Rabu, November 10, 2010

Makin Hampir

Bismillahirrahmanirrahim..

Sengaja menjenguk laman sendiri di tengah malam ini. Niat di hati mahu tutup laptop dan tidur. Tapi bila ternampakkan 'tab' blog, tergerak hati untuk masuk menjengah. Entri terakhir pada 2 bulan lepas. Agak lama. Selama itu aku tak punya kuasa untuk mengemaskini dengan entri baru. Bukan tidak ada isu, tapi sengaja nak membisu.

Mungkin kerana sekarang aku punya jarak masa yg lama untuk ke hari peperiksaan akhir sem ini. Dari 7hb hingga 15hb, bermakna aku ada seminggu untuk ulangkaji. Nampaknya persediaan agak perlahan. Hari ini aku jalan2 di blog orang, yg lazim aku buat kalau rasa 'kurang'. Mungkin juga sudah mendapat sedikit semangat dari pertambahan usia secara rasmi 5 hari lepas!

Tajuk entri ini Makin Hampir.

Makin hampir dengan apa ya?

Iya, kalau dikira, sem ini merupakan sem ke-2 terakhir bagiku sbg pelajar UIAM. Wah, sangat cepat rasanya waktu berlalu. Masa meraikan senior2 di Konvo UIAM ke-26 baru2 ini, semarak hati untuk konvo terus menyala2. Apatah lagi bila dapat sarung jubah keramat itu (tp rasanya jubah lama lg 'keramat', huhu). Tapi aku harus sabar, ada 1 sem lagi utk diharungi. Sem yang mungkin akan menyaksikan pertarunganku dengan semangat yg berbaki. Ada sesuatu yg harus ku tempuh dengan berani dan cekal hati. Tiap kali aku memikirkan ini, hati jadi 'sakit'. Sakit yg bukan berpunca dari orang lain, namun berpunca dr diri ini sendiri. Acapkali hati menjerit: Kenapa aku haru tempuh semua ini? Mujur akal meluruskan : SABAR, ada hikmah dr Allah yang belum kau nampak. Hm, mudah2an akan aku nampak akan HIKMAHnya, mungkin beberapa bulan lagi. Aku harus terus bersedia dengan apa juga kemungkinan!

Dari sudut perancangan hidup selepas graduasi, sudah aku buat percaturan sedikit sebanyak. Secara kasar. Sudah suarakan pada Ummi, sudah juga bicara dengan Ayah. Setuju. Dan aku tahu mereka akan sentiasa di sisi mendorongku. Dari dulu, hingga akhirnya, in sya ALLAH.

Secara kasar (boleh kot reveal sikit di sini..sikit je..mane tau, kot ade yg blh tolong..) =D

- sambung Master di IPT tempatan.. dalam bidang Terjemahan. Kemungkinan di UM.. Wallahua'lam..
(aku telah tetap hati memilih terjemahan sebagai bidang yang akan aku fokus sebagai kerjaya dan yang paling penting sebagai 'ruang' yg akan aku isi sbg baktiku kepada masyarakat. Aamin..)

- dlm pada masa yg sama fokus pada misi menggerakkan PPINS sbg sumber kaderisasi ABIM NS.
(ini azamku, yg ku pahat dalam hati dan simpul dgn semangat. Aku tak mahu meninggalkan generasi du'at yg lemah. Aku tak mahu membiarkan adik2ku. Aku tetap akn teruskan, biarpun taqdirnya kalau aku seorang. Ya Allah, perkuatkn diri dan langkah ini!)

- mencari2 ruang (asyik guna ayat ni je) untuk melaksanakan misi dgn Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) ke Sepanyol. Holla! (tetibe je!)
(yang ini memang dh lama sgt simpan. Tapi sebab nak fokus pd tggjwb2 di kampus, terpaksa melupakan hasrat ini dahulu. Nampak mcm main2 je kan, tp ada sedikit persiapan dah dibuat. Bacaan, kajian. Dapat sokongan baru2 ni, jd ada semangat cket. Mungkin akan suarakan hasrat tlebih dahulu kepada pengerusinya merangkap Ketua Misi Grup Spain, Abg Ju. What says he? Hmm..)

- bina sendiri rumah yang ada tangga (ape tu? oopss...) Tak nak cakap pasal ni sbenarnya, tp yelah, kot2 kalau anda yg baca ni ada terlintas di fikiran pasal ni kan.. So better jwb awal2.. Hohoh
(hmm, frankly speaking, i haven't plan anything serious for this one. Yeah, as i'm still waiting for the right one (adei, do i need to say this here?) But still I have to aim, that is for at least 2 years ahead. Yeah, 2 years ok! Otherwise, i've to let Ummi carikan or my sis 'jalan dulu'. Nak buat cmane, dah 'ter'janji dgn beliau haritu. I thought that was only a joke, but as for her, that is a green light from me! No no no! U've to focus on your study 1st ok! (ceh, macamla dh ade calonnya..huhu..err.. heh!) Tp whatever pn, this aim is mainly bcoz i'm the oldest of my siblings, so for me to get married awal2, maybe no. Coz i've swear myself that i've to watch over my 4 younger siblings. And especially Ummi and Ayah. It's somehow sad to think of that one day i am no longer in their responsibility.. Huaa.. Ok, that's enough.. Er, apesal explanation utk yg ni pnjg sgt?)

Jadi, inilah sedikit sebanyak yg aku akan buat lepas grad (macam la grad sem ni!). Roughly la, not very detail. Kalau nak detail, tak muat blog ni karang.

Makin hampir habis exam, makin hampir dengan cuti sem.

Makin hampir habis cuti sem, makin hampir sem baru (sem akhir).

Makin hampir habis sem akhir, makin hampir nak grad.

Makin hampir nak grad, makin hampir nak tinggalkan UIA. Oh no..!

Ya ALLAH, izinkan aku terus menikmati keindahan menuntut ilmu di bumi yang aku sayangi ini. Dan benarkanlah aku untuk terus hidup sebagai khalifahmu, dalam janji yang telah terpatri dalam perjuangan ini.

Dan sesungguhnya, masih banyak yang belum sempurna dan selesai (baca:tanggungjawab)

Moga Dia beri kekuatan untuk aku terus bernafas.

Kuuni mutayaqqinah!
[jadilah orang yang yakin!]

Maryam, 2.43 AM, 10 Nov 2010
(5 hari selepas ulangtahun kelahiran ke-23)