Jumaat, Mac 12, 2010

Tak Ter-U-C-A-P

Assalamu'alaikum...

Ada yang sudah bertanya apa sudah jadi dgn blog ini?
Biase je..
Yela memang biasa, sebab tiada apa-apa perubahan..

Sebenarnya,
Ada rasa untuk dikongsi,
Ada kata untuk difahami,
Ada sendu untuk dihapus,
Ada keliru untuk dirungkai..

Akan tetapi,
Semuanya itu tersimpan rapi,
Tak mampu dikongsi tak mampu dizahiri,
Biar bicara dalam hati..

Mungkin,
Sudah terlalu banyak label 'Restricted',
Simpan itu jadi pilihan,
Diam itu jadi kesukaan,
Bukankah banyak kata itu banyak silapnya?

Ujian,
Takkan lepas dari diri INSAN,
Itu sudah janji TUHAN,
Kalau betul kamu berIMAN,
DIA mahu kau BUKTIkan..

Namun INSAN,
Dengan hakikatnya yang banyak kurang,
Kuat manapun dia masih ada pincang..


Dia (seorang insan)
Sedang cuba bangkit,
Dengan seribu kepayahan,
Mengharap sokongan teman,
Menagih tuntunan Tuhan..

Lalu di sini,
Fahamilah dia,
Sangka baiklah dia,
Dia adalah dia,
Takkan mampu jadi selainnya,
Walau cuba sehabis upaya,
Yang boleh hanya perbaiki yang serba ada..

Ohh.. walau di sini terungkap jua,
Tetap jua masih bersisa,
Biar tak semuanya disingkap


Kerana masih banyak yang

Tak Ter-U-C-A-P

aku selalu mengingati memoir ini, di kala aku sedang begini.. Ya ALLAH.. aku rindu!!