Rabu, Januari 20, 2010

2 Gerhana : Kebetulan yang membawa petanda

Assalamu'alaikum..MySpace

Kali ini saya nak berkongsi sesuatu yang saya rasa amat menarik. Tapi sebelum tu, ingin mohon maaf kpd sahabat2 yang sedang 'berjuang' di Kulliyyah of Economics and Management Sciences (KENMS) sana. Esok merupakan hari mengundi untuk semua pelajar UIAM. Pemilihan exco2 baru SRC atau MPP. Jadi hari ini hari terakhir untuk berkempen. Saya kira kami dah buat 'gelombang ungu' di KENMS tadi, walaupun takla berapa nak gelombang sangat. Hehe. Tahniah dan syabas kepada semua yang bersemangat kental untuk mempromosi sahabat kita yang cukup berpotensi iaitu Azharul Amin Mohd Nazaruddin (student2 ECONS, esok undi dia ya!) MySpace Maaf tak dapat bersama-sama petang ini. Nasib baik tadi sempat bersama-sama waktu makan tengahari untuk sebarkan kalendar dan outlet Azharul. Untuk petang ni, terpaksa berada di library. Dah kesuntukan masa untuk cari artikel untuk tugasan Practical Translation. MySpace

Jadi sementara mencari-cari artikel untuk tugasan ini, rasa terpanggil untuk berkongsi apa yang saya dapati dari kelas Ust Ghani-Survey of Islamic HIstory and Civilization pagi tadi. Sedang beliau menerangkan tentang apa yang dah kami salin (memang penat menyalin!), beliau menyentuh tentang beberapa kebetulan yang berlaku akhir Disember lepas dan juga bulan ini.

Kalau kita perhati balik (sebenarnya memang ramai yang perasan), secara kebetulan hampir semua hari Jumaat pada Disember 2009 yang lepas adalah hari cuti. Cuti sempena beberapa peristiwa. Bermula dengan cuti smepena Hari Keputeraan Sultan Selangor pada 11 Disember 2009. Kemudian seminggu selepas itu adalah Awal Muharram 1431H bersamaan 19 Disember 2009. Jumaat yang berikutnya cuti sempena Krismas iaitu 25 Disember (Hohoho!) yang juga merupakan hari lahir adik saya. Tak cukup dengan itu, Jumaat yang berikutnya kita diberi cuti sempena Tahun Baru Masihi 2010. Apa yang istimewanya, Tahun Baru kali ini disambut dengan peristiwa gerhana bulan, selain dari sambutan-sambutan awal tahun yang begitu merisaukan. Bagi yang sedar akan peristiwa ini, pasti berjaga malam. Bukan nak sambut tahun baru semata, tapi tak mahu melepaskan peluang untuk menunaikan Solat Sunat Kusuf (Solat Sunat Gerhana Bulan). Gerhana bulan yang terjadi pada sekitar 1 pagi 1 Januari 2010. Subhaanallah!


gerhana Bulan


Kemudian kata Ustaz lagi mengingatkan kami akan kejadian gerhana matahari pada Jumaat yang lepas. Bagi pelajar UIA khususnya, Solat Sunat Khusuf (Solat Sunat Gerhana Matahari) diadakan di Masjid SHAS. Masya ALLAH! Kedua-dua peristiwa gerhana ini bukanlah sesuatu yang sering kita lihat setiap hari, mahupun seperti pelangi yang kelihatan selepas hujan petang! Ia merupakan peristiwa yang jarang berlaku.



gerhana Matahari

Menariknya dan perlu diambil perhatian di sini, ialah kata-kata Ustaz yang menyatakan bahawa apabila berlaku 2 gerhana dalam tempoh yang dekat, maka itu salah satu petanda Kiamat makin dekat! Kita maklum mengenai gerhana bulan yang berlaku apabila apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Gerhana matahari pula berlaku apabila bulan berada di antara matahari dan bumi. Jadi apabila berlakunya gerhana, kedudukan ketiga-tiga bintang (Bumi, Bulan dan Matahari) adalah dekat. Menurut ustaz lagi, mungkin ini petanda bahawa ketiga-tiga bintang ini sudah berada pada kedudukan yang dekat, dan mungkin boleh berlanggar pada bila-bila masa.

Apapun, ini sekadar perkongsian. Tidak juga kedengaran di dalam akhbar atau mana-mana artikel yang mengatakan perkara yang sama. Namun perkara ini perlu diambil ingatan. Sesungguhnya Kiamat makin mampir, apakah kita termasuk golongan yang bersedia? Marilah sama-sama berazam untuk masuk dalam golongan tersebut seterusnya menjadi orang-orang yang beruntung dan bahagia di Hari Penghitungan.

"Dan matahari itu berjalan (bergerak) di tempat ketetapan baginya, yang demikian itu ketetapan Allah Yang Maha Gagah dan Maha Mengetahui" Yaasin : 38

Sabtu, Januari 16, 2010

Lama Begini

Assalamu'alaikum..

Moga yang membaca ini sihat sejahtera.. Lama tak mencoret sesuatu di sini. Sesungguhnya rasa ingin menulis dan berkongsi itu telah pudar. Bukan padam, tapi pudar. Keinginan itu ada tapi aku tak tahu dari mana harus mula. Setiapkali bersemangat untuk menulis sesuatu, pasti tergendala. Kudrat yang dihalang Allah mungkin..

Tak Lepas
Ada sesuatu yang telah menyelubungi hidup ini. Tanpa aku sangka. Sungguh. Segalanya baik-baik sahaja dan indah bagiku sebelum ini. Telah aku coret mengenainya sebelum ini. Namun bagai ada yang tak terkisah. Puncanya dari aku juga. Dia juga.

Puas sudah aku begini. Sedih. Pedih. Luka. Kecewa. Terseksa, walau hakikatnya dia lebih jauh terseksa. Mana tidaknya, aku ini yang dekat dengannya, tahu serba serbi tentangnya. Luruh hatiku saat mendengar itu. Menangis hingga tak ada daya. Hingga aku hilang arah, hilang daya fikirku. Hidup jadi tak menentu. Walau pada zahirnya aku nampak bersahaja, namun di dalam hanya Allah yang tahu. Puas aku cuba untuk teguh. Di saat orang lain tidak pedulikannya, aku cuba untuk terus setia, tanpa berbelah bagi. Tak sedikit aku rasa sakit. Kerana aku rasa lebih sakit lagi diperlakukan oleh orang lain yang mungkin telah terlebih dahulu putus asa. Biar aku terus bersamanya. Memberi kekuatan semampuku.

Telah cukup letih memikirkan.
Ketahuilah aku banyak menderita, keranamu.
Mujur ada Allah bersamaku, aku ingat Allah selalu.
Tak mahu kufur.

Namun ketahuilah,
sejauh mana rapuh hatiku,
sejauh mana luka hatiku,
ia segera sembuh,
bila mengenangkan ini..

KAU SAHABAT DUNIA AKHIRAT..

Cukup.
Titisan-titisan jernih tak mampu dibendung.....


**tah hape-hape je ni..nampaknya ku dah tak pandai lagi bermain kata-kata..

Jumaat, Januari 08, 2010

Ayuh ke Demonstrasi Kalimah Allah

Tarikh : 8 Januari 2010
Hari : Jumaat
Masa : 2 petang
Anjuran : Gabungan NGO-NGO Islam Malaysia.


“Ayuh bersama berjuang dan bermunajat mendoakan agar tuntutan ini tidak dibenarkan”



HIDUP BIAR BERJASA!! ~~

Rabu, Januari 06, 2010

PKPIM Lancar GERAKAN KEMPEN KESEDARAN GENERASI MUDA BERHUBUNG KES KALIMAH ALLAH

KENYATAAN MEDIA

PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)

5 Januari 2010 / 19 Muharram 1431


Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memustuskan untuk membenarkan tuntutan pihak Herald Catholic terhadap kerajaan Malaysia untuk menggunakan kalimah Allah bagi tujuan penerbitan ‘Herald: The Catholic Weekly’.

Keputusan tersebut telah mengundang kekeliruan khususnya dalam kalangan generasi muda tentang persoalan aqidah dan konsep ketuhanan. Kekeliruan ini boleh menyebabkan tergugatnya pegangan aqidah mereka yang menjadi kebimbangan utama PKPIM.

Sementara itu, perkembangan ini juga telah menimbulkan kemarahan sebilangan besar umat Islam di Malaysia yang dapat disaksikan menerusi siri bantahan terbuka dan laporan polis yang telah dibuat oleh NGO Islam di seluruh negara.

Atas kebimbangan tersebut, PKPIM merasakan perlunya satu gerakan kesedaran secara besar-besaran dilaksanakan di setiap peringkat masyarakat khususnya generasi pelajar dan mahasiswa. Sehubungan dengan itu, PKPIM melancarkan Gerakan Kempen Kesedaran ”Implikasi Kes Kalimah Allah Terhadap Islam di Malaysia” atau singkatannya GKK-PKPIM.

Tujuan utama pelancaran GKK-PKPIM adalah untuk meningkatkan kesedaran dan menerapkan kefahaman Islam sebenar serta merungkaikan kekeliruan yang berlaku berikutan implikasi kes kalimah Allah terhadap Islam dan masyarakat umum.

Menerusi platform ini, PKPIM akan menggerakkan beberapa siri program kesedaran seperti forum dan wacana ilmiyah, diskusi umum, pengedaran risalah, penerbitan makalah dan poster kesedaran, serta munajat perdana. Gerakan ini akan dimobilisasikan ke seluruh negara dengan mensasarkan para pelajar dan mahasiswa secara menyeluruh.

Dalam perkembangan berkaitan, gerakan ini mendapat dokongan lebih 20 persatuan pelajar yang turut disertai oleh 13 Badan Gabungan Negeri (BGN) PKPIM dan kelab-kelab mahasiswa di IPTA dan IPTS.

PKPIM berharap agar dengan gerakan kempen kesedaran ini dapat menanam kesedaran generasi muda terhadap kes ini seraya merungkaikankekeliruan dan salah tanggap yang melingkari persoalan aqidah dan teras kepercayaan umat Islam. Atas rasa tanggungjawab, PKPIM menyeru lebih banyak pihak untuk tampil dan memberikan sokongan untuk menjayakan gerakan ini.


Dalam pada itu, PKPIM mendesak supaya semua pemimpin Melayu Islam bagi semua parti politik iaitu UMNO, Pas, dan PKR untuk duduk semeja bersepakat mengeluarkan satu kenyataan dan pendirian bersama untuk bersama-sama mempertahankan Kalimah Allah. PKPIM bersedia menjadi NGO yang berperanan sebagai pihak ketiga untuk menghubungkan ketiga-tiga parti politik.



MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ
Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)