tengahari & solat Zohor

2:00 petang : Slot 3 : Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah

4:00 petang : Minum petang & solat Asar

Perlawanan Bola Sepak Persahabatan antara Pilihan ILIM dan Pilihan MMU [Muslimin]

Perlawanan Bola Jaring Persahabatan antara Pilihan ILIM dan Pilihan MMU [Muslimat]

6:00 petang : Makan Malam

7:00 malam : Solat Maghrib & Kuliah/Tazkirah & solat Isya’

9:00 malam : Slot 4 : Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah

10:30 malam : Taklimat Bengkel & Pembahagian Kumpulan/Tugasan; [Kewajiban Mempertahankan Akidah Melalui Kesatuan Ummah]

11:00 malam : Minum malam & Berehat



Ahad (22/03/2009)

4:00 pagi : Qiamullail

6:00 pagi : Solat Subuh /Tazkirah /Sarapan pagi

8:30 pagi : Slot 5 : Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah

10:30 pagi : Minum pagi

11:00 pagi : Slot 6 : Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah

12:00 tghari : Ulasan & Penutup oleh; Saudara Mohd Hilmi B. Ramli
Presiden PKPIM

1:00 tghari : Makan Tengahari

2:00 petang : (Check-out)



Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi ; Saudara Ikhram [019-3731744]

http://almukminun.blogspot.com/

Jumaat, Mac 13, 2009

Tahniah dan Selamat Hari Lahir..!

Alhamdulillah, angah (adik yang kedua) dah dpt keputusan SPM nye semalam. Setelah berpurnama menunggu.. Dapat 7A, 3B dan 1C.. Alhamdulillah.. Alf Mabruk!!



Dan esok hari lahirnye yang ke-18 plak..
Erm, kire hp baru tu hadiah besday la ye ngah.. (balik dr sekolah semalam,trus dpt hp baru.. tu tgh pening nak explore la tu.. huhu.. ayat yang ade unsur2 iri hati..

Pape pun, tahniah sekali lagi. Ummi dan ayah berbangga denganmu dik!


Rabu, Mac 11, 2009

Kepulangan yang dinanti

Assalamu'alaikum....
Kaifa haalukum jami3an?
Arju annakum fi tamami sihhah wa kamal il-3afiah..

Aiwa..
Erm...
Sebenarnya tak tau nak tulis apa..
Sebab dlm fikiran ni dh terlalu tepu dgn mcm2 benda.. Tak mampu nk luahkan..
Sementara ada masa ni boleh la edit blog. Tengah tunggu download bahan untuk subjek Jahili & Islamic Poetry Texts. Merasakan sem ni -yg sepatutnya dan dh diniatkan untuk menggapai Dean List- agak mengecewakan dari prestasi pelajaran. Nak kata keputusan midterms yang 6 tu teruk, x jugak. Sederhana dan ada yang memuaskan. Tapi yg sy risau dan kesali ialah ilmu-ilmu dlm muhadharaat (kuliah2) itu gagal saya hadam dan semat dalam hati. Faham ke ni? Huhu. Sangat kecewa bila ada ustaz2 yg menegur kami dlm kelas, yg semuanya bagai kena je dgn diriku yg lemah ni. Hmph.. Rasa nak menangis, tp diriku yg agak berhati keras ni mmg jarang menangis. Kecuali sesuatu perkara itu benar2 meronta rasa. (Ermm.. Last sekali menangis dalam syura haritu. Tu pun mcm tak lepas je.. Adeii..Sebelum tu yg best, menangis keharuan sbb shbt)

K la, nak cite psl kepulangan saya ke rumah baru2 ni..

Family@Keluarga@Usrah

Alhamdulillah, Sabtu-Isnin lepas berjaya balik ke rumah. Selepas kena gas pemedih mata dlm demo PPSMI. Semakin semarak smgt juang! Melepas rindu selama sebulan lbh pd keluarga. Agak banyak perubahan yang berlaku, terutama adik-adikku yang berempat itu. Yang paling ketara ialah : mereka semua dah makin membesar!! Kebetulan hari Ahad tu hari lahir ayah dan ateh. Saya sempat belikan ayah jubah untuk solat, walaupun senteng cket. Oppss.. Tapi ayah kate : "xpola, ok la ni. Nk bwk sembahyang". Saya lega. Hehe. Harap ayah berpuas hati. Dan itulah sebenarnya hadiah pertama saya untuk ayah, selalunya thn2 sudah sy bagi kad je.. Hehehe..

Angah : Dah isi borang UPU. Pilihan 1-6, sumenye Syariah (pilihan 1st Ilmu Wahyu UIAM). Oh, bagusnye dikau adikku. Hmm, katenye mmg x minat smbg akaun. Minat sgt nk jd ustazah. Ade talent ke ngah? InsyaALLAH.. boleh tu. Tapi kene kukuhkan lagi Bahasa Arab la. Jangan 'antum' dengan 'anti' pun xtahu beza. Hehe. Tapi katenye pulak nak edit semula pilihan2 tu. Apepun, buatla pilihan yang terbaik. Ayah dan ummi pn tak pernah menghalang dan mengongkong. Ape yang angah mampu, teruskan. Kami sume akan sokong angah. Keputusan SPM akan keluar esok. Tengah berdebar2 la tu. Moga dpt yg terbaik,aamin.. =) (akak semakin sedar yang angah dh semakin besar dan kena buat keputusan besar dlm hidup. Jgn asyik hrp org lain ye ngah. Be matang!) ^_^

Alang : Sekarang Tingkatan 4. Die la paling lama saya x jumpe. Minggu sebelumnya dah balik, so mggu sy balik ni, die xde di rumah. Adikku yang sifatnye pemalu ni makin menuju puncak hidup. Selepas PMR dengan keputusan yang sederhana, tak membolehkan die untuk pindah ke sekolah lain. Walaupun saya dalam hati memang amat x bersetuju untuk alang terus di situ, tapi itulah hakikat dan kemampuannya. Apa yang penting, kami perlu bg sokongan pada alang. Saya sebenarnya amat merisaukan adik yang sorg ni. Sebab mungkin pencapaiannya yang kurang memberangsangkan dan beberapa perkara yang berlaku di sekolahnye tu (xnak sebut sekolah mana). Kadang-kadang aku rasa tak berfungsi sebagai kakak yang baik. Astaghfirullah al-3azhim! Ntah.. Tapi yg pasti, akak akan cube tolong alang. Tapi alang sendiri kena ubah diri (kalaulah die baca ni..hm..) Tapi sebenarnya die seorang yg periang dlm rumah. Tak lengkap kalau xde die. Sbb die kuat makan, kuat pg dapur (sbb nk mkn la tu huhu). Dalam malu2 tu, ade sifat lawak yang sy sendiri terhibur+sakit hati sbb sakit perut ketawa. Rajin pun ye jugak die ni. Hai, buah hati ummi (sbb ummi paling susah melahirkan beliau). Ya ALLAH, bantulah adikku ini.

Ateh : Sekarang dah masuk Tingkatan 1. Alhamdulillah, saya bersyukur dgn perubahan yang agak ketara pada ateh sejak masuk asrama sekolah agama ni. Walaupun matlamat untuk menjadikan die seorg Hafiz belum nampak akan tercapai, tapi sekurang2nya dia dapat tarbiyyah sekolah agama. Seperti saya dan angah. Dah makin bagus sekarang. Dah tak menyakat adik, marah2 adik. Sangat bersyukur. Cakap pn dah tak kasar (bukanla kasar sgt pun, biasa la dulu masih budak2.) Dan yang paling ketara, dah makin tinggi! Tak lame lagi lebih tinggi la dari saya. Suara pun dah berubah. Hmmm,cepat sungguh waktu berlalu. Harap dia perbaiki pelajaran dan sahsiah diri. Pun dah masuk 13thn. harap makin matang. Maaf, hadiah ateh akk bg kemudian k.. ^_~

Adik@Anje : Budak kecik sorg ni baru potong rambut. Comel je.. Hehe. Kata ummi,senang nk urus, maklumla masuk darjah 1 dh kena ajar pakai tudung. Rambut pnjg2 ni rimas, jd potongkn saja. Sekolah sampai kul 1, pastu belah petang KAFA pulak. Balik rumah waktu Maghrib, mengaji kena marah dgn ayah. Uhu, ni yang plg sy x tahan. Kesian, dh penat2 sekolah belah siang, mlm kena marah dgn ayah pulak. Die ni kalau dtg angin kus-kus mls mengaji, memang liat. Tapi yg saya kugam dgn budak kecik ni (pggln kalau die nakal) ialah balik je sekolah, tak sempat tukar baju, terus bukak buku, siapkan keje sekolah. Selagi tak siap, selagi tulah buat. Marah pulak tu kalau x tolong. Huhu. (rasanya akak2 n abg2 nye dulu xla mcm ni sgt). Yang kelakar, die rupanya Pen. Ketua Kelas. Garang. Sampaikan kwn2 die tny pd ummi : "Acik, Ainul (nama adik sy ni) garang eh kat rumah?" Terhambur ketawa saya bile dgr cerita ni. Rupenye garang kat sekolah. Em, mungkin menurun perangai akaknye ni kot. Hehe. Yeke?

Ummi : Erm.. Sampai je kat pintu rumah malam sabtu tu, saya dipeluk erat. Rindu. Erm, memang rindu. Sebenarnya tak terlerai rindu tu. Tak sempat berbual banyak dengan ummi. Tapi ckp untuk tau ape yang berlaku di rumah. Tak sempat nak urut ummi pun. Maafkan akk mi. (selalunye balik rumah, saya akan urut die. Katenye saye berkebolehan dlm hal ni. Yeke?) Agak sedih sbnrnye.. Tapi xpe, nanti balik lagi kan.

Ayah : Erm..untuk besday kalini, buat kelainan cket. Angah masak spageti, saya siapkan BBQ. Alhamdulillah, dpt jugak buat. Walaupun sbnrnya sos kat rumah dah habis. Apelah ertinya BBQ tanpa SOS! Hm, xpelah asalkan menjadi. Belah malam, pg makan2 kat luar. Seronok gakla. Tak penah2nye pg pasang lagu kat mesin ape tah namenye tu. Walaupun satay nye tak berapa Lazat (hmm mengomen plak) tapi alhamdulillah. Balik dari makan, bagi ayah hadiah. Harap ayah suka.. ^_^

Uwan : Alhamdulillah, sihat. Sampai2 je kat umah, hulur tgn nak salam.. "Haaaiii, lamo botoo tak balik dah. Sobulan lobih ado gak eh. Raso dah topandang2 yo kau kek umah ni". Hehe. Mksdnye : "Hai, lame betul dah tak balik umah. Sebulan lebih ade agknye. Rasa mcm dah terpandang (ternampak2) je kau kat umah ni". Mase tu die tgh makan. Saya pn kata : "Eh, uwan baru nk mkn?" Nk tau ape jwbnye yg membuatkn sy terharu biru? : "A'ah, uwan tggu kau tadi. Nak makan samo. Ummi kau suh mkn dlu." Mase tu dah pukul 10 lebih. Terharu kan? Hmm, begitulah manifestasi kerinduan uwan padaku. Seronok dpt dgr cerita2 uwan. Harap dipelihara kesihatan beliau. Aamin...

Rasa sangat dihargai bile balik umah. Dan saya fikirkan, inilah hikmah di sebalik jarang atau lama tak pulang ke rumah. Ia menambah kerinduan dan kasih sayang sebenarnya. Bila balik selalu, mungkin takkan rasa mcm tu sgt. Kali ni saya rasa mcm dah bertahun tak balik. Upin dan Nini pn dh besar. Kucing2 kami.

Insya ALLAH, akak akan sentiasa doakan kalian, yang pada zahirnya jauh di mata, namun tetap dekat di hati dan ingatan ini. Daaiman.. ^_~

Maaf, entri kali ini agak tak teratur. Mmg tgh tak teratur sgt ni..

Jumaat, Mac 06, 2009

Ayuh Bela Bahasa Melayu..!


Assalamu'alaikum..

Ayuh sahabat2, sama2 mengatur langkah ke Istana Negara esok..
Kita berdemonstrasi beramai2 secara aman..
Tunjukkan kasih dan sayang anda pada anak bangsa kita..

"Daulatkan Bahasa Melayu, Hapuskan PPSMI"

Isnin, Mac 02, 2009

DIALOG PPSMI UIAM.. Jom hadir!



Assalamualaikum wbt...

Jemputan ke Dialog Isu PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) bertajuk:



PPSMI : Building or Destroying the Nation?


Bertempat di Auditorium Utama UIAM pada 4 MAC 2009 (khamis) jam 8.00malam. Kehadiran anda semua amat dihargai. Sama-sama kita membicarakan dan membincangkan isu Ummat ini....


Selamatkan Bangsa dan Bahasa Melayu!!


Sebarang pertanyaan sila hubungi : AHMAD FAHMI MOHD SAMSUDIN 013-2226925