Isnin, September 28, 2009

Rasa Hati di Aidilfitri

Assalamu'alaikum..


Salam Aidilfitri..

Hari ini dah masuk 9 Syawal 1430 H. Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapan yang mengguris hati sahabat2 semua. Sudah kita maklum jika kesilapan sesama manusia hendaklah dihapus dengan memohon ampun dan maaf dari insan yang telah kita sakiti itu. Adapun dosa kepada Allah, hendaklah dengan meninggalkannya dan tidak mengulangi perbuatan tersebut selain terlebih dahulu insaf akan dosa-dosa yang telah dilakukan. Sekiranya ada kesilapan saya pada anda semua yang tak dapat dimaafkan, saya serahkan kepada ALLAH Ta'ala. Sesungguhnya Dia Yang Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani. Maaf atas kelewatan ucapan ini. Raya seminggu mengehadkan masa untuk mengemaskini blog. Ampun..

Baiklah. Sebenarnya dalam entri kali ini saya nak menyatakan rasa sedih. Terkilan. Kecewa pun ye jugak. Disebabkan gambar ini :



Ini gambar PPINS yang berkonvoi dari rumah ke rumah pada 23 September 2009 bersamaan 4 Syawal 1430H. Rumah pertama yang dikunjungi ialah rumah saya. Saya yang sibuk menerima kunjungan tetamu yang kebanyakannya saudara mara pada hari itu, tidak dapat turut serta. Pada mulanya dah berniat nak ikut sama selepas saudara mara pulang, tapi kerana mereka pulang agak lambat, jadi saya pun terpaksa membatalkan niat. Namun saya gagahkan juga untuk pergi, walaupun mereka tinggal lagi 2 buah rumah untuk diziarah, iaitu Abg Ju-Kak La dan Abg Acap. Ketika sampai di jalan Pantai ( menuju ke Jelebu), saya membatalkan niat walaupun hati meronta-ronta nak pergi. Entah kenapa.

Hakikatnya sehingga sekarang rasa terkilan masih berbekas di hati. Yelah, bukan senang nak mengumpulkan semua ahli-ahli PPINS, terutama kakak2 dan abang2 yang lama kurindui. Aduhai, bagaimanalah aku nanti selepas 'ketiadaan' mereka? MySpace

Mungkin ini Aidilfitri terakhir untuk PPINS berkonvoi. Mungkin selepas ini masing-masing dah sibuk membina kerjaya. Namun saya harapkan, ukhwah ini kekal sampai bila-bila. Aku sedar bahawa selama ini aku amat bergantung pada mereka. Kini masa makin hampir untuk aku 'berpisah' dari mereka. Saat yang aku tak inginkan. Sungguh tak aku inginkan.

Duhai hati, tabahlah... Walaupun hakikatnya aku tak mampu..

Jumaat, September 11, 2009

Satukan Hati-hati Ini

Assalamu'alaikum w.b.t..
Ramadhan Kareem..


Alhamdulillah, wa syukru lillah. Hari ini telahpun genap malam Ramadhan yang ke 22. Semalam, saya bersama adik-adik PPINS PJ dan Nilai dalam program Malam Sinar Ramadhan. Isk, agak 'skem' bunyinye. Hehe. Itu nama atas paperwork yang Abg Razak buat untuk minta tajaan dari ABIM NS. Sebenarnya Iftar dan Usrah. Walaupun hanya saya, Abg Razak dan Abg Wan dari PPINS Gombak, itu tak menjadi penghalang. Kakak-kakak yang lain ada kelas, exam dandiscussion. Jadi, saya gagahkan diri juga tanpa berteman. Dalam hati dah niat awal-awal : "Aku akan teruskan jugak Iftar ni, tak kisahla kalau aku sorang je yang pegi". Sebenarnya perancangan iftar ni datang dari saya sendiri, mengenangkan UIA akan cuti seminggu awal bermula hari ini. Jadi nak tak nak kena buat juga iftar dengan adik-adik. Yang penting bagi saya ada dua objektif dari Iftar ini : nak iftar bersama adik2 dan pertemukan adik2 PPINS PJ dan Nilai. Yela nanti kalau tak kenalkan sekarang, susah pula di kemudian hari.

Alhamdulillah, adik2 dari PJ seramai 7 orang. Plan dari saya sendiri untuk ambil mereka dari PJ dan bawa ke Nilai. Nampak macam mustahil je kan. Nanti nak kena rush hantar mereka pulang ke PJ. Tapi macam saya katakan tadi, saya akan teruskan gak iftar ini.

Baik, malas nak cerita panjang-panjang, hu3. Boleh tengok gambar-gambar ini :

azree, syed, abg razak dan abg wan

aisyah, ain, nadia, dayah, aini, farah, farah lagi (hehe), kak tQah, hawa, nisa, mira, aisyah

usrah ringkas dari abg razak

solat Tarawih

sempat lagi tu..sebelum solat.. :p

Akhirnya, mendoakan agar ukhwah ini terus berkekalan. Sedarlah bahawa perjalanan ini masih jauh, dan hanya orang-orang yang hatinya tabah dan cekal akan terus berjuang. Kitakah orang itu? Tanyalah pada diri sendiri..

" Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan , menyuruh (berbuat) yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung." (Ali 'Imran:104)

Selasa, September 08, 2009

Malam Sinar Ramadhan PPINS


Dalam usaha membina generasi Salahudin yang mampu menghadapi cabaran serta mehnah masa kini, pendekatan pendidikan melalui usrah dan tamrin menjadi sandaran utama persatuan dakwah seperti PPINS. Malam Sinar Ramadhan PPINS bakal menjadi pendekatan dakwah dalam mendekati mahasiswa disamping memperkukuh ukhwah yang sudah terjalin. Bersempena kehadiran Ramadhan al-Mubarak, kesempatan berada di bulan yang mulia ini diambil sebaik-baiknya untuk mengisi jiwa dan memantapkan rohani ahli-ahli. Kerjasama antara ABIM dengan Persatuan Pendidik Insan Negeri Sembilan dalam melaksanakan program ini adalah penting sebagai melaksanakan usaha dakwah di semua peringkat usia dan lapangan masyarakat.


OBJEKTIF


  • Menjadi platform pertemuan antara warga PPINS di semua peringkat.

  • Bertindak sebagai medan pengisian rohani dan ilmu yang amat penting dalam merongkah kebejatan rohani remaja masa kini.

  • Menanamkan sifat hidup untuk dakwah dan dakwah untuk penerus kehidupan agar semua warga PPINS tidak mengasingkan dakwah sebagai pilihan waktu senggang.


BUTIRAN PROGRAM


Tarikh : 10 September 2009 bersamaan 20 Ramadhan 1430H


Hari : Selasa


Tempat : Pusat Asasi UIAM Nilai


Masa : 6.00 - 9.30 pm



ATURCARA PROGRAM


6.00 pm : Kehadiran wakil ABIM NS dan ahli-ahli PPINS


6.05 pm : Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis


Ucapan Yang Dipertua PPINS Gombak


Ucapan wakil ABIM


6.20 pm : Bacaan al-Ma’thurat


Sesi Ta’aruf


Pengisian 1 dari wakil ABIM


7.20 pm : Iftar


Solat Maghrib


8.00 pm : Pengisian 2 dari wakil ABIM


8.40 pm : Solat Isyak dan Terawih


9.30 pm : Moreh dan bersurai


Jemputan untuk seluruh keluarga besar PPINS untuk hadir. Bersama-sama koreksi diri di 10 malam terakhir..

PPINS - “Satukan Hati Kami”

Jumaat, September 04, 2009

Iktibar Kisah Kemerdekaan : Melestari Peranan Ulama, Memperkasa Pemimpin Negara


Malaysia telahpun mencapai kemerdekaan yang ke-52 pada 31 Ogos 2009 yang jatuh pada hari Isnin yang lepas. Segala kenikmatan yang kita kecapi pada hari ini haruslah kita insafi dengan sebenar-benarnya. Sejarah telah menyaksikan betapa jerit perih perjuangan nenek moyang kita pada masa lalu yang berkorban nyawa menyelamatkan maruah tanah bertuah ini. Ada di kalangan mereka yang berkhidmat sebagai tentera, yang kita kenali antaranya Sarjan Hassan dan rakan-rakan lain dalam peristiwa Bukit Kepong. Itu cukup kita ketahui. Anak-anak muda hari ini berpeluang menghayati kisah tersebut yang dimuatkan dalam silibus pembelajaran sastera Bahasa Melayu di Sekolah Menengah. Menyaksikan filem ‘Bukit Kepong’ itu pun sudah cukup untuk menggerunkan kita. Sedangkan yang berlaku pada hakikatnya sudah pastilah lebih perit bagi yang mengalaminya.

Peranan Ulama

Perjuangan memartabatkan maruah dan jatidiri tanah air ini bukan mudah. Jika kita lihat lembaran sejarah, para ulama juga turut terlibat dalam perjuangan ini. Sebagai contoh Haji Abd Rahman Limbong, ulama terkenal dari Terengganu yang dikenali kerana kealiman dan keramatnya. Beliau bangkit menentang penjajahan Inggeris di Terengganuu yang ketika itu mula campur tangan untuk mentadbir tanah di Kuala Telemong hingga Ulu Telemong pada tahun 1920-an.. Penjajah yang tak punya hati budi ini malahan mengenakan cukai kepada tanah yang dibuka oleh penduduk tanah itu sendiri. Di sinilah peranan Haji Abdul Rahman yang menentang dengan menyatakan bahawa tanah yang dibuka oleh rakyat itu adalah hak Allah, bukannya hak mereka.

Peranan ulama ketika detik-detik getir itu amat penting. Mereka berperanan memberikan kesedaran kepada rakyat agar kembali semula kepada ajaran Islam. Rakyat ketika itu telah didoktrin pemikiran mereka dengan gaya hidup Inggeris. Sememangnya itu menjadi salah satu objektif ‘kehadiran tak diundang’ mereka ke tanah air kita ini.
Apabila berlaku peristiwa berdarah 21 Mei 1928 yang menyaksikan kebangkitan rakyat Terengganu menentang penjajah, Haji Abdul Rahman Limbong disalahkan dan dituduh bertanggungjawab atas penentangan tersebut. Beliau akhirnya menyerah diri di Istana Maziah dan kemudiannya dibuang negeri ke Makkah. Diceritakan bahawa beliau pernah memohon untuk pulang ke Terengganu namun ditolak kerana dikhuatiri akan menimbulkan semangat kepada rakyat Terengganu.

Selain itu terdapat seorang tokoh ulama yang turut sama menentang penjajah iaitu Haji Musa bin Abdul Ghani Minangkabau. Beliau telah berkata kepada rakyat bahawa sesiapa yang membayar pas menebas (cukai) dan hasil-hasil tanah akan termasuk golongan kafir. Beliau juga berkata : “Barangsiapa yang tidak mengikut hukum syara’, Nabi tidak mengaku umatnya”.

Di sini kita lihat bagaimana para ulama menggunakan pengaruh yang ada untuk menyekat dari penguasaan penjajah. Jika tiadalah ulama di ketika itu, sudah pastilah rakyat akan dengan begitu mudah terpengaruh dengan hasutan dan doktrin yang dibawa penjajah. Apa yang lebih penting, ajaran Islam yang sekian lama menjadi amalan di dalam diri rakyat ketika itu akan terhakis begitu sahaja.

Institusi Ulama Kini

Para ulama seperti yang mutakhir ini kita lihat beberapa fenomena yang berlaku melibatkan institusi ulama. Bukan minat saya untuk mengulas lebih lanjut mengenai apa yang berlaku, namun yang menjadi kekhuatiran kita adalah sejauh mana institusi ulama dapat berperanan dalam isu-isu perdana. Adakah pandangan dari para ulama setiap kali isu berkaitan agama Islam ditimbulkan? Sehingga terkadang maruah agama ini seolah-olah dihina, disebabkan pemahaman cetek sesetengah golongan yang ditambah pula dengan kegersangan adab.

Peranan ulama yang ada perlu vokal dalam pelbagai isu juga penting. Dalam menghadapi dunia moden ini sudah pasti peranan para ulama perlu dilestarikan bagi menjaga kemaslahatan umat Islam. Ulama pewaris Nabi, sebagaimana hadith Nabi yang bermaksud : “Golongan ahli syurga yang paling baik ialah ulama”.


Peranan Masyarakat : Soal Mengkritik

Kita pula sebagai rakyat Malaysia amnya, apakah peranan yang patut kita mainkan? Keamanan sesebuah negara boleh sahaja tergugat ketika berlakunya sesuatu konflik yang memperlihatkan perbezaan malah perbalahan pandangan ramai pihak. Kekhuatiran kita ialah pada kritikan yang tak didasari ilmu, sekadar melepas rasa. Dr. Mohd Farid Shahran, Timbalan Dekan Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam UIAM ada menyebut dalam Kongres Pelajar dan Penegasan Teras-teras Kenegaraan yang dianjurkan PKPIM dan IIM baru-baru ini tentang adab-adab dalam berbeza pandangan. Seseorang perlu mempunyai ilmu yang mencukupi, akhlak yang mencukupi serta adil dan berani. Tanpa ilmu, pengkritik akan nampak dangkal. Tanpa akhlak, bagaimana untuk mengutarakan kritikan dengan cara yang betul? Hari ini terlalu ramai orang yang mengkritik namun lupa soal akhlak. Kemudian adil pula berkait dengan meletakkan sesuatu pada tempatnya. Pada hemat saya, adil ini perlu untuk kita mengiktiraf sesuatu perkara yang baik atau buruk dengan sebenar-benarnya. Kalau benar katakan benar, kalau salah katakan salah. Berani pula diperlukan untuk mengkritik, kerana tanpa keberanian, sudah pasti kritikan tidak dapat diutarakan dengan baik. Keempat-empat elemen ini perlu ada dalam diri masyarakat kita hari ini untuk terus mengekalkan keamanan yang ada.

Memperkasa Pemimpin

Justeru dalam usaha kita mengekalkan keamanan dan kesejahteraan ini, marilah sama-sama kita insafi bahawa setiap dari kita punya peranan. Para pemimpin perlu ada pengetahuan tentang bangsa-bangsa sedunia yang lain agar dapat membangunkan bangsanya tersendiri. Hal ini lebih-lebih lagi dalam usaha memaknakan gagasan Satu Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Pemimpin juga perlu prihatin dalam memelihara hak-hak rakyat bukan Islam. Disebutkan dalam buku Taj al-Salatin bahawa para sultan diingatkan tentang hadith nabi mengenai doa-doa orang yang dizalimi, sungguhpun mereka yang dizalimi itu adalah orang kafir. Dikhuatiri mereka yang tertindas akan menjadi punca kejatuhan para pemimpin itu sendiri.

Semoga Malaysia terus berdiri megah dengan aman, makmur dan sentosa. Marilah kita semua memandang ke depan dengan berpandukan iktibar dari masa silam. Jika negara ini dapat dijaga dan diperintah dengan baik, maka kita mengimpikan sebuah ‘Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur’.
NOR ATIQAH ABD TALIB
UIAM

Rabu, September 02, 2009

Cita-citaku

Assalamu'alaikum..
Ramadhan Kareem.. ^_^

Hari ini saya nak berkongsi satu lirik lagu yg ringkas, tapi cukup mendalam ertinya..

Saya tujukan lagu ini khas untuk:

-Saf Qiyadah PKPIM UIAM : moga terus komited dalam usaha dan tabah mengemudi bahtera dalam mengharung arus yang takkan pernah kita ketahui tenang derasnya..
-Saf Qiyadah PKPIM Pusat : jadilah pemimpin yang serba boleh. Harapan yang tggi kami letakkan pada kalian. Kami di bawah menyokong sentiasa.. Hidup Biar Berjasa..
-Ahli2 PKPIM UIAM : ayuh sama2 bantu Qiyadah dengan menjadi 'anak kapal' yang setia dan sedia menegur 'nakhoda'..
-Ahli2 PKPIM seluruhnya...
- Seluruh du'aat di seantero dunia..


cita-citaku islam gemilang
cita-citaku daulahnya berulang
cita-citaku islam cemerlang
cita-citaku islam tinggi menjulang
kawan mari susun barisan
kita mara ke hadapan
mari perjuangkan islam
kita tagih yang dijanjikan
kawan mari kumpul tenaga
kita korbankan harta punya
jangan kita buang masa percuma
kawan mari kumpul tenaga
kita korbankan harta punya
berjuangkan hingga berjaya

kawan jangan tunggu²
lagi jangan berangan² yang merugi
dunia menipu kita hindarkan
cita² islam kita tunaikan
ayuh mari mara kehadapan
jangan buang masa lagi
inilah masanya tunjukkan bukti
ayuh mari mara kehadapan
jangan buang masa lagi
KALAU BENAR CINTAKAN ISLAM
buat penguat semangat kita semua...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

p/s : hmm..dah lame x main tuju2 lagu kt kwn2..