Khamis, Oktober 29, 2009

UIAM menang lapan anugerah, pingat di Taipei

ENAM daripada sembilan hasil penyelidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memenangi anugerah dan pingat pada Taiwan International Invention Show and Technomart Ke-5 di Taipei, baru-baru ini.

Daripada jumlah itu, dua meraih anugerah khas, tiga pingat emas, satu perak dan dua lagi gangsa.

Emas diraih menerusi produk Effect Electron Beam Irradiation on the Properties of Natural Rubber/Carbon Nanotube Nanocomposite, Stability and Thermal Conductivity Enhancement of CNT Nano Fluids Using Gum Arabic dan Cellulases From Sewage Sludge.

Produk itu masing-masing ciptaan penyelidik Kulliyyah Kejuruteraan yang juga Timbalan Rektor Penyelidikan dan Inovasi UIAM, Prof Dr Ahmad Faris Ismail dan Prof Madya Dr Zahangir Alam.

Perak dimenangi menerusi Prof Madya Dr Iis Sopyan yang mempertaruhkan produk High Performance TiO2 Powder Photocatalyst for Efficient Solar Energy Conversion.

Dua produk meraih gangsa ialah Magnesium Containing Calcium Phosphate Microcarrier for High Density Cell Culture dan Biodiesel From Sludge Palm Oli, masing-masing oleh Zahangir dan Iis Sopyan.

Dua anugerah, Foreign Friendship dan Polish Inventors and Rationalizers President of Association diperoleh menerusi produk Effect Electron Beam Irradiation on the Properties of Natural Rubber/Carbon Nanotube Nanocomposite ciptaan Ahmad Faris.

Pameran berlangsung di Dewan Pusat Perdagangan Dunia Taiwan itu berjaya mengetengahkan inovasi dan produk terkini dalam pelbagai bidang merangkumi bioteknologi, penjagaan kesihatan dan kejuruteraan.

Penganjuran pameran itu turut menjadi platform mewujudkan strategi pemasaran dan perniagaan berikutan kebanyakan produk dipamerkan berimpak tinggi dan berpotensi untuk dikomersialkan.

sumber : Berita Harian Online 29 Oktober 2009

Isnin, Oktober 26, 2009

J.A.U.H

Hari-hari dalam hidupku

Makin terasa sepi

Dia makin menjauh..


Hari-hari dalam hidupku

Sebelum ini tak bersendiri

Dia ada di sisi

Menemani


Hari-hari dalam hidupku

Sebelum ini cukup bererti

Ada dia mengiringi

Ada dia tempat bicara



Saat ia terjadi

Aku menyesal sehingga kini

Aku lupa peranan diri


Lembaran hidupku selepas ini

Tak ku ketahui lagi

Aku harap dia 'kembali'

Dalam kudus sujud dan doa

Dia tak kulupa..


TIDAK AKAN...



Ku imbas masa lalu
Memoir2 persahabatan terpahat kukuh
Disimpan indah dalam lipatan kenangan

Kenangan itu yang membawa kita ke saat ini
Tapi engkau..

Ah..aku tak mahu kecewa..
Aku tak mahu salahkan engkau
Kerana aku juga bersalah..

Bersalah kerana membiarkanmu..
Sendiri..

Tapi satu harapanku..
Kau bina kembali cita-citamu..
Kau rungkai segala kekusutan..

Aku sangat ingin membantu..
Biarkan aku..
Kalau benar aku ini sahabatmu..

Mengertilah dan yakinlah wahai sahabat..
Setiap yang terjadi PASTI ada hikmahnya..

Kuharap kau akan..

'KEMBALI'...

JEMPUTAN KE SOLAT HAJAT KUBRA

Semoga berada didalam Rahmat Allah Subhanallahu Ta'ala...
Dengan rendah dirinya, Majlis Tarbiyyah PKPIM UIAM akan mengadakan:




SOLAT HAJAT KUBRA PKPIM UIAM
~29 Oktober 2009 (Khamis)
~5.30pm - 9.15pm
~Surau Kuliyyah Engineering



Tentatif Program
5.30pm - 7.00pm: Bacaan Ma'thurat dan Usrah Gabungan
7.00pm - 8.45pm: Solat Maghrib / Solat Hajat / Kuliah Maghrib
8.45pm - 9.15pm: Solat 'Isya' dan Jamuan ringan



Dijemput sahabat-sahabat hadir. Sebarang pertanyaan, boleh diemailkan ke dnt_uiam@yahoo.com atau melalui blog ini. Syukran


~Hidup Biar Berjasa~

Khamis, Oktober 22, 2009

YAUMUL MAHABBAH (FAMILY DAY) PKPIM UIAM GOMBAK

PKPIM UIAM Gombak menjemput:

SEMUA warga PKPIM untuk sama-sama memeriahkan

YAUMUL MAHABBAH PKPIM UIAM Gombak
25 Oktober 2009 / 6 Zulqa'idah 1430 H (Ahad)
8.00 Pagi hingga 1.00 petang
Convest Hill, UIAM Gombak
Pakaian: SUKAN
Yuran: RM 3.00 SAHAJA!!!


Aturcara Program:
7:30pg Berkumpul & Pendaftaran
Sarapan
8:30pg
Aktiviti memanaskan badan (Senamrobik)
Taklimat & pembahagian kumpulan
9:30pg Sukaneka:
- Pecahkan belon
- Buka kulit buah
- Isi air dalam botol
- Bagi getah menggunakan straw
- Cari gula-gula dalam tepung
- Tuju selipar@bowling selipar
11:30pg penyampaian hadiah
Penghargaan kepada Graduan PKPIM UIAM
Makan tengahari
Penutup
1.03tgh Bersurai


Jemput beramai-ramai memeriahkan Hari Keluarga kita!!!!


"Memugar Ukhuwwah, Memperkasa Wehdah"

Rabu, Oktober 14, 2009

Annual General Meeting and Aidil Fitri Gathering of WAFA

Assalamu'alaikum..

We, all office bearers of WAFA for 2008/2009 session would like to cordially invite all fellow members and friends to our Annual General Meeting (AGM) and Aidilfitri Gathering which will be held as stated below :

Day : Thursday (15th October 2009)
Time : 8.30 - 10.30pm
Venue : ADMIN LT 1 (near SHAS Mosque Office, above Photocopy Centre)



~Token of appreciation~
~Report of activities throughout this tenure~
~Multimedia presentation~
~Lullabye speech by our Advisor, Madam Haslina Ibrahim~
~Delicious Aidilfitri dishes and kuih raya!~



Want to know more? Feel free to come!
Kindly SMS your name to confirm your attendance to Sis Atiqah Shakirah at 013-2022463.
Hurry up!
Seats are limited to 50 persons only!




NOR ATIQAH ABD TALIB
General Secretary of WAFA 2008/2009
cum the Program Manager of WAFA's AGM and Aidilfitri Gathering

Isnin, Oktober 12, 2009

Keampunan

Takku sangka di malam ini
Tiada lagi purnama yang menerangi
Hanya sementara
Terselindung balik awan
Diselubung kegelapan
Sehingga ku terpenjara
Lantas ku berlari jauh
Mencari cahaya untuk menyuluh
Jalan untukku pulang

Wahai Tuhan Yang Agung
Kau Yang Maha Pengampun
Andai diri Kau hukum
Itu keadilan-Mu

Kupohon maghfirah-Mu
Ampunilah dosaku
Tempat untukku mengadu
Kasihanilah hamba-Mu

Beginilah hakikatnya
Aku tunduk aku akur
Dengan takdir-Mu

Munsyid : Mirwana

PENTINGNYA SOLAT ISTIKHARAH DALAM KEHIDUPAN HARIAN KITA

Oleh: Ismail Abu Bakar

Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.

Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

Mahfum Hadis:
Dari Jabir ra., ia berkata: "Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya”

Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran. Sebagai satu iktibar dan renungan penulis ingin berkongsi beberapa contoh kisah benar yang berlaku di kalangan sahabat-sahabat yang terlupa mengamalkan solat istikharah. Nama dalam kisah ini bukan nama sebenar.

Kisah-1
Setelah berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa, akhirnya tergerak hati Salim untuk memiliki rumah sendiri. Lalu dia melihat iklan di surat khabar dan berkenan dengan tawaran rumah yang agak munasabah harganya. Rumah tersebut masih belum dibina lagi tetapi pihak pemaju telah menawarkan pakej jualan yang istimewa. Pihak pemaju perumahan memberi jaminan rumah tersebut akan siap dalam masa dua tahun. Salim berminat dengan rumah tersebut lalu terus membelinya.. Kini lima tahun telah berlalu, projek perumahan itu telah terbengkalai kerana pemaju telah bankrupt. Salim terpaksa membayar ansuran bulanan hutang kepada bank walaupun rumah yang diidamkan masih tidak wujud..

Kisah-2
Abu dan Salmah telah berkahwin selama 4 tahun. Mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Anak yang sulung telah berumur 3 tahun dan yang kedua masih 8 bulan. Mereka berasa agak susah hendak ke sana kemari kerana hanya memiliki motosikal. Satu hari Salmah mencadangkan kepada Abu untuk membeli kereta.. Abu lalu terus pergi ke Perodua Show room untuk melihat-lihat kereta. Dia berkenan dengan model Kelisa lalu terus membelinya. Selang sebulan keretanya kena curi. Dah enam bulan berlalu keretanya masih tidak ditemui, tetapi dia masih membayar ansuran bulanan dengan pihak bank kerana pampasan yang pihak insurans bagi tidak mencukupi untuk melangsaikan bayaran baki hutang dengan pihak bank.

Kisah-3
Munirah akhirnya terpikat dengan pujukan rakan satu ofisnya Hafsah untuk melabur dalam satu skim pelaburan di internet. Dia akhirnya mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk pelaburan tersebut. Dua tahun telah berlalu duit pelaburannya lesap tak nampak bayang.

Kisah-4
Rashid dan Zakiah telah mempunyai tiga orang anak. Mereka bercadang untuk mengambil pembantu rumah Indonesia. Mereka pergi ke agensi pembantu rumah dan terus memilih seorang pembantu rumah yang terdapat dalam senarai biodata. Selang dua bulan pembantu rumah pun sampai dan berkhidmat kepada mereka seperti yang dijangkakan. Tiga bulan berlalu tiba-tiba pada satu hari didapati pembantunya telah lari dari rumah.

Kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar di mana penulis sendiri bertanya kepada mereka adakah mereka telah melakukan Solat Istikharah sebelum memilih atau membuat keputusan. Mereka kata langsung tak terfikir hendak melakukannya. Dalam contoh yang lain pula penulis ingin berkongsi dengan satu kisah yang disampaikan kepada penulis seperti berikut;

Kisah-5
Iskandar berumur 40 tahun telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Suatu hari dia mendapat telefon dari kawan baiknya Jaafar. Jaafar hendak memberikan satu hadiah istimewa kerana jasa Iskandar yang telah menyelesaikan masalah keluarganya. Jaafar hendak menawarkan kepadanya perbelanjaan pakej menunaikan haji untuk suami isteri ditanggung sepenuhnya iaitu RM15,000 setiap orang. Hati Iskandar gembira bukan kepalang kerana sudah lama dia mengidam untuk menunaikan haji. Lagipun duit simpanan dalam tabung hajinya baru RM3000. Iskandar tidak terus menerima hadiah tersebut sebaliknya dia memberi tempoh tiga hari untuk membuat keputusan. Iskandar melakukan Solat Istikharah tiga malam berturut-turut. Pada hari keempat dia berjumpa Jaafar mengatakan dia sangat berat untuk menerima hadiah tersebut. Dia mengatakan ingin pergi menunaikan haji dengan duit pendapatan sendiri. Jaafar agak kecewa, dipujuknya namun Iskandar tidak terima juga. Selang dua bulan selepas itu baru Iskandar mendapat tahu duit yang hendak diberikan kepadanya itu adalah dari duit riba iaitu interest bank konvensional akaun simpanan tetap Jaafar. Jaafar telah tersalah sangka. Disangkanya bahawa duit riba boleh dihadiahkan kepada orang lain tetapi tidak boleh digunakan sendiri.

Kisah-6
Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan. Bila menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman. Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solat Istikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian kepadanya. Dia berdoa “Ya Allah kalau pemergian aku ke Sandakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah dengan yang lebih baik dan sempurna”. Selang dua minggu Pengetua disekolahnya memberitahu kepadanya pertukaran dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal. Dia rasa agak pelik namun tidak kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia yakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia bertemu Jodoh dengan Ustazah (al-Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal.

Semua kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran. Yang pastinya kita tidak akan rugi di dunia dan akhirat bila beramal dengan Solat Istikharah ini. Dewasa ini ramai di kalangan kita hendak membeli rumah yang berharga lebih RM200,000. Bayaran balik mungkin mengambil masa selama 20 hingga 25 tahun. Dalam tempoh tersebut macam-macam perkara boleh terjadi. Jika sekiranya kita melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah tersebut, pasti Allah akan mendorongkan kita membuat pilihan yang tepat dan memudahkan segala urusan. Penulis ada bertemu dengan beberapa sahabat yang melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah, Alhamdulillah segala urusan menjadi mudah dan dapat membayar balik hutang rumah lebih awal daripada yang dijangkakan.

Seperkara lagi, supaya Allah SWT memakbulkan doa kita, jauhilah segala bentuk pinjaman yang ada unsur-unsur riba’ seperti dari sistem konvensional. Pilihlah sistem perbankan Islam semoga Allah memberikan keberkatan dan menurunkan rahmatnya sepanjang tempoh pinjaman di buat. Yakin dan percayalah jika kita mengikut suruhan Allah, pasti Allah akan membantu kita di ketika senang dan susah. Jika Allah bantu kita tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.

Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;

1. Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
2. Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
3. Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
4. Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
5. Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu)
(Doa telah diattachedkan sekali)

Terjemahan Doa': Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)


Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada kita semua.
Wallah hu ‘alam..

Dipetik dari Facebook-Zuhairi Mohd Nopiah (Ateh)

Selasa, Oktober 06, 2009

K.E.K.U.A.T.A.N

Assalamu'alaikum..

Saya doakan semuanya dalam sihat sejahtera. Semenjak dua menjak tiga menjak ni (ini ayat Nabil) ramai yang sakit. Ditimpa musibah. Saya sendiri baru sahaja sembuh dari sejenis wabak yang biasa kita panggil sebagai 'cirit birit'. Allahu rabbi, sakit tak terkira. Yang kesiannya perut dan ususla, terpaksa menahan sakit yang menekan. Berulang-alik ke tandas menjadi tabiat semingguku. Sampai tandas tu pun dah muak melihat muka ini. Mungkin juga sebab minggu terakhir puasa dan seminggu raya baru ini, sistem penghadaman saya tak begitu lancar. Ada hikmahnya juga Allah beri sakit ini, sekurang-kurangnya perut dah kembali normal. Dan saya punya tabiat makan yang lebih terjaga. Pagi-pagi perlu sarapan ke kelas (walaupun sebenarnya belum dapat buat lagi..huhu), makan tengahari pada waktunya dan yang paling penting, saya dah 'pandai' menjaga jenis makanan yang masuk ke perut. Kalau dulu main hentam jugak, tapi sekarang dah boleh menahan, supaya perut yang baru sembuh ni semakin sihat. 'Ala kulli hal, alhamdulillah. Selalu berpesan dan ingatkan diri akan hadith Sahih Nabi s.a.w ketika menziarah Ummu 'Ala yang sedang sakit, mafhumnya: "Bergembiralah wahai Ummu 'Ala! Sesungguhnya penyakit bagi Muslim itu menghapuskan bersamanya dosa, sepertimana api neraka menghapuskan sisa-sisa emas dan perak". [Riwayat Abu Daud]. 'Ala kulli hal, alhamdulillah.

Beberapa minggu kebelakangan ini pula, menerima beberapa berita kematian. Pertama pada 5 Syawal, sahabat lama dan juga anak angkat ayah saya, Normah Md Nor telah kehilangan ayahnya yang menghidap asma. Sempat menziarahi dan menghadiri majlis pengebumian. Yang menghibakan, kata-katanya pada saya : "Tiqah, saya dah takde ayah lagi..." Saya jawab : "Sabarlah Normah. Em, ayah saya ada" (walaupun tahu jawapan tu takkan memuaskan hatinya). Kemudian katanya : "Tapi tak sama.." Aduhai. Redhalah sahabatku. 28 September 2009, menerima berita mengenai ayah kepada sahabat saya Abdul Aziz Abd. Rahman. Arwah ayahnya memang dah lama sakit. Kebetulan pemergian ayahnya tepat pada umur beliau 22 tahun 6 bulan (perlukah kiraan ini?) Kemudian 2 Oktober, nenda kepada Lina Mursyidah di Jerantut kembali ke Rahmatullah, tak saya ketahui sebabnya. Kemudian 4 Oktober, nenda kepada saudara Huzaifah a.k.a Epah pula meninggal dunia. Terbaru semalam, sepupu kepada sahabat saya Syazwani Adnan a.k.a Kak Wani meninggal dunia, usianya baru 3 bulan lebih. Tanpa sebab atau sakit. Begitu umur manusia, bila sampai masanya, Allah akan ambil, tidak dilambatkan dan dikurangkan walau sesaat. Sentiasalah kita BERSEDIA. Takziah diucapkan kepada keluarga sahabat2 saya ini. Semoga arwah diampunkan segala dosanya dan diterima segala amalannya.. Aamin.

Minggu ini semuanya kembali SIBUK menyiapkan tugasan masing-masing. Yang kahwin, sibuk dengan kahwinnya. Hehe. Saya tujukan ini khusus buat Awe a.k.a Ain Najwa yang baru sahaja membina lembaran baru hidup sebagai isteri kepada Afham. Semoga diberkati dan dirahmati Allah selalu. Sempat hadir walimah, seronok melihat Awe kahwin ^_^

Selepas syura WAFA bil baarihah (malam tadi, lame plak tak cakap Arab), baru saya rasakan saya sekarang berada dalam tahap saangat genting. Tugasan tak siap, laporan2 WAFA, fail2 semua berterabur lagi. AGM minggu depan, hari Khamis. Hujung minggu ni perlu ke Sg. Besar, sepupuku Kak Sarah kahwin. Aiseh. Tak boleh jadi ni. Semuanya perlu disusun dengan teliti. But the only prob is : Aku tak pandai menyusun kerja! Yes, that's ME! Setiap kali nak susun kerja, mesti tak jadi. Saya pun pelik dengan diri sendiri. Dalam usia begini, sepatutnya masalah begini tak timbul. Tapi entahlah, dilema ini dah lama nak diselesaikan, tapi semacam ada saja penghalang. Nasib baik juga aku ni sibuk, tak 'terjebak' dengan perkara-perkara tak berfaedah. Alahai~

Tak cukup dengan itu, berdepan dengan 'teka teki' yang rumit untuk dirungkai. (Agak rumit dan selebihnya tak perlu diceritakan di sini, tapi biarlah aku meringankan fikiran sedikit) 'Klu-klu' untuk 'teka teki' ini sudah terlalu banyak. Sepatutnya mencukupi tapi klu-klu itu belum cukup kuat untuk aku menyelesaikannya. 'Kunci'nya belum dapat digunakan untuk membuka 'pintu' penyelesaian. Tapi biarlah teka teki ini saya letakkan di tepi. Tiada kepentingannya bagi saya dalam waktu-waktu genting seperti ini.

Sebenarnya, terlalu banyak untuk diceritakan. Tujuan entri ini lain pada mulanya. Mengharapkan kekuatan. Kekuatan dari Allah Ta'ala, juga dari teman-teman sekalian. Sangat bersyukur kerana saat diri ini hampir terleka, pasti ada saja teguran dariNya, cinta agung manusia.

Tegurlah dan didiklah aku ya Tuhan.. Jangan biar diri ini hanyut..
Nasihat dan pimpinlah aku wahai teman.. Jangan biar diri ini leka dan lalai..

Hasbunallahu wa ni'mal wakiil..

Ilalliqa'...