Rabu, November 23, 2011

Sedikit demi sedikit

Bismillahirrahmanirrahim..

Kadang-kadang dalam kehidupan ini, acapkali kita bersangka yang bukan-bukan. Mungkin kerana hati itu tidak disuluh iman.

Selalu juga dalam kehidupan ini, hati kita meminta yang belum pasti, tapi yang pasti ialah kemahuan hati kita.

Sebab itu Allah suruh berdoa dan ingatkan Dia banyak2.. Dalam apa sahaja perlakuan. Agak-agaknya boleh tak kita fikirkan Allah, dalam mana-mana keadaan yang kita seperti tak akan mengingati Allah, contohnya ketika baca buku (tumpuan pada buku), dengar lagu (yang bukan ketuhanan)? Saya selalu terfikirkan ini kebelakangan ini.

Makin dewasa, makin banyak perkara di dalam kotak pemikiran. Sedikit demi sedikit kita fahami erti hidup. Erti bahawa hidup kita ini Allah yang punya...

Dan saya, sejak akhir-akhir ini, mendapat jawapan sedikit demi sedikit. (Itu sebab tajuk entri ini begini)


* Mahu lebih usaha & doa, supaya hidup lebih terpimpin. Utk semua perkara. Dan pastinya, masih terus memburu jawapan.

Tiada ulasan: