Khamis, Jun 18, 2009

Al-Imtihan an-Niha'iy Saufa Yabda"!



Tak sangka, begitu sekejap masa berlalu. Sedar tak sedar saya dah pun berada di penghujung semester 3 sesi 2009/2009. Dan paling tak disangka, saya akan menghadapi peperiksaan bermula pada esok hari! Jadual peperiksaan saya semester pendek ini:


19 Jun 2009 - 'Ulum al-Bayan (9am-11am) ---> "decentralized exam"


26 Jun 2009 - Bahasa Melayu Kerjaya (9am-11am)



Kepada semua sahabat, saya ucapkan Ma'at Taufiq Wan Najah..

Doakan kejayaan kita bersama..

Moga diberi suhuulah (kemudahan) dan sakiinah (ketenangan) untuk menjawab..MySpace


Subhaanaka La 'Ilma lana illa ma 'allamtana innaka antal 'azizurrahiim..

Rabu, Jun 17, 2009

Allahu Rabbi.. Aku diuji lagi...

Assalamu'alaikum...

Belum pun hilang sisa kekesalan dan kesedihan hati kerana 'menghabiskan' duit ayahanda demi membaiki buah hati (baca:laptop) yang disayangi, nampaknya saya diuji lagi..

Selepas saya mengadap laptop selama lebih kurang 3 jam petang kelmarin, saya tutup dan terus bergegas ke kuliah Dr. Marsufah. Sebelah malamnya selepas selesai semua urusan, saya kembali mengadapnya sekali lagi, dengan niat nak siapkan segala kerja. Kebetulan,terjumpa seorang adik junior di SMKA SHAMS dulu, lalu dia minta untuk tumpang di bilik sementara menunggu orang yang diziarahinya habis meeting. Dia pun minta izin nak guna laptop, nak semak keputusan diploma UITM. Masa turn on ok je, bila sampai di skrin masukkan kata laluan, tiba2 ia stuck. Cursor pun hilang. Dalam hati berdetik : (Ya Allah, janganla dia ni buat hal lagi!)

Saya pun off emergency (maksudnye tekan butang power terus). On semula. Stuck lagi, kali ini belum sampai skrin kata laluan lagi. Dan begitulah seterusnya saya cuba, sampai sepuluh kali ada rasanya. Mujur juga hati ini masih boleh tahan. Saya tabahkan juga hati. Senyum. Masih boleh berbicara dengannya. Kenapalah kau buat hal lagi? Ape yang tak kena? Tadi elok je aku bukak.


Hurm.. Tak cukup lagi ke ape yg kau dah buat kat aku sebelum ni..
Tolongla.. Aku ni tak punya banyak wang untuk baiki kau selalu..
Sedih hati ni, kerja banyak ada dalam tu..
Berat hati ni, sebab tak ingin membebankan ayah lagi..
Tolongla laptop..

Sekadar melepaskan rasa hati..
Cukup banyak ujian untuk diri ini..
Moga terus bersabar! (pesan pada diri sendiri)

(Dalam keadaan mcm ni, best kalau dapat dengar lagu Elaika-Muhammad Obaid. Tapi masalahnye lagu tu dok dalam laptop tu laaa... Ya Ilaahi, saa'idni...)

Isnin, Jun 15, 2009

Manfaatkan Setiap Detik di Rumah

Assalamu'alaikum...



Alhamdulillah, saya baru pulang dari Tamrin Qiyadiy Kebangsaan (TQK) PKPIM Ahad lepas. Ramai wakil2 kampus dan BGN yang turun, tahniah! Terima kasih, jazaakumullahu khairal jaza' terutama kpd saf kepimpinan pusat yang berjaya menganjurkan. Walaupun kita diuji, namun akhirnya berjaya juga kita teruskan program. Itulah salah satu ujian Allah pada gerakan kita khususnya, yang tak kenal waktu. Sebaiknya jika kita berdepan dengan sesuatu yang tidak dijangka, hendaknya kita bertenang, dan bersabar. Dengan izin Allah, kita akan berjaya melalui ujian itu sekiranya kita benar-benar bertaqwa dan ikhlas di jalan-Nya.



Memandangkan TQK kali ini diadakan di Ma'had As-Sofa, Rembau Negeri Sembilan, sudah tentu saya menggunakan peluang ini untuk balik ke rumah terlebih dahulu. Jaraknya memang dekat, lebih kurang setengah jam sahaja. Saya sampai di rumah sebelum maghrib. (Terima kasih kepada dik Shida yang sudi datang ke rumah dan menemani kakakmu ini memandu..huhu. Keluarga akk senang dengan kehadiran Shida..datanglah lagi nanti ya).

Peluang yang sementara, walaupun beberapa ketika di rumah sebelum ke TQK, saya manfaatkan. Sempat juga menyuruh anje, adik saya yang paling kecil solat dan mengaji. Biasa sahaja, anak2 kecil,jika tak dibiasakan dengan amalan solat, boleh sahaja dia terlupa. Alhamdulillah, syukur kerana agak mudah mengajar buah hati saya yang seorang ini. Saya hanya menyuruh, dan kemudian terus dia ke bilik air, ambil wudhu'. Selesai solat, saya panggil pula mengaji. "Anje, g amik Iqra'. Jom ngaji dengan akak." Lantas dia masuk ke bilik, mengambil Iqra' 5 nya beserta rehal dan menyarung tudung Ekin di kepala. (Jangan main2, anje pn ade tudung Ekin tau! Hehe. Tapi tudung ni labuhla, saya pun boleh muat).

Saya perhatikan yang adik saya ini semakin lancar mengaji dan dah mengenali semua huruf dengan baik. Cuma kadang-kadang ada titik-titik pada huruf yang di'buang'. Maksudnya dia tak nampak. Yang mencuit hati saya, kesungguhannya membunyikan setiap huruf. Makhrajnya begitu jelas. "Yadddkhuluuunaa.." Cukup bersungguh, siap dengan muncungnya sekali panjang beberapa sentimeter ke depan. Saya ketawa kecil. Geli hati. Tapi baguslah begitu, bermakna dia dapat membunyikan setiap huruf dengan betul. Tajuk pada Maghrib itu ialah memanjangkan bacaan Allah---> Allaahu. Dia dapat memahaminya, meskipun sesekali terlupa untuk memanjangkan bacaan sebanyak 2 harkat. Cara saya untuk memberi galakan kepadanya ialah setiap kali dia dapat membaca dengan baik sesuatu ayat atau kalimah, saya akan katakan : "Em..pandaai.." Kemudian dia tersengih, dan meneruskna pembacaan. Insya ALLAH, moga Allah menetapkan dalam hati adikku ini cahaya al-Quran, supaya hatinya lebih jernih dan akhlaqnya terpandu dengan al-Quran.

Kebetulan, adik-adik lelaki saya pun ada di rumah. Menghabiskan cuti sekolah yang berbaki seminggu lagi. Sempat menitip pesanan. Antaranya jangan tinggalkan bacaan al-Quran. Perlu ada cara yang lebih berkesan untuk mendidik adik-adik lelakiku ini, kerana mereka telahpun berumur 13 dan 16 tahun. Sudah tentu methodnya berbeza. Kalian akan selalu ada dalam do'a akak, insya ALLAH. Teringat mafhum
hadith@kata-kata Hukama' : Laa'ibuuhum sab'ah, 'Allimuuhum sab'ah wa soohibuuhum sab'ah. (Betulkan jika tersalah)Bermaksud : bermainlah dengan mereka (anak-anak) selama 7 tahun, dan didiklah mereka selama tujuh tahun berikutnya, dan bersahabatlah dengan mereka 7 tahun yang berikutnya. Inilah cara yang diajar oleh Islam untuk mendidik anak-anak mengikut peredaran dan pertambahan umur mereka. Tidak boleh semberono sahaja.

Selepas 'Isay, saya dan Shida terus bersiap-siap dan meneruskan perjalanan ke TQK. Lega di hati kerana waktu yang begitu singkat dapat dimanfaatkan. Semoga setiap detik di rumah dapat diisi dan dimanfaatkan dengan baik, walaupun pada ketika-ketika yang sebentar cuma. Dakwah perlu didahulukan kepada ahli keluarga, kemudian barulah kepada mad'u yang lain.

Moga hati-hati ini akan terus thabat di jalan dakwah ini, aamin..

Sabtu, Jun 06, 2009

Nasuha

PadaMu ku serah segala
Hatta sepenuh jiwa raga
Hanya Kau Yang Maha Pemurah
Meredakan hati yang gundah Ya Allah

PadaMu ku curah segala
Perasaan yang melara
Engkaulah yang punyai cinta
Membawaku ke puncak nasuha

*
Ku kesali kealpaan diriku
Ku tangisi kesilapan lalu
Walau pun sekali takkan ku ulangi

Ya Allah tuhanku bantulah hambamu
Jangan biarkan diriku terus dibelenggu
Ampuni dosaku terangi hatiku
Izinkan ku kembali ke jalan redhaMu

Tiada lain yang ku harapkan
Hanya kasih sayangmu tuhan
Membawaku kerimbun keampunan
Ya Allah padamu ku serah segala

Munsyid : Mestica

-klik untuk dengar di sini-

Rintihan hati seorang hamba yang minta diampuni segala dosa-dosanya yang lalu. Mengharapkan pandangan kasih sayang dari Tuhan-Nya Yang Maha Sempurna. Moga hidupnya diberkati dan dirahmati... Aamiin Ya Rabbal 'Aalamin...

Lagu yang sungguh meruntun hati untuk mendekatkan diri pada Ilahi..MySpace