Rabu, Julai 22, 2009

Misi Seorang Penterjemah : Doakan Saya!

Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah, wassolaatu wassalaamu 'ala Rasulihi al Amin wa 'ala Aalihi wa sohbihi ajma'in.. Amma ba'd..

Hari ini saya kira merupakan antara hari terpenting dalam hayat saya sebagai seorang hamba di bumi ini. Syukur saya panjatkan pada Allah Ta'ala kerana dengan rahmatNya jua yang bisa mengatur kehidupan kita di bumi ini. Dengan limpahan kasih sayangNya, dapat kita bernafas lagi pada detik ini.

Hari ini saya telah keluar seawal 8 pagi untuk menghadiri kelas Arabic Lexicography. Seusai kelas tersebut jam 9 pagi, saya mengeluarkan sedikit wang untuk 'bekalan' ke pesta buku di CAC (sbb nak borong..hehe). Entah mengapa hati ini meronta-ronta nak ke CAC. Bayangkan waktu itu baru jam 9 pagi. Sampai saja di CAC, sebelum masuk, tiba-tiba terdetik. "Eh, entah-entah takde lagi booth yang dah buka". Bila masuk, ya memang baru beberapa buah booth yang telah dibuka. Allahu Akbar, entah mengapalah harini saya excited sangat. Ketawa pada diri sendiri..MySpace

Selesai kelas jam 10-11 pagi, saya terus ke CAC semula. Wah, semua booth dah dibuka. Makin seronok nak masuk. Sebenarnya 'keterujaan' ini tercipta selepas baca buku Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul, buku yang dibeli oleh Arina semalam. Saya dapati isinya cukup bagus sebagai 'perisai' dan panduan muda-mudi zaman ini. Itu tujuan utama saya ke CAC sebenarnya. Ingin membeli buku tersebut, sementelahan harganya murah, hanya RM 12. Alhamdulillah, saya berjaya menjumpai buku itu dan sebelum itu sebenarnya, saya terjumpa buku bertajuk 'Lembaran Hidup Ulama: Warisan Ilmuwan Islam' keluaran Hijjaz Records. Syabas Hijjaz Records! Jadinya saya membeli 2 buah buku, hasrat awal hanya sebuah buku, tiba-tiba bertukar jadi 2. Saya dapati buku itu sangat bagus, menceritakan perihal hidup ulama silam dan kehebatan mereka. Apatah lagi, saya menjumpai syair Imam as-Syafi'ie berjudul 'Elaika' yang pernah saya kongsikan dalam entri sebelum ini. Jadi bagaimana kalau saya tak membeli buku tersebut? Akhirnya buku itu bertukar tangan. Alhamdulillah.. seronok~ MySpace

Setelah itu, saya ke booth Insitut Terjemahan Negara. Sungguh saya tak sangka ITNM ada membuka booth juga rupanya. Patutlah hati saya semacam ditarik-tarik untuk ke CAC hari ini. Hajat di hati hanya satu, ingin bertanya samada ITNM menerima permohonan untuk para pelajar membuat praktikal di sana. Menurut exhibitor itu, memang ada dan kebanyakan kawan-kawan beliau ada yang membuat praktikal di situ. Tersenyum, kerana hajat di hati dah ada sinar-sinar untuk terlaksana. Saya sebenarnya ingin praktikal di Institut Terjemahan Negara, pada semester pendek yang akan datang. Atau paling tidak, saya akan praktikal di mana-mana syarikat yang menawarkan kerja-kerja sebagai editor buku atau terjemahan. Seboleh-bolehnya di Negeri Sembilan, kerana ingin mengimbangi tugas-tugas gerakan juga. Namun segalanya terpulang mengikut keadaan, saya akan mempertimbangkan segalanya sebelum buat keputusan. Exhibitor itu ada memberi borang penyertaan kursus sebagai penterjemah, dan yang berkaitan dengan bidang tersebut. Ada kursus asas intensif dan sambilan, dan yang paling menarik minat saya ialah Kursus Pengenalan Penterjemahan Bahasa Arab. Jika diizinkan dan diberi kelapangan, saya ingin mengikuti kursus tersebut, kalau tidak sekarang pun, mungkin selepas graduasi nanti.





Cita-cita dan azam saya adalah ingin menjadi penterjemah, melihatkan kepada perlunya proses pemindahan ilmu pada zaman ini. Saya melihat ini sebagai 'ruang' yang saya perlu isi, sebagai satu cara untuk menyumbang kepada Islam, bukan hanya sebagai kerjaya untuk menampung kehidupan. Saya menjadi termotivasi dengan galakan dari Dr. Mastura Badzis, yang menyatakan bahawa banyak kitab-kitab lama yang belum diterjemah, dan kerana itu khazanah ilmu pengetahuan yang diwariskan oleh ulama terdahulu tidak sampai kepada umat Islam sekarang. Oleh itu kita dapat lihat kemunduran atau kekurangan ilmu pengetahun, tidak kira apa bidang sekalipun, sedangkan ilmu-ilmu yang diwariskan kepada kita cukup banyak. Insya ALLAH, saya akan berusaha menjadi sebahagian kecil yang terlibat dalam usaha ini.

"Aku mohon Ya Allah, kau tunjukkan dan permudahkan jalan ini bagiku. Jika ini yang terbaik bagiku dan saudara-saudaraku, maka sampaikan hajatku ini Ya Allah. Jika tidak, aku mohon kau beri aku kesempatan untuk berbakti pada agama ini.. Aamin.."

Para pembaca, sahabat handai dan sesiapa pun jua yang membaca entri ini, doakanlah saya. Saya masih terlalu dha'if, tidak punya kapasiti yang mencukupi untuk misi besar ini. Namun berkat doa dan sokongan kalian, mudah-mudahan misi ini akan berjaya, satu hari nanti..
Yakin dan berusahalah bersungguh-sungguh wahai diri! MySpace


* erm..baru je malam tadi berkongsi cita-cita ini dengan sahabat-sahabat, kakak-kakak dan abang-abang PPINS. Alhamdulillah, Dia mendengar harapanku dan mungkin Dia sedang menunjuk jalan dan mengaturkan langkah untukku.. ^_^

Selasa, Julai 21, 2009

Sekalung takziah buat Kak Su sekeluarga



Assalamua'alaikum...



Ketika sedang bersiap ke kelas jam 8.30 pagi tadi, saya menerima SMS dari Kak Akmariah. SMS yang menyatakan bahawa moyang kepada Sharifah Sumayyah Syed Malick, telahpun pulang menghadap Ilahi pada pagi tadi. Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'un...

Mengimbas kembali sewaktu konvoi raya bersama sahabat-sahabat 2 tahun yang lepas, kami sempat menziarahi moyang Kak Su kali itu. Waktu itu keadaan beliau sudah uzur. Beliau tinggal bersama anak beliau, iaitu bapa saudara Kak Su sendiri.

Dan sesungguhnya, taqdir telah menetapkan bahawa tertulis sudah waktunya beliau harus meninggalkan dunia ini, pulang mengadap Ilahi. Kita yang masih bernafas, sesungguhnya perlu menginsafi dan memuhasabah diri, agaknya bila pula detik kita akan pergi meninggalkan semua. Bukankah antara tanda-tanda orang yang bijak antaranya ialah yang selalu mengingati mati, kerana dengannya kita akan sentiasa menjaga tingkah laku, tahu bahawa segala tindak tanduk tercatat dalam 'rekod' tahunan kita. Maka jadilah kita dengan itu, insan yang cemerlang.

Semoga arwah moyang Kak Su ditempatkan di kalangan orang yang beriman, dan Allah menerima segala amalan semasa hayatnya. Aamin..

Al-Faatihah..

Khamis, Julai 16, 2009

Jemputan ke SEMINAR TAJDID GENERASI DAN GERAKAN DAKWAH

PRESIDEN dan AHLI- AHLI JAWATANKUASA KERJA PUSAT
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)

Dengan segala hormatnya mempersilakan

YBhg. Tan Sri/Pn. Sri/ Dato'/ Datuk/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan/ Sdr./ Sdri.

Untuk hadir ke

SEMINAR TAJDID GENERASI DAN GERAKAN DAKWAH : Menangani Kemelut Sosio-politik Ummah Menerusi Manhaj Ilmiah Ruhaniyyah

Bersempena dengan
MUKTAMAR SANAWI KALI KE 38 ABIM

Pada

1 Ogos 2009/ 10 Sya'aban 1430H

Bertempat di

Dewan Serbaguna, Universiti Industri Selangor (UNISEL)
Shah Alam

Masa

8:00 pagi hingga 5:30 petang

Untuk maklumbalas dan pendaftaran, sila hubungi Sekretariat Seminar di talian 016-410 2767/ 016- 263 5700.

Program-program berikut juga akan diadakan bersempena dengan Muktamar ini:

1. Forum : PEMBINAAN GENERASI BARU UMAT ISLAM : MENGAMBIL IKTIBAR
DARIPADA GENERASI SALAHUDDIN AL AYUBI


Tarikh : 31 Julai 2009/ Jumaat
Tempat: Dewan Seminar, Masjid Negeri, Shah Alam
Masa : 9:00 malam
Panelis : Prof. Dr. Sidek Baba dan Prof Dr. Razali Nawawi
sila layari www.abim.org. my/muktamar


2. MALAM ASPIRASI GENERASI SALAHUDDIN
Tarikh : 1 Ogos 2009/ Sabtu
Tempat : Ruang Solat Bawah, Masjid Negeri, Shah Alam
Masa : 8:45 malam
Pidato Khas : Al Fadhil Tuan Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al- Maliki
Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

sila layari www.abim.org. my/muktamar

Orang ramai adalah dijemput hadir untuk memanfaatkan kehadiran tokoh-tokoh ilmuwan di sepanjang program-program tersebut di atas. Sila layari laman web www.abim.org. my/muktamar untuk makluman lanjut.

Ahad, Julai 12, 2009

PKPIM SAMBUT BAIK KEPUTUSAN KERAJAAN MANSUHKAN PPSMI

Written by spp
Thursday, 09 July 2009 09:43


Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada keputusan kerajaan untuk memansuhkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) secara berperingkat menjelang tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

PKPIM menyambut baik keputusan tersebut dan menyifatkan ia sebagai satu interpretasi komitmen kerajaan untuk mempertahan dan mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia. Ia juga cerminan sikap kerajaan yang bersedia untuk mendengar dan mengambil pertimbangan sewajarnya terhadap suara rakyat.

PKPIM berpandangan bahawa keputusan tersebut merupakan keputusan yang bijak serta bertepatan dengan usaha untuk mengukuhkan perpaduan nasional melalui Bahasa Kebangsaan.

Keputusan tersebut dianggap sebagai hadiah kepada PKPIM dan seluruh mereka yang telah bertungkus lumus memperjuangkan pemansuhan PPSMI termasuk daripada kalangan pejuang bahasa, tokoh akademik, sasterawan, budayawan, gerakan pelajar dan seluruh rakyat Malaysia.

PKPIM mewakili seluruh pelajar Malaysia terutamanya dari kawasan luar bandar mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia di atas komitmen yang ditunjukkan untuk menyelesaikan permasalahan yang telah berlarutan selama lebih enam tahun ini.

PKPIM merupakan persatuan yang mewakili pelajar dan mahasiswa Malaysia yang terawal menyatakan bantahan dan menggerakkan usaha pemansuhan PPSMI sejak pelaksanaan dasar tersebut pada tahun 2003. Justeru, PKPIM menuntut jaminan kerajaan untuk berpegang pada keputusan tersebut untuk memansuhkan dasar PPSMI ini menjelang tahun 2012.

PKPIM mengulangi komitmen untuk memberi sumbangan yang terbaik kepada pembangunan pendidikan Malaysia khususnya dalam membantu kerajaan mendaulatkan Bahasa Melayu dan memperkasa Bahasa Inggeris di kalangan pelajar keseluruhannya.


MOHD. HILMI BIN RAMLI
Presiden PKPIM

sumber : Portal PKPIM

Khamis, Julai 09, 2009

Elaika - PadaMu Ya ALLAH

إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
Ku persembahkan kepada Mu tuhan sekelian makhluk, harapanku

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha pemberi dan pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Tatkala keras hatiku dan sesak perjalanan hidupku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Ku jadikan rayuan daripada ku sebagai jalan mengharap keampunan Mu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Maka bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
Kurniaan Mu dan keampunan Mu adalah rahmat dan kemuliaan


ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah kepadaku

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu


فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
Kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa2ku itu memasukkan diriku ke dalam neraka


فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati tuhannya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon


أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Kupelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang2


فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Sedang keampunan Mu yang mendatangi hamba adalah lebih agung dan lebih mulia

Nyanyian : Muhammad Obaid

Udhghut huna listima' ila hazihil ghina
(Klik di sini untuk mendengar lagu ini)

Pertama kali saya mendengar lagu yang indah ini di radio IKIM, hati terus terusik. Paduan suara latar sebagai muzik yang mengiringi senikata menyentuh hati yang penuh dosa ini benar-benar meronta rasa. Pabila hati jadi gelap dengan dosa, diri tercari-cari tempat mengadu. Ingin menyuci hati. Ingin kembali kepada fitrah. Ya, itulah hakikat diri manusia.

Alhamdulillah, sedikit kebolehan untuk memahami Bahasa Arab yang Allah kurniakan kepada diri ini membuatkan saya mampu untuk memahami abyat (bait-bait) lagu ini pertama kali mendengar, walaupun tidak keseluruhannya. Hanya dapat menangkap kalimah2 yang biasa di pendengaran. Inilah antara kelebihan memahami bahasa yang indah, bahasa pertuturan Nabi Muhammad s.a.w ini, as-syukru Lillah! Lalu saya berusaha untuk mencari lirik lagu ini di laman carian dan akhirnya ketemu. Saya kongsikan lagu ini dengan sahabat-sahabat semua.

Mendapat maklumat bahawa lirik lagu ini sebenarnya bait-bait syair Imam as-Syafie, dan dikatakan terkandung dalam 'Diiwan' (Koleksi Syair-syair) beliau Rahimahullah. Insya ALLAH, jika diberi peluang akan saya rujuk Diiwan Imam as-Syafie untuk mengetahui 'munasabah' (peristiwa@sebab) beliau mengalunkan syair ini dengan lebih tepat.

Sebenarnya hati-hati kita ini perlu dibasahi dengan Zikrullah. Suka saya untuk menyarankan kepada mereka yang suka mendengar muzik atau lagu-lagu, carilah dan dengarlah lagu-lagu seperti ini. Supaya keindahan hiburan itu lebih mendekatkan diri dengan Allah s.w.t. Tidak hanya mendapat leka dan lalai. Semoga hati-hati kita lebih lunak dan mudah menerima kebenaran. Bagi para pelajar jurusan Bahasa Arab khususnya, inilah salah satu cara untuk memantapkan penguasaan Bahasa Arab selain membaca buku-buku berbahasa Arab dan sebagainya.

"Berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah..Hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah.."
(teringat pula bait lagu Raihan ini, yang selalu dinyanyikan oleh kumpulan Nasyid as-SHAMS di awal setiap kali persembahan mereka)

Insya ALLAH, semoga ada manfaat dari lagu-lagu sebegini. =)

Ahad, Julai 05, 2009

Jom blaja loghat Nogoghi

Assalamu'alaikum..

Harap sumo dalam koadaan sihat wal'afiat di samping koluargo tocinto.. Yang tongah makan dian (durian) tu, ingat-ingatla yo. Kang kok paneh satu badan. Hehe. Ok lah, dalam entri ni se nak bagi terjemahan pokataan2 susah dalam entri yang lopeh..

pueh monyolongka : puas menyelongkar
botuka : bertukar
bogheh : beras
nia deh : ni ha dia
kepsi : KFC (singkatan kpd singkatan k-ep-si)
sedagho magho : saudara mara
boto : betul
monguruihkn : menguruskan
kok togang urek poghut : kot tegang urat perut (org n9 memang banyak guna perkataan 'kok' ni)
tokosima
: terkesima (bukan takasima namo motor tu yo..)
se : saya (baca dengan e pepet ye -kalau tak tau e pepet kena belajar BM Lanjutan dulu- se ni kire lbh sopan dari 'den'..biasa digunakan bila nak bcakap dengan orang2 yang lebih tua sbg tanda hormat..'den' ni ibarat kita cakap 'aku'..dengan kawan2 sesuai la)

goma
: gemar
dogheh : deras = cepat : copek
bgolek
: bergolek (dalam loghat n9 bermaksud nak buat kenduri kahwin..bukan maksud macam bola bergolek tu ye..)
ana bahebbaki awi! : saya sayang awak sangat! (ni bhs arab pasar, bukan loghat n9 ye..)


Ha..itu la deh translation eh sikit sbanyak. Insya ALLAH lopeh2 ni kito akan blaja lobih banyak pokataan2 baru. Sebelum se akhiri entri ni, nak bagitau satu perbezaan antaro loghat n9 dengan loghat2 utara mcm Kedah dan Perlis. Loghat n9 menyebut huruf 'R' yang ditebalkan akan jadi 'gh' yang tak tebal. Tak seperti loghat utara yang 'gh' nya cukup tebal. Sampai ada yang bunyinya jadi 'kh' pulak. Tak percaya, tanya la org2 Utara. Hehe. Sekian saja. Berjumpa lagi dalam entri akan datang dengan perkatan2 yang lebih menarik insya ALLAH.

Faham-fahamkan dan selamat beramal! ^_^

Khamis, Julai 02, 2009

My 1st TAG..!

Assalamu'alaikum..

Phew..! Sotolah pueh monyolongka, akhir eh jumpo yo TAG yg kak dyll bagi beberapa purnama yang lalu. Lupo boto nak jawab. Yola, agak bizi somonjak duo monjak ni. (Jangan polik plak yo, blog ni bukan botuka bahaso, tapi sobab dh duduk umah ni nak dokek duo minggu, raso eh elok gak sekali skalo den nulih dlm loghat Nogoghi den..haa..amik kau, kalau tak paham buek2 pahamla yo..huhu) MySpace


1. Do you think you are hot?
'Hot' ni maksud eh paneh kan? Skrg ni suhu badan den ok yo, xdo lak raso paneh do..huhu (Soalan camni mombuang bogheh yo kalau jwb boto2..huhu..maleh den..)

2.Upload your favourite picture.
Banyak la.. tapi skrg ni tongah pakai laptop ayah, laptop den rosak.. jadi kono carik dlm frenster jap.. haa..nia deh..

3. Why do you like that picture?


4. When was the last time you ate pizza?
Hmm..taun lopeh, dgn kluargo..tapi x ingat bulan brapo..sobona eh tula 1st time makan pizza dongan family..sobab ayh den x brapo goma bona pizza ni agak eh..kepsi pun kadang2..

5. The last song you listened to?
Bisikan Malam-UNIC.. Lagu background blog ni..

7. What name would you prefer besides this?
Tibo2 soalan 7.. Sobab xtau soalan no.6, jadi xdapek la den nk mnjawab soalan ni.. maap yo.. heh3

Tag 5 people
1. Ahmad 'Izzat b. Atan (terus t'pk nk tag ko..huhu)
2. Athirah (cahaya mulia.. :) )
3. Ct Fatimah (hehe jawab yo ct..)
4. Zatil (nk jwpn yg klakar2 n comel2..huhu boleh plak yo..)
5. Syakira (hehe..awak WAJIB jawab..)

8. Who is No.1?
Erm..ni maun jd skrip jwpn peperiksaan kalau den jwb ni.. Scr ringkas, den kona dio ni maso tingkatan 4 dlu, sbb dio masuk sekolah den, SMKA SHAMS yg terchenta itu..Pehtu samo plak masuk matrik, masuk Gombak..anak sulung, ado sorg yo adik.. mak eh pensyarah..ayah eh..em, kontraktor la lobih kurg.. (maap eh izat lau salah..huhu) baguih dio ni, bersomangat waja.. Haa yg paling ponting, dio ni ado keturunan Cino, sobolah ayah eh.. x cayo poie la jumpo dio.. keh3..

9. No.3 is having relationship with?
Jeng3..x bulih la bgtau, rahsio dio.. Tapi mesti la yg utamo relationship dgn mak ayah eh, kengkawan eh..sedagho magho eh kan..

10. Say something about No 5
wah..ni xblh something..jd manything..hehe.. Em, kawan paling baik sojak dr matrik. samo2 amik bhs arab.. mmg suko boto dongan kucing..sumo kucing2 dlm UIA dio kona..petah berkato-kato.. x cayo baco blog dio.. www.tomatosyakira.blogspot.com..dan sdg dlm usoho monguruihkn badan kato eh... slmt maju jayo! hehe.. ana bahebbaki awi! MySpace

11. How about No. 4?
Zatil..? Kona dio ni maso nak masuk Gombak agak eh..sobab dio ni adik Ct Fatimah..Memang fotostat yo muko diorg bduo ni..Nampak macam pomalu yo, tapi sobona eh..klakar yo orang eh.. baco la blog dio, kok togang urek poghut.. huhu..

12. Who is No. 2?
Adik den yg sorg ni memang lomah lombut..tonang yo bilo bocakap..tokosima dek eh..Baguih, sangat santun, teratur org eh..kalau nk monuntut banyak modul, haa poielah jumpo dio ni..gerenti lopeh tu boleh jd head fasi program sekolah..hehe..skrg ni salu jumpo dio, banyak prog PPINS, maklumla cuti..bilo hbs prog, den htr dio ni balik umah, sbb mmg lalu umah eh kalau nak balik tu..haa..bilo salu jumpo ni, slalu la dio ni golakkn se, sobab se goma ckp loghat..kato eh : "sy bukan gelakkn akk tau, tp sbb ape yg akk cakap tu klakar.." haha..yolah tu tirah..

Okla, stakat ni yo bulih jawab.. nak dogheh ni, kono poie umah Mak Tam, tolong buek kojo utk knduri dio nk bgolek sabtu nia..

* banyak mufradat yg anda sumo x paham kan? haa nanti2lah se buek translation eh yo.. bak kato Nabil org kampung den : "Ekau pikirlah sndiri.." He3.. MySpace

Ma'assalaamah.. Hehe MySpace