Rabu, Jun 16, 2010

Mahu KEMBALI

Bismillahirrahmaanirahiim..
Assalamu'alaikum w.b.t..

Ya Salam..~~
Rasanya seperti bermimpi bila mula menulis semula di ruangan ini. Semenjak akhir-akhir ini aku makin hilang kata untuk dikongsikan bersama, walaupun sekadar untuk peringatan. Semangat dan 'kelincahan' untuk 'posting' tulisan2 baru makin pudar, tak seperti suatu ketika dulu. Hari-hari pun nak posting. Kadang-kadang satu hari tu banyak kali posting, sampai orang pun naik heran agaknya.. Huhu. Hem, ya, aku memang sangat rindu dengan detik masa itu.

Dan sesungguhnya gerakan yang terhasil dari hati ini untuk menulis kali ini, hanyalah selepas aku membaca dan melawat beberapa buah (buah ke?) laman blog sahabat2 lain. Ya, terima kasih kerana telah mendorong hati ini sedikit sebanyak untuk menulis. Menulis perlu dari hati, jika tidak ia tidak akan sampai pada pembaca, betul kan?

Diri & Masa Depan
Mungkin juga diri yang seakan 'beku' ini berpunca dari beberapa perkara yang telah berlaku dalam hidupku akhir-akhir ini. Bunyinya macam hape je. Ujian yang datang terlalu bertimpa, hingga aku rasakan inilah peringkat hidup yang paling menguji diri di sepanjang kehidupan ini. Belum habis satu ujian, ujian lain datang pula. Kemudian setelah itu datang pula ujian seterusnya. Maha Hebat Allah itu, diberinya ujian padaku untuk menguji sejauh mana pergantungan aku padanya.

Mujur, Dia ingatkan aku tatkala aku hampir lupa. Hampir aku lupa kerana terlalu leka dengan 'dunia' dan segala macam pancarobanya. Aku syukur, tatkala sekeping hati ini sedang rawan, ada Dia tempat aku mengadu. Lalu syukurku bertambah, kerana aku Muslimah, punya Dia tempat mengadu. Sebanyak mana aku mengadu pada insan, lebih banyak lagi yang Allah tahu akan diriku.

Aku kumpulkan semua timbunan ujian bagiku, lantas aku analisa. Yang mana perlu dibaiki, yang mana perlu terus dibuang jauh2 dari hati. Aku adukan segalanya pada Dia, biar Dia yang peluk dan rawat jiwaku.

Setelah itu, tenang datang menghampiri.. Alhamdulillah..

Dan hakikat hidup insan, ujian itu tanda kasih sayang Allah. Aku diuji lagi. Kan benar kata-kata Allah, tidak akan dibiarkan insan itu mengaku dirinya beriman selagi tidak diuji. Ah, begitu cepat sekali aku 'kandas' semula. Sekarang aku mahu bangkit. Ya BANGKIT!

Hidup Dalam Perjuangan
Bila diri diuji, secara tidak langsung ada sisi-sisi lain yang terjejas. Aku akui semua itu. Segala yang terjadi, membuat diriku bagai kaku dirantai. Aku bagai insan yang dipenjara. 'Tinggallah kau di dalam penjara ini!" Bagai terdengar suara itu.

Hati yang sudah tetap, kadangkala berubah juga. Seperti pantai yang sering berubah dipukul ombak. Berubah yang ini bukan perubahan 100 peratus. Cuma mungkin kesan 'pukulan' hebat oleh tarbiyyah ALLAH membuat aku jadi begini. Aku tahu bukan begini tingkah orang yang mahu membersih diri, tapi aku ikutkan juga kata hati.

Lalu hanya kata-kata maaf mampu kuzahirkan di sini. Lahir dari hati, mungkin belum terluah pada yang berhak menerimanya. Aku jua insan biasa, fahamilah aku. AKu sedar, aku tak patut mementing diri, tapi ujian bagiku kali ini telahpun membuat aku bagai sepi begini. Maaf. Dan aku akan KEMBALI! (insya ALLAH)

Latihan Praktikal @ ITNM
Beberapa bulan sudah, aku bicarakan mengenai ini di laman ini. Impian, perancangan serta cita-citaku untuk masa depan telah dapat disempurnakan sebahagian kecil darinya. Alhamdulillah. Bermula 27 April 2010, bermacam pengalaman telah aku tempuhi di sini, cukup sebagai bekalan awal dalam susunan langkahku untuk bergelar seorang penterjemah. Dan hari ini, hari ketiga terakhir aku di sini. Jumaat akan menyaksikan perpisahanku dengan ITNM. Terima kasih atas segalanya buat seluruh staff ITNM yang menyambut baik kehadiran saya dan sahabt2, khusus buat Ustaz Syed Ali Alattas dan Ustaz Razali. Sekalung penghargaan atas segala tunjuk ajar yang diberikan! Insya ALLAH, laporan penuh akan menyusul. =)

Nampaknya harus berhenti di sini, ada kerja terjemahan baru yang diterima. Mungkin juga ini terjemahan yang terakhir bagiku di sini. Esok akan ada perjumpaan bulanan untuk semua staff, sekaligus meraikan perpisahan pelajar2 praktikal. Takut pun ada rasanya.

Doakan aku..agar bisa untuk KEMBALI!!

Khamis, Jun 10, 2010

Insya ALLAH

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way


~~Insya ALLAH by Maher Zain~~
******************************************************************************
biar sungguh pahit dan payah untuk ku lalui jalan ini,
aku tahu Kau selalu ada

mengadu
merintih
menangis

biarlah Kau sahaja yang mengerti semua itu

Ku sandarkan segala padaMu

saat hati tergugah
saat jiwa pasrah

biarlah Kau sahaja yang tahu

Aku..

Jatuh dan bangun..
Kemudian jatuh semula..
Lantaran jahilnya aku, hinanya aku..

Kucuba untuk bangun,
namun tanpa tuntunanMu,
pasti aku jatuh semula..

Ya Ilahi,
biarlah setiap langkahku dalam alunan zikirku padaMu..

Insya ALLAH..~~