Rabu, November 09, 2011

Andainya Baginda Ada Bersama Kita

Assalamu'alaikum..

Semoga semua yang membaca sentiasa sihat & dirahmati Allah.

Pasti ramai yang sudah tahu tentang program TV Arab yang disiarkan di Malaysia di saluran 114 TV AL-Hijrah iaitu 'Lau Kana Bainana' bukan? Program ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari seluruh pelosok dunia umat Islam, kerana ia mengembalikan rasa cinta kepada Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam. Di tengah-tengah masyarakat yang dihidangkan dengan program-program rencana Barat durjana yang hanya bertujuan mahu menghancurkan umat Islam, timbul rancangan ini, ibarat cahaya yang datang menerangi kegelapan. Ya, memang benar bagi saya kerana Nabi Muhammad yang kita kasihi pembawa Islam yang membawa cahaya ke seluruh alam.


Bila menyaksikan rancangan ini, hati jadi begitu terusik. Begitu terpesona dengan akhlak baginda yang sangat mulia dan terpuji. Acapkali terlintas di fikiran: "Adakah aku selama ini cuba mencontohi Nabi? Adakah aku sudah memperkenalkan Nabiku yang hebat ini kepada orang di sekelilingku? Adakah aku sudah benar2 mencintaimu ya Rasulullah?"

Ini hanya satu bahagian dari hidup beliau, iaitu akhlak. Banyak akhlak yang baginda pamerkan sebagai panduan kepada umatnya. Baginda merupakan seorang suami yang terbaik, bapa yang penyayang, datuk yang pengasih, peniaga yang jujur, malah lebih dari itu seorang yang cukup sempurna dari segala aspek kehidupan manusia dan peranan2 mereka.

Di sini saya ingin kongsikan lirik lagu penuh Lau Kaana Bainana Al-Habiib nyanyian Abdul Rahman Mohammed..

video

يَا رَبِّي قَدْ غَفِلْنَا وَكُلُّنَا طَمَعٌ
فِي عَفْوٍ وَفِي كَرَمٍ وَفِي أَعْتَاقٍ
وَجَنَّةٍ مَعَ سَيْدِ البَشَرِ
نَدْعُوْكَ... نَدْعُوْكَ رَبِّي مِنَ الْأَعْمَاقِ

لَوْ كَانَ بَيْنَنَا الْحَبِيْبُ # لَدَنَا القَاصِيْ وَالْقَرِيْبُ
مِنْ طَيْبَةٍ قَبْلَ الْمَغِيْبِ # طَالِباً قُرْبَ الْحَبِيْبِ

بِقُرْبِهِ الْنَّفْسُ تَطِيْبُ # وَتَدْعُوْا اللهَ فَيُجِيْبُ
أَنْوَارُ طَهَ لَا تَغِيْبُ # بَلِّغْنَا لِقَاهُ يَا مُجِيْبُ

رَحْمَةَ الْهَادِي الْقَرِيْبُ# هُدَاكَ الْكَوْنُ الرَّحِيْبُ
حَدِيْثُكَ النَّهْرُ الْعَذِيْبُ # جِوَارُكَ الْغُصْنُ الرَّطِيْبُ
فَدَتْكَ رُوْحِي يَا حَبِيْبُ # مُحَمَّدٌ مُكْرِمَ الغَرِيْبِ
بِقُرْبِكَ الْرُّوْحُ تَطِيْبُ # يَا رَحْمَةً لِلْعَالَمِيْنَ

يَا حَبِيْبِي يَا مُحَمَّدُ # يَا طَبِيْبِي يَا مُمَجَّدُ
أَنْتَ ذُو الْفَضْلِ الْمُؤَيَّدِ # جَلَّ مَنْ صَلَّى عَلَيْكَ

Boleh nyanyi bila dengar lagu ni ya.. ^_^v


"Barangsiapa yang berselawat kepada Nabi sebanyak sekali, maka Allah akan berselawat ke atasnya sebanyak sepuluh kali" [Riwayat Muslim]

Semoga akan makin ramailah Muslim yang berakhlak mulia dengan adanya program2 mendidik jiwa seperti ini.

Ya Rasulullah, kami merinduimu...

Tiada ulasan: