Khamis, April 29, 2010

ke mana Miss 'S' ku?

Assalamu'alaikum..

Tiba saat ini, entah kenapa miss 'S' ku hilang.. Miss? bukan Miss Sadrina ok! (jgn marah kak sad, sy tau akk selalu ada hehe)..

Hm, sudah lama aku 'berteman' dengannya..Aku sayang dia, aku pelihara ia selalu..'sayang' dan 'kasih' ini selalu ku semai dalam2, ku pasak dalam2..

Tapi...

akhir-akhir ini...

Ia selalu meronta-ronta..meronta-ronta minta 'dilepaskan'..puas sudah aku mengawal..

Ku katakan : jangan! temani aku! aku perlu kamu..

Dia : biar aku pergi!

Aku jawab : jangan! mengapa?

Dia : Aku dah x sanggup menemanimu lagi..cukup2la..aku sakit..aku luka..tiada yang memahami aku lagi..

Aku balas : selama ini kau temanku yang setia..kenapa harus sekarang kau pergi?

yang pastinya dia terus mencari alasan2 utk lari..
sedang aku tersepit.. buntu.. keliru..

*********************************************************************************************

monolog di atas perlu difahami..

Manusia,
ada tikanya ia kuat,
berpegang dengan segala sumber2 kekuatan yang ada di sekeliling..

Saat ia tahu hakikat diri,
Ia kuat..

Namun bila tidak,
Ia rapuh..

Terkadang aku bertanya pada diri, di mana aku?

Setelah berfikir, baru aku sedar
mungkin selama ini aku ikhlas dalam riak
mungkin tawa dalam hiba
mungkin maju dalam mundur..

Ah, kenapa mesti di saat-saat begini?
Aku dah puas.. Terlalu..

Cukup..!


Aku harus jujur kali ini..
tapi nampaknya seperti tidak lagi boleh..

kalau aku jujur..?

Hm, Miss S ingin lari...

Harus biar atau...?

Khamis, April 01, 2010

Untuk Dia

Assalamu'alaikum..

Di kesempatan waktu senggang sedikit di dalam musim peperiksaan ini, sempat aku mencuri masa di CC Maryam. Niat pertama-muat turun kertas soalan lepas utk peperiksaan akhir pd 5hb (Isnin) nanti. Tapi tak tahulah apa masalahnya, invalid access katanya, padahal CC ni dalam kawasan UIA jugak. Bikin aku geram sahaja. Tak apa. Sabar aja sudah. Kemudian aku lawat beberapa blog teman, sempat juga dapat pengajaran. Alhamdulillah, kebaikan berblog, berkongsi manfaat ;)

Tiba di suatu blog..
Blog yang selalu aku buka, sebab penulisnya IKHLAS..
Setiap tulisannya biar santai, pasti menyentuh hati ini..

Aku tahu dia sedang berperang hebat dengan perasaan dan hidupnya.
Hidup yang bakal menuntut perubahan, usia pun makin meningkat.
Biar baru-baru ini dia baru belanja aku dan Yuyi makan sate.. (haa confirm la tau sape kan hehe =p)

Untuk Dia,
Aku tahu kamu tabah,
LEBIH tabah dari aku,
Walaupun selalu kamu kata : "tah pape je ni, rase dah gagal"
Tapi hakikatnya, tidak begitu!

Aku selalu rasa dia yang terbaik,
Walau katanya pada sesetengah masa, dia gagal mengawal emosi

Dan aku,
Sentiasa perlu kamu,
Dan kini sudah tiba masa aku yakin diri,
Jangan salahkan diri kamu,
Tiada salahnya kamu,
Inikan TARBIYAH Tuhan,
Buat aku, kamu dan kita semua bukan?

Maaf,
Kerana selama ini aku sentiasa mengharapkan kamu,
Kerana aku hormat dan sayang kamu,
Kerana selalu buat kamu pening (hehe)
Kerana tidak mampu selam hati kamu dalam-dalam..

Hanya aku mampu,
Berdoa padaNya..

"Ya ALLAH, rahmati insan ini. Peluklah jiwanya agar sentiasa dekat denganMu. Pimpin hati dan tingkahnya selalu. Berikan kegembiraan dan ketenangan padanya..."



~~salam ukhwah dengan dia~~

dari aku yang sedang mendaki mata-mata tangga tarbiyyah Tuhan..MySpace

dah, sambung study!! MySpace