Isnin, Mac 21, 2011

JANGAN BERKIRA!

Assalaamu'alaikum..
Bismillahirrahmaanirrahim..

Berharap agar semua pembaca sentiasa sihat dalam rahmat dan jagaanNya..

Sementara menunggu waktu ke kelas Manahij al-Mufassirin jam 2 pm ini, terdetik di hati nak berkongsi sedikit motivasi..

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 2pm adalah waktu untuk kelas Manahij al-Mufassirin, kelas untuk subjek minor bagi saya. Kelas ni selalunya akan mula agak lewat, mungkin sebab waktu Zohor sudah lambat sekarang.

Jadi bila mula lambat tu, ramaila yang akan datang lewat. Tapi saya antara yang selalu datang awal, saya sendiri tak tahu kenapa. Rasanya taklah awal sangat ke kelas, bila jam 2 saya pun bertolakla dari masjid yang terletak sejengkal je dengan IRK tu. Tapi yang pelik, biasanya mesti beberapa orang je yang dah sampai. Padahal saya ni bukanla termasuk dalam golongan yang so-called 'punctual' sangat ke kelas (mengaku jela).

Alkisahnya nak cerita kat sini, bila dah jadi antara orang terawal tu, saya pun selalula merajinkan diri pegi ambik kunci kelas di Lab IRK tui. Dah orang awal kan, karang lambat amik, lambat masuk kelas, lambat mula belajar. Nak2 bila ustazah dah sampai, ustazah kena tunggu pulak. Jadi bila memikirkan perkara-perkara yang 'melambatkan' begitu, saya pn selalula pegi ambik kunci. Bukanla setiap kali, tapi SELALU..

Biasanya student2 ni malas nak g ambik kunci, sbb kena tinggal kad matrik, dan lepas tu kalau ade kelas lain nak guna kelas tu kena cari pulak orang lain untuk tukar kad matrik tu. Nampak seperti leceh kan? Jadi sebab tu tak ramai yang rajin buat kerja2 leceh ni.

Satu hari tu, saya sampai lambat, termengah-mengah. Itu tak kira lagi peluh yang dah membasahi baju. Tengok-tengok, ramai yang dah sampai, tapi, kelas tak buka lagi! Adus, ingatkan dah ada yang pegi ambik, rupanya tak. Dengan baki panas dan berpeluh-peluh yang masih ada, mungkin 'meter' kelajuan pun belum berhenti, saya pun pegi ambik kunci.

Masa nila macam-macam otak ni buat tanggapan. Kenapa? Kenapa mereka tak ambik kunci lagi? Ceh, xdela skema sangat mcm ni, xdenye.. Saje je.. Tapi kirenye saya agak tak puas hati, kenapa mereka masih menunggu, kalau tak ada siapa yang pegi ambik kunci, apa salahnya ambilkan. Bukan apa, membazir masa. Kan bagus kalau pegi ambik kunci awal-awal, kemudian buka pintu, boleh duduk dalam 'aircond' tu, xperlu tunggu luar, berdiri pula tu.

Dalam pada berfikir begitu, tetiba saya teringat. Tersedar. Adakah aku berkira? Cepat-cepat tersedar, fikiran begini akan buat aku tak ikhlas, dan tak ada pahala dalam berbuat baik, dalam membantu orang lain. Segera beristighfar.

Teringat sebelum pegi ambik kunci tadi, ade seorang kawan sempat berkata, "Minta maaf eh", dengan muka yang agak serba salah. Bersalahnya aku!

Pengajarannya, bila membantu orang, ikhlaskanlah hati. Allah tak pernah berkira dengan kita, jadi kenapa kita ni nak berkira bila sekelumit tenaga kita berikan pada orang lain? Bukankah tenaga itu Allah jua yang beri?

Astaghfirullah al-'Azhim..

JANGAN BERKIRA, ok..

* agak2nya kejap lagi siapa yang pegi ambik kunci? Huhu