Isnin, November 16, 2009

Qailulah Yang Tersirat

dihantar oleh : pencari_ketenangan
editor : almusafirq8
Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.
Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi :
"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah SallAllahu Alaihi wasallam ada melakukannya."
Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata :
"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."
Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai satu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti.
Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.
Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca industri telah mendapati bahawa 92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti. (Napping News : 'Scientific Proof Confirms : Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse)

Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau 'a secondary sleep gate'. Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini adalah Dr.William A.Anthony, Ph.D. dan Camille W.Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work'. Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavior and Medical Aspects of Napping'.
Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam. (Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com)
Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi SallAllahu Alaihi Wasallam rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.
Jom..amalkan..! MySpace

5 Perkara

Ketika menunggu rintik hujan lenyap dari membasahi bumi, terjumpa gambar ini di Iluvislam.com..


Menarik kan?
Sekali baca rasa terubat hati..
Boleh amalkan..
Sekadar berkongsi... ^_^
(yang paling susah bagi saya ialah yang ke-3 itu..Ntah kenapa... MySpace
ya.. cubalah untuk sentiasa tersenyum.. MySpace oh..ini terlampau..
ini comel.. MySpace

Khamis, November 12, 2009

Salam Imtihan

Assalamu'alaikum..

Memang cukup lama saya tak menulis sesuatu di blog sendiri ini. Mungkin hujung sem ni yang merampas masa saya kerana menyiapkan tugasan yang mengambil masa yang cuuukup panjang. Haai..dh nasib badan (em..?) 'Ala kulli hal, semuanya dah dihantar walaupun lewat. Tak mengapa, yang penting ustaz2 terima dan beri markah.. Insya ALLAH..

Saat ini saya baru selesai peperiksaan keempat dalam peperiksaan akhir semester 1, 2009/2010 ni. Arabic Lexicography. Subjek ni mengenai kamus. Tau ape itu kamus? Kamus yang mengandungi semua kalimat (perkataan) bagi sesuatu bahasa. Subjek ni mestila mengenai kamus Bahasa Arab, takkan Korea pulak.. Eh.. Hehe (mengarut sikit, maklum baru lepas exam)

Baiklah, di kesempatan ini nak mengucapkan selamat maju jaya kepada semua sahabat2, kawan2 yang menduduki peperiksaan di segenap IPTA di Malaysia.. Ma'at Taufiq Wan Najah..



Moga kecemerlangan di dunia menjadi cerminan kejayaan di Akhirat sana.. Insya ALLAH..


::atiQaHTaLiB::
ITD,
12 Nov 2009