Selasa, Mei 26, 2009

Waktu belajar menjadi pemimpin

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah, syukur pada Allah Ta'ala, kerana dalam kesibukan menguruskan organisasi, saya masih berupaya untuk terus menulis di dalam blog ini. Saya sedang menguruskan sebuah program, Women's Week anjuran Women Affairs Association (WAFA), sebuah kelab yang berdaftar bawah S-DEV (HEP) UIAM. Program ini masih dalam perancangan. Terlalu banyak yang belum sempurna, yang memerlukan kami memikirkan strategi dan modus operandi yang tersusun. Maklum saja, kami semua sisters-bros, no trespassing! :) Tapi kami mengalu-alukan bantuan dari semua pihak.

Saya sungguh terharu dengan pertolongan yang Allah berikan kepada kami. Di saat kami buntu, pasti ada saja bantuan yang Allah turunkan. Benarlah janji Allah bahawa pada setiap kesusahan itu akan ada kesenangan. Inilah yang menjadi kekuatan kepada kami. Semoga kami terus berusaha dan tak jemu, demi Islam tercinta!

Baiklah, entri ini sebenarnya nak minta pandangan pembaca2 sekalian mengenai satu kata-kata dari ulama tersohor, Imam as-Syafi'ie :


"Hendaklah kamu berilmu pengetahuan sebelum kamu menjadi ketua, sebab sesudah kamu menjadi ketua, tidak ada jalan lagi bagimu untuk mencari pengetahuan."


Kata-kata ini saya salin dan tampal dari laman web LPPKN, ketika mencari maklumat tentang tajaan bagi Women's Week ini. Saya sebetulnya pernah terdengar mengenai kata-kata ini tidak lama dulu. Ianya masih berada dalam pemikiran saya dan saya selalu memikirkan akan kebenaran kata-kata ini setiap kali membicarakan mengenai hal ehwal kepimpinan. Boleh jadi kata-kata ini ada benarnya, namun saya tak pasti adakah benar kata-kata ini dari Imam as-Syafi'ie Rahimahullah.

Benarkah proses pembelajaran atau persediaan seseorang pemimpin itu seharusnya bermula sebelum seseorang itu menjadi pemimpin? Apakah justifikasi sebenar akan mutiara kata ini? Jika difikirkan secara logik, proses pembelajaran seseorang berlangsung sepanjang hayat seperti yang disebut oleh beberapa hadith Nabi s.a.w. Tidak semestinya selepas seseorang bergelar @ dilantik menjadi pemimpin, proses pembelajaran bagi beliau telahpun tamat kerana tidak ada seorang pemimpin pun yang betul-betul sempurna. Tanggungjawab dan amanah yang diberikan seharusnya mendidik dan membuatkan seseorang pemimpin berdepan dengan pelbagai perkara, sekaligus meningkatkan kredibiliti beliau sebagai pemimpin.

Jadi, sukalah saya di sini untuk membuka ruang kepada para pembaca sekalian untuk membincangkan akan mutiara kata ini. Sudah tentu ada yang maklum dan faham akan makna di sebalik kata-kata ini. Sudilah kiranya berkongsi sedikit sebanyak pengetahuan bersama-sama. Atau apa sahaja yang terlintas di fikiran. So, i open the floor for discussion. All ideas are most welcome!


* sedang melatih pemikiran supaya lebih kreatif dan kritikal. ^_^

Isnin, Mei 25, 2009

Penting ke Facebook?




"Reminder: 5 of your friends invited you to join Facebook..."

Saya menerima emel ini dalam peti emel saya. Ramai orang dah menyertai facebook ni. Dari yang kecil, sampai ke tua. Sampai atuk Comel (Zami Ismail dalam cerita Comel di TV3) pun join facebook ni.


Saya?


Emm, belum lagi. Ramai juga yang tanya : Awak ade facebook x? Jawapan saya : "Takde. Malas la. Friendster dh ade, cukupla. Tak banyak masa nak layan banyak internet network camni."


Ye.. Memang saya tak nampak ape kelebihan Facebook. Mungkin tak pernah tanya orang. Dan mungkin juga tak nampak beza antara Friendster dan Facebook. Yang samanya, dua2 mula huruf F. Huhu.


Mungkin ade yang dah join Facebook ni nak berkongsi dengan saya apakah kelebihan Facebook berbanding Friendster? MySpace
* dah sign up sebenarnya, tapi sengaja nak tanya pandangan orang. Tengok dulu la Facebook ni cmane. Kalau bermanfaat, saya teruskan, kalau tak, deactivate jela nampaknye. MySpace

Jumaat, Mei 22, 2009

H1N1: Mexico tarik semula semua larangan

BANDARAYA MEXICO : Kerajaan Mexico hari ini menarik semula semua bentuk larangan yang dikenakan di seluruh ibu negara itu berikutan menularnya wabak Influenza A (H1N1). “Keadaan ini boleh melegakan kami," kata Datuk Bandar, Marcelo Ebrard dalam sidang akhbar. Bandaraya Mexico adalah kawasan pertama menularnya wabak itu yang kini melanda 41 negara dengan lebih 11,000 orang menghidap virus berkenaan.

Setakat ini, jumlah korban akibat H1N1 ialah 85 orang. Laman web rasmi bandaraya itu turut menurunkan tahap amaran wabak H1N1 daripada lima kepada tahap paling rendah iaitu "hijau". Ini sekali gus membolehkan sekolah, perniagaan dan pengangkutan kembali beroperasi seperti biasa, tanpa langkah berjaga-jaga tambahan.

Virus H1N1 sudah membunuh 78 orang di Mexico dan 3,930 lagi disahkan dijangkiti. Meskipun virus itu sedang menular di seluruh dunia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagaimanapun masih belum mengisytiharkannya sebagai pandemik. - AFP

sumber : Berita Harian 22 Mei 2009 (Jumaat)

Alhamdulillah..moga virus ni tak tersebar lebih meluas lagi.. MySpace

Rabu, Mei 20, 2009

Jom Ke Menara Gading!



Pengenalan


Program Perkampungan Menara Gading Kebangsaan 2009 (PMGK) bertujuan melatih generasi mahasiswa agar bersifat dinamik dan progresif sebagai persediaan untuk kepimpinan negara pada masa akan datang. Hasrat ini dilaksanakan dengan meletakkan tradisi budaya ilmu sebagai pra-syarat penting ke arah pembinaan sahsiah yang unggul, pembentukan bangsa yang mapan dan pembinaan tamadun yang tinggi. Namun segalanya hanya dapat direalisasikan jika semua pihak membantu menggembleng tenaga menjayakannya.


Program PMGK 2009 yang dirancang oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Persatuan Pelajar Islam Wilayah Persekutuan (PPIWP) dengan anjuran bersama Kerajaan Negeri Selangor kali ini juga bertujuan untuk membantu mendedahkan kepada para pelajar tentang kehidupan di kampus serta memupuk sahsiah yang tinggi dengan memiliki matlamat yang jelas dan mampu untuk membangunkan diri, keluarga dan negara berlandaskan kefahaman dan penghayatan Islam yang syumul.



Objektif


1. Mengubah paradigma para pelajar ke arah yang lebih positif seiring dengan arus pembangunan dan perkembangan intelektual pada hari ini.
2. Mendedahkan kepada para pelajar tentang kehidupan di kampus serta sistem pendidikannya.
3. Membantu para peserta dalam mengenali potensi diri seterusnya mampu membuat pilihan yang tepat mengenai kerjaya dan masa depan.
4. Menyemai satu idealisme bagi membudayakan ilmu dalam setiap tindakan dan perancangan.
5. Memberi satu bentuk latihan kepimpinan dan keperibadian Islam.
6. Memantapkan pembangunan diri dari aspek rohani, jasmani, emosi dan intelektual.


Utk maklumat lanjut dan pendaftaran, layari sini.

Pakat ajak adik beradik sepupu sepapat, mari sama2 ambil manfaat2! MySpace

Isnin, Mei 18, 2009

Murabbi Sejati

"ALHAMDULILLAH...ana al-aan fil mustasyfa. Indi 'amaliyyah jirahiyyah ghodan INSYA ALLAH. Ya Atikah, laa tansi duaaaki lilustaz"
(Alhamdulillah, ustaz sekarang di hospital. Ustaz akan operate esok insya ALLAH. Atiqah, jgn lupa doa anti utk Ustaz)

Mesej yang saya kirim kepada Ust Khazri awal tengahari tadi akhirnya berbalas. Bimbang juga kalau2 mengganggu beliau. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana Ustaz makin pulih. Beliau terlibat dalam kemalangan kecil sebulan yang lepas. Beliau patah kaki kiri akibat insiden itu. Dan syukur juga pada ALLAH, saya diberi kesempatan untuk menziarahi beliau kerana kebetulan saya sedang bercuti ketika itu. Mengimbas kembali ziarah itu, ustaz kelihatan ceria. Memang begitulah perwatakan ustaz, sentiasa ceria. Senyuman tak pernah lekang dari bibirnya. Memandang wajah guru saya yang seorang ini memang tidak pernah menjemukan. Seolah-olah di wajahnya ada cahaya. Ramai yang menziarahi beliau, tanda beliau disayangi semua. Sempat juga dalam keadaan uzur itu, beliau membacakan sebuah cerita dari buku "La Tahzan" versi Bhs Arab. Allah sahaja yang tahu hati saya ketika itu, benar-benar dipamit rindu untuk belajar dengan Ustaz. Masih terasa tenang dan tegas beliau mengajar. Cara beliau membaca buku itu masih sama, dengan menerangkan setiap perkataan yang dikira sukar. Syukur kerana Allah mengabulkan permintaan saya iaitu nak belajar dengan Ustaz lagi, walaupun sekejap cuma.

Mengimbas kembali detik-detik mengenali Ustaz, beliau masuk mengajar di SMKA SHAMS pada tahun 2001 (seingat saya). Ketika itu, saya di Tingkatan 2 Ikram. Dalam kelas tu ada budak-budak nakal. Salah satu kelas yang agak kontroversi. Ustaz mengajar Bhs Arab untuk kelas saya. Cara pengajaran beliau memang menarik minat, dan saya serta kawan-kawan yang lain memang suka bila beliau masuk kelas. Ustaz memang seorang yang kuat ingatan. Beliau memang suka mengingat perkara-perkara yang berkaitan dengan para pelajarnya. Satu hari, beliau menggunakan 'kaedah' itu untuk memanggil kami membaca dalam kelas, kiranya tak panggil nama. Habis satu kelas di sebutnya. Contoh : Kampung Gelam! Maka yang duduk di Kampung Gelam (Anis dan Mashita) pun faham2 la. Kemudian disebutnya satu nombor plat kereta. Maka orang yang berkenaan pun kenalah baca. Sehinggakan, seorang kawan saya yang baru tukar cermin mata pun beliau boleh perasan. "Nazzharah jadidah!" Masa ni semua orang pelik,termasuk saya. Sebab tak tau 'nazzharah' tu apa. Ape bende lah ye? Tiba-tiba saya teringat yang kawan saya ni baru tukar cermin mata baru. Mungkin 'jadidah' itu yang dimaksudkan. Dengan fikiran yang 'main agak' je, saya pun terus kata pada dia : "Ko lah, cermin mata baru tu ustaz cakap." Rupanya betul. Hebat tak ustaz saya ni? MySpace

Ustaz selalu bagi ceramah di surau. Antara maghrib dan Isya atau apa sahaja program. Bila sebut Ustaz Ayie (panggilan kami utk Ustaz) mesti semua orang tak sabar2 nak dengar ceramah beliau. Ustaz pandai mengambil hati para pelajar, juga guru-guru lain yang ada antaranya guru beliau dulu. Itulah sebab semua senang dengan Ustaz. Keramahannya, murah senyumnya dan lawaknya sentiasa membuatkan kehadiran beliau dirasai. Sentiasa memberi kata2 semangat dan tunjuk ajar. Adik saya pun sempat belajar dengan beliau. Method beliau : pistol air. Sesiapa yang mengantuk atau tak hafal atau tak dapat jawab, bersiap sedialah. Belum lagi sindiran dan kata-kata yang tinggi balaghahnya, yang hanya boleh difahami oleh kami dengan pemahaman yang mendalam. Huhu. Ustaz juga dipanggil 'Abi' oleh anak-anak muridnya.

Ustaz memang menjadi antara rujukan saya yang utama. Boleh dikatakan saya paling selalu merujuk pada Ustaz. Dalam kelas, saya pasti takkan lepaskan peluang untuk bertanya. Kerana minat yang sangat mendalam kepada Bhs Arab. Diluar kelas, saya akan ke bilik guru kalau ada pelajaran yang tak saya fahami. Sungguh senang hati bila dapat bertanyakan soalan kepada Ustaz. Terasa sangat gembira lepas berbincang dengan Ustaz. Kalau ada satu hari Ustaz tak masuk, hari itu saya akan kurang bersemangat. Setiap hari ternanti-nanti waktu pelajaran Bhs Arab. Begitulah pengaruh Bhs Arab oleh Ustaz Khazri, sehingga saya memilih untuk mendalami Bhs Arab, dengan mengambil jurusan Bhs Arab di UIA, universiti impian. Alhamdulillah.. MySpace

Masih saya ingat nasihat dan galakan Ustaz untuk saya menyambung pelajaran selepas SPM ke universiti2 Timur Tengah. Ustaz merupakan graduan Universiti Yarmouk di Jordan. Sehingga beliau menawarkan diri untuk membantu saya memohon ke sana. Namun disebabkan azam yang lebih kuat untuk ke UIA dan tidak mendapat sokongan sepenuhnya dari Ummi, saya batalkan. (Insya ALLAH, jika ada peluang selepas habis Degree, saya akan meninjau-ninjau peluang untuk sambung Master pula, sama ada di Malaysia saja atau ke Timur Tengah. Sangat teringin sebenarnya. Kalau tak untuk Master, mungkin untuk PhD, insya ALLAH bi iznihi Ta'ala.) Ustaz memahami dan menyokong saya ke UIA. Maklum sahaja, tak ramai anak murid beliau yang menjejaki langkah beliau. (Moga lebih ramai adik2 di SHAMS yang ambil jurusan Bhs Arab selepas ini..dah ade tanda2 dah tu..insya ALLAH) MySpace

Di awal kemasukan saya ke matrix UIA, saya selalu menghantar mesej bertanyakan pelajaran yang tak saya fahami di dalam kelas. Ustaz masih ada masa untuk menelefon bagi menjawab persoalan saya. Waktu itu Ustaz sudahpun menjadi pensyarah di UKM, rezeki Allah kepada beliau. Seluruh warga SMKA SHAMS terasa kehilangan beliau. Begitu juga guru-guru yang lain, telah ramai yang berpindah dan dinaikkan pangkat. Semoga terus berbakti!

Begitulah sedikit sebanyak cerita tentang Ustaz saya ini. Seorang guru yang patut dijadikan contoh kepada guru-guru lain. Bukan sahaja mengajar, malah mendidik juga. Terima kasih ya ALLAH, atas kurniaan guru-guru yang mengasihi dan memahami dalam menunjuk jalan mendekati-Mu.


'EID MU'ALLIM SAID.. 'Asallah an yashfiaka wa yarhamaka ya Ustaz..

nota kaki :
  • nazzharah jadidah : cermin mata baru (boleh aplikasikan ya..)

Ahad, Mei 17, 2009

Martabatkan Profesion Perguruan




Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini


Hari Guru yang disambut semalam mengingatkan saya kepada lirik lagu LILIN SEORANG GURU nyanyian In-Team ini. Kebiasaannya bila tiba Hari Guru, semua sekolah di seluruh Malaysia akan mengadakan sambutan, bagi meraikan guru-guru. Sedar tak sedar, saya sendiri telah 5 tahun meninggalkan alam persekolahan. Jika dikenang, rasa rindu pada guru-guru menggamit hati. Terasa ingin mengulangi keindahan alam persekolahan, bergurukan pendidik-pendidik yang tak jemu mencurah ilmu. Guru-guru yang sungguh komited mendidik anak bangsa.

Peranan guru amat besar dalam kehidupan seorang insan. Dengan gurulah kita mengenal ilmu dunia. Dengan gurulah kita mengenal tulis baca. Dengan gurulah kita mengenal Pencipta. Gurulah insan mulia, kerana tugasnya semudah kata, namun ranjaunya sukar dinyata.

Mungkin kerana zaman sekarang ini sudah jauh berbeza dengan zaman dahulu, membuatkan institusi perguruan seolah-olah sudah tercalar martabatnya. Telah banyak kes melaporkan sikap kurang beradab para pelajar terhadap guru-guru. Sedih dan kecewa melihat anak-anak muda hari ini sudah kurang menitikberatkan soal adab dengan guru. Teguran guru tidak lagi diendahkan. Nasihat guru tidak lagi jadi ingatan. Malah marahnya guru dibalasi pula dengan dendam kesumat.

Sesungguhnya insitusi perguruan perlu dijaga martabatnya. Kalau kita bertanyakan generasi terdahulu dari kita, contohnya ibu dan ayah mengenai zaman persekolahan mereka terdahulu, pastilah banyak bedanya. Dahulu, guru cukup dihormati. Sayangnya guru pada anak murid adalah pada ketegasannya. Kasihnya pada anak murid adalah pada keikhlasannya. Hal ini membuatkan guru-guru cukup disayangi anak-anak murid. Kuasa mendidik diberikan sepenuhnya kepada guru. Jika guru telah menghukum seorang anak murid di sekolah, ibu bapa tidak akan melatah, sebaliknya mengatakan bahawasanya anak mereka patut diajar. Namun sekarang, jika seorang anak dihukum di sekolah, esoknya si ayah ke sekolah, guru pula disumpah seranah. Dua senario ini perlu diperhatikan, supaya para guru dapat menjalankan amanah dengan lebih sempurna.

Seharusnya, guru tidak hanya mengajar tetapi harus mampu mendidik. Lebih-lebih lagi di zaman yang semakin mengikis nilai estetika insan. Mengikut Prof. Dr Sidek Baba dalam bukunya Pendidikan Rabbani ada menyebut, pelajaran banyak menumpukan aspek kognitif ataupun akal. Pendekatan inilah yang menjadi kekuatan orang-oang Barat yang banyak menggunakan kaedah rasional dan dikatakan saintifik bagi mengembangkan ilmu, maklumat dan pengetahuan. Pendidikan tidak menolak kepentingan saintifik dan rasional sebagai asas pengembangan ilmu dan ketrampilan. Tetapi, ia lebih mengutamakan pembangunan afektif (daya fikir) yang merujuk kepada faktor dalaman insan. Faktor dalaman ini amat penting dalam memartabatkan insan sebagai pemikir dan pengamal berasaskan nilai-nilai murni demi kesejahteraan umat manusia.

Di akhirnya, sama-samalah kita menjaga dan mengangkat martabat institusi perguruan yang mulia. Saya tidak mengatakan bahawa ia telah jatuh, tetapi seperti saya katakan tadi ianya telah tercalar. Kepada masyarakat secara amnya, hormati dan sayangi guru-guru kita. Tiada guru, tiadalah generasi masa depan yang berilmu. Kepada para guru khasnya, selamat mendidik anak bangsa.

Dedikasi SELAMAT HARI GURU istimewa saya tujukan khas buat : MySpace

- En. Abd Talib bin Pilus (ayahanda saya yang telah 20 tahun mendidik anak bangsa)
- En. Mohd Zaki bin Said ( Busu )
- Pn. Jamaliah bt. Ahmad (Mak Su)
- Guru-guru di Taski ABIM Juasseh (memang x ingat name ustazah2 tu..tp yg pastinya sgt seronok blajar kat Taski ni ^_^), SK Pusat Juasseh (dah x ingat, kecik lagi mase tu), SK Juasseh Tengah (yg ingat cikgu Jun, cikgu Zain, cikgu Zarah, erm..ramai lagi, dah lame tak jumpe..maaf x ingat semua)MySpace
- Guru2 di SK Undang Johol yang sangat komited (cikgu Che Yah, Ms. Lee-yg menimbulkan minatku thadap BI, cikgu Hashimah, cikgu Majidah, cikgu Amran (dah kawen ke blm..huhu), teacher Zawayah, teacher Azlida, cikgu Rani (cantik! hehe) cikgu Ali (ade 2 orang), ustazah Wan Norlela (paling lame x jmpe, lps pindah) dan raaamaaiii lagi)
- Guru2 di SMRA Johol (walaupun sekejap)
- Guru2 di SMKA SHAMS yang hebat! (lagi ramai..tak mampu nk tulis semua nama..MySpace)

Dedikasi khas : (macam anugerah pulak )MySpace
- En. Khazri b. Osman (idola dan pembakar semangat saya untuk mendalami Bhs Arab yang indah. Semoga cepat sembuh ya Ustaz.. MySpace )


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

SELAMAT HARI GURU buat guru-guruku! MySpace

Rabu, Mei 13, 2009

Tayangan Video Laskar Pelangi




"Diinspirasikan dari buku terlaris di Indonesia - Laskar Pelangi"


Tarikh:14 mei 2009(khamis)
Masa: 8 malam
Tempat: ADM LR 9
Bayaran : RM 1

Kepada semua ahli, anda dijemput hadir!!




Nidji - Laskar Pelangi

MAJLIS PENGAJIAN INTENSIF KITAB TURATH I'TIQAD ASWJ [Siri 2]

[23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1430H]

Anjuran

PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM),

dan

Kolej Dar Hikmah, Jalan Sungai Ramal Dalam, 43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan


OBJEKTIF

* Menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan aqidah dan iman di kalangan belia.
* Mendedahkan umat Islam mengenai kewajiban beramal dengan ilmu daripada ahli agama Islam yang faqih.
* Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab.
* Memberi kefahaman tentang konsep dan perlaksanaan nilai-nilai Islam.

TEMA

Menghidupkan Ruhaniah Berlandaskan Pemantapan Akidah.

TARIKH & TEMPAT

23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1430H di Kolej Dar Hikmah,Jalan Sungai Ramal Dalam, 43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

TENAGA PENGAJAR

Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari
Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim
Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi


SASARAN

Seramai 150 orang yang terdiri dari:

* Ahli Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
* Orang Awam
* Pelajar IPTA dan IPTS di Lembah Kelang

YURAN

RM 15 [INDIVIDU]

MODUS OPERANDI

Program diadakan selama 2 hari 1 malam. Mengikut kaedah pengajaran kulit ke kulit menggunkan Kitab I’tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah; Kiyai Haji Siradjuddin Abbas. Terbitan PUSTAKA TARBIYYAH Jakarta, Kitab Mukhtasor dan Kitab Aqidah Ibnu 'Asakir (Aqidah Mursyidah). [DIJUAL PADA HARI KEJADIAN]


(Talaqqi kitab/Pembentangan/)


TENTATIF PROGRAM



Sabtu (23/05/2009)


7:30 pagi : Sarapan dan Pendaftaran

8:30 pagi : Taklimat & Aluan oleh ;

Saudara Abd. Muntaqqim Bin Zulkifli

Timbalan Presiden PKPIM

9: 15 pagi : Slot 1 : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim

Syarah Kitab Aqidah Muslimin (Diiktiraf Universiti Al-Azhar).

10:45 pagi : Minum pagi

11:00 pagi : Slot 2 : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim

Penjelasan Ajaran Bertentangan Dengan Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

12:30 tghari : Makan Tengahari & solat Zohor

2:00 petang : Slot 3 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

Kitab Mukhtasor (1).

4:00 petang : Slot 4 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

Kitab Mukhtasor (2).

6:00 petang : Makan Malam

7:00 malam : Solat Maghrib & Kuliah/Tazkirah & solat Isya’

9:00 malam : Slot 5 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

Penjelasan Bid'ah & Ancaman Terhadap Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

9:45 malam: Slot 6 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi
Talaqqi & Ijazah Kitab Aqidah Ibnu 'Asakir (Aqidah Mursyidah).

10:00 malam : Minum malam & Berehat


Ahad (24/05/2009)


4:00 pagi : Qiamullail

6:00 pagi : Solat Subuh /Tazkirah /Sarapan pagi

8:30 pagi : Slot 7 : Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari

Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah

10:30 pagi : Minum pagi

11:00 pagi : Slot 8 : Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari

Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah

12:00 tghari : Ulasan & Penutup oleh;

Saudara Mohd Hilmi B. Ramli

Presiden PKPIM

1:00 tghari : Makan Tengahari


2:00 petang : (Check-out)


Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi ;

Saudara Ikhram Husin [019-3731744]

Saudari Izzah Khanani [013-2197192]


...MOHON SEBARAN...



http://almukminun.blogspot.com/2009/05/majlis-pengajian-intensif-kitab-turath.html

Selasa, Mei 12, 2009

Ujian bertimpa..

Baru beberapa saat mesej ini tiba ke peti masuk telefon bimbit saya..

" Salam. Bilik kta kena compound sbb kat tgh2 x kmas. Borg appeal ada pd sy pae bg semalam."
- mesej dari Leha.

Allahuakbar..MySpace

Patutla mase register mggu lepas ade name kami semua sebilik. Ape sebabnye ntah. X ingat. Kat UIAM ni byk kategori kesalahan. Saya baru berazam tak nak mengulangi kesalahan lepas. Mase 1st year dulu. Kena 'roti paun' jugak, sbb tgh2 bilik x kemas jugak. Rasanya macam dah habis kemas haritu. Adeyai...

Beginilah kehidupan seorang pelajar. Tapi aku tetap bersyukur. Sebab masih punya wang untuk belanja harian. Masih lagi sendawa (lepas makan) dan masih tidur lena. Walaupun terasa kesempitan.

Teringat dalam satu kuliah dari Dr. Marsufah, Kuliyyah of Education. Beliau megupas buku 'KUN MUTAYAQQINAN' - Jadilah Org Yg Yakin. Dalam buku tersebut banyak memberi peringatan dan kekuatan pada diri Muslim, lebih2 lagi di dalam menempuh ujian hidup. Yang menjadi pegangan saya-insya ALLAH- ialah kata2 ini (lebih kurang):

"Setiap ujian perlu dihadapi dengan kesabaran. Sesiapa yang bersabar dengan ujian2, maka ALLAH akan memberi pahala sepanjang kesabarannya itu TANPA MENGURANGKAN SEDIKITPUN."


Inilah imtihan buat saya. Moga diri ini mampu bertenang kala ujian datang mengasak. Ya Ilahi, didiklah hati ini agar terus redha dan sabar dengan setiap ketentuanMu. Aku akur dan rela untuk ditarbiyyah.. MySpace

Sahabat...

Kala ini aku tak senang duduk..
Hati resah gelisah..
Fikiran tak tenang..

Memikirkan tentang sahabat..
Seorang sahabat..
Sahabat yang telah lama dikenali..
Sama-sama berbakti dalam perjuangan ini..

Aku sudah faham sikap sahabatku ini..
Aku sudah maklum situasi sahabatku ini..
Aku sudah mengerti kondisi diri sahabatku ini..
Malah aku mampu meneka turun naiknya semangat sahabatku ini..

MySpace
Tapi seharusnya...
Dalam perjuangan ini..
Kau tak perlu rasa bersendirian..
Kau tak perlu pikul segalanya keseorangan..
Kau tak perlu mengheret segala beban dan akhirnya keletihan keseorangan..

Kerana kau punya sahabat..
Aku sahabatmu dan kau sahabatku..
Pasti aku membantumu dan kau membantuku..

Mungkin kau keliru..
Mungkin kau buntu..
Mungkin kau tak tahu..

Sandarkan keresahanmu pada Tuhan..
Dia Yang Maha Kuasa..
Penentu segala..
Segala ujian datangnya dari dia..

Perjuangan ini arusnya kita redahi bersama..
Perjuangan ini jalannya kita tempuh bersama..
Bukan namanya perjuangan jika tiada rintangan dan sahabat memberi sokongan..



Aku harap kau akan mengerti..MySpace

Isnin, Mei 11, 2009

Ujian penghalang gerakerja Da'wah?

Assalamu'alaikum..

Mesti ade yang tertanya-tanya tentang tajuk entri ini. Agak-agak apekah jawapan anda bila pertama kali membaca tajuk ini sebelum klik pada link untuk terus baca?

Itu sekadar soalan. Dan ya, perlu difikirkan jua. Selalu diuji dengan pelbagai ujian adalah salah satu ciri-ciri pendakwah. Ujian itu bermacam-macam jenis. Dan salah satu yang sedang saya hadapi sekarang ialah?

Laptop rosak...~

Hurm.. Di saat-saat genting seperti ini, Allah uji saya dengan perkara yang antara paling penting. Segala dokumen2 program yang penting telah 'terbenam' bersama-sama laptop yang tiba-tiba 'sakit'. Aduhai, saya tidak walang hati kalau laptop yang rosak itu menyebabkan saya tak bolah YM di bilik. Tidak mengapa. Ma'alish. Tapi kerana di dalam itu ada kertas kerja program yang perlu saya selesaikan. Minggu ini sepatutnya mesyuarat akan dibuat untuk meneruskan gerakerja. Nak mohon sumbangan lagi. Nak susun komiti lagi. Segalanya lagi.. Tapi dengan laptop yang sedang 'sakit', saya perlu guna jalan lain. Tapi jalan itu nampaknya makin susah, sebab saya tak backup kertas kerja program itu. Ia telah dibawa bersama-sama pendrive yang telah hilang berbulan lalu. Allahuakbar..! Nampaknya kena tunggu jugak laptop sembuh dulu..

Saya meronta-ronta dalam hati. Tadi selepas ambil laptop dari ITD, dimaklumkan bahawa memori kadnya telah rosak. Tak tahu mengapa. Inilah namanya ujian. Bila-bila masa Allah suka, Allah akan bagi. Jadi, saya perlu membeli memori kad yang baru. Ya Ilahi,kena keluar duit lagi! Maklum saja semester pendek ini, tiada sumber kewangan untuk saya, melainkan ayah. Terpaksa juga gagahkan diri menelefon ummi, minta ayah masukkan sejumlah duit.

Apa pun, entri ni sebenarnya bagi menghilangkan rasa... Tak tau nak gambarkan rasa ini. Bukan marah, bukan sedih, bukan juga geram.. Semoga hati ini terus SABAR dalam segala ujian-ujian selepas ini.Semoga gerkerja dakwah terus berlangsung, dalam keadaan tabah menghadapi dugaan yang mendatang, aameen ya rabbal 'alamin..

Ape pun yang terjadi, berlapang dada dan cubalah berSABAR!

Renung-renungkan dan selamat beramal! :)


*wahai buah hatiku sayang, (baca:laptop)sembuhlah segera. Nanti aku belikan kau memori kad baru ye.. (memujuk)
* entri mengenai induksi pimpinan akan menyusul tak lama lagi, insya ALLAH selepas keadaan kembali pulih.. huhu
* ma'alish : tak mengapa (Bhs Arab)

Selasa, Mei 05, 2009

Aduh..Ketandusan Idea..


Salam...

Bagaimana hari anda? Harap luar biasa cemerlang!

Saya?

Erm.. nak mintak pendapat semua (kalau ade yg bace dan teringin nak bantu)..

Semalam cikgu Bhs Melayu Kerjaya saya dah bagi satu kerja pada kitorg.. Iaitu: Pembentangan isu semasa selama 8-10 minit. Secara individu..

Cikgu nak tajuk tu-----> esok!

Tapi, smpi sekarang belum terdetik satu idea pun..

Kenapa ye saya bisa jadi begini?

Kebelakangan ni, selalu xde idea.. Ape2 pun sy buat, susah nk cari idea..

Ya ALLAH..

Kerdilnya aku..

So, kalau ade pape idea, sudi2la bgtau ye..

Terima kasih..


*erm..keje senang je sbnrnye..tp ntahla, mmg fikiran ni xblh dipaksa..#_*

Ahad, Mei 03, 2009

Takziah buat Sahabat Tersayang..

Setibanya saya dan sahabat2 di Hentian Putra pada pagi 27 April 2009, selang beberapa minit, satu SMS masuk ke handphone. Segera saya baca :

" Kakak saya dah tak ada"

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.. Tergamam. Terus membayangkan wajah sahabat tersayang bersama-sama ummi dan ayahnya. Allahuakbar, berat sungguh ujian buat mereka. Sesungguhnya ini ketetapan Allah. Kesedihan yang melandanya melanda jua diri saya. Meski tak sesarat helaan nafas yang menanggung, tapi cukup untuk saya mengerti.

Sebelum bertolak dari Terminal Bas Kuala Terengganu, saya sudah dapat SMS daripadanya memaklumkan bahawa kakaknya dimasukkan ke ICU, dlm keadaan kritikal akibat masalah paru2. Saya menelefonnya. Suaranya perlahan dan sayu. Sekadar ingin tahu dan selebihnya tak ingin mengganggu, perbualan kami hanya beberapa minit. Sempat ku titip kata2 semangat bahawa kakaknya akan sembuh. Namun inilah urusan ALLAH yang tak diketahui oleh sesiapa jua. Allah ambil kakaknya pada awal pagi esoknya.

Rancangan untuk terus pulang ke rumah selepas hari siang, saya tunda untuk saya menziarahi keluarganya. Alhamdulillah, menjelang tengahari saya sampai di rumahnya. Pada ketika itu, anak buahnya yang sulung sedang meragam. Barangkali masih terkejut dgn apa yang berlaku, tambahan dia mengikut ke perkuburan. Melihat kakaknya yang sulung masih dalam pantang, hati jadi lebih sayu, namun tak saya tunjuk di depannya. Saya ingin berinya semangat. Saat melangkah masuk, terpandang umminya yang terbaring lesu, masih nanar dengan hakikat pemergian anak tercinta. Allah, berilah dia kekuatan!

Sesungguhnya aku belum merasa situasi sebegini. Bagaimanalah hakikatnya jika terjadi kepada saya suatu hari nanti? Inilah takdir hidup setiap nyawa yang bernafas. Kita akan kehilangan orang tersayang. Cuma hati yang menanggung, sejauh mana beratnya menahan sebak di dada.

Ya ALLAH, tempatkannya di kalangan hambaMu yang beriman...

Buat sahabatku Syakira,
Teruslah dikau bersabar dengan pemergian ini. Hati perlu redha, walaupun mungkin belum sepenuhnya. Saya akan bersama awak. Moga hari-hari mendatang terus dilalui dengan semangat yang kuat..

Salam Takziah dari sahabatmu....
Baca luahan isi hatinya di sini


saya, Syakira dan Kak Wani..kenangan di Minggu Taaruf UIAM 2007

Diserang 2 Sindrom..!

Salaamullahi 'alaykum wa rahmatuhu wa barakaatuh..

Mungkin ada antara pengunjung blog saya yg dhaif ni yg tertanya-tanya apa dh jadi dengan empunya blog. Sampai begini 'serabai'. Dibiarkan, macam orang dh hilang semangat nak berblog. Ape yang dah terjadi? Jom kita terjah!

Hm... Hakikatnya, saya seperti nama yang tertulis telah diserang penyakit.. 2 jenis sindrom. Sindrom ini sangat berbahaya! Ya, sangat berbahaya!

Apakah sindrom itu?

Ada 2 sindrom yang telah menyerang saya sebenarnya...

Pertama, Sindrom Hilang Semangat...

Kedua, Sindrom Mencari Kekuatan...

Agak pelik bunyinya kan? Saya sebenarnya tau bagaimana kedua-dua sindrom ini menjangkiti dan menyerang diri ni. Tapi saya tak sempat mengelak. Mungkin imunisasi melawan sindrom ini tak cukup kuat. Memang ALLAH kurniakan saya imunisasi yang agak kuat untuk melindungi diri dari demam,selsema, batuk dsb,alhamdulillah. Tapi untuk sindrom yang dua ini, oh tidak..

Baiklah, mari kita kaji simptom2 yang dialami oleh saya@pesakit2 yang mengalami sindrom yg pertama :

- malas
- hati rase sebu
- tak nak teruskan ape yang selama ni kita buat
- rase nak tukar cara hidup
- blog tak dikemaskini
*mungkin lebih banyak

ok, simptom2 sindrom kedua pulak:

- terasa diri byk kekurangan
- rasa kosong
- rasa diri makin jauh dari Allah
- keinginan nak perbaiki diri sangat tinggi
- penyesalan

Harap dpt sama2 doakan agar saya segera 'sembuh' dr kedua2 sindrom ini. Keputusan peperiksaan akhir semester baru2 ini yang saya jangkakan memberi sinar bahagia buat saya ternyata tidak seperti yang diharapkan. Semakin bertambah walang hati ini. Sehinggakan saya rasa tak ingin mengambil semester pendek ini. Tapi mengenangkan tanggungjawab dan keperluan agar diri ini diletakkan dalam keadaan terdesak supaya boleh stabil semula, saya gagahkan jua diri.

Akhirnya saya di sini, di bilik yang baru. Masih kekal di blok dan tingkat yang sama, cuma bilik yg berlainan. Alhamdulillah, nampaknya Allah sudah memberi petunjuk kepada saya. Bilik yang boleh dikatakan selesa, roommates yg nampak ok, dan diberi pula wireless utk saya gunakan selalu, saya bersyukur. Ruang pembaikan diri mula kelihatan. Moga Allah terima semula hambanya yang selalu lupa diri ini..

Insya ALLAH, dgn wireless ni, saya akan kemaskini blog, beri nafas baru agar lebih rancak semangat untuk menulis, berkongsi segala apa yang bermanfaat dgn semua pengunjung. Doakan saya ya.. Syukran..


Mencari rahmatMu Tuhan..

UIAM Gombak
Mahallah Maryam
11.20 pm
3 Mei 2009