Rabu, November 23, 2011

Sedikit demi sedikit

Bismillahirrahmanirrahim..

Kadang-kadang dalam kehidupan ini, acapkali kita bersangka yang bukan-bukan. Mungkin kerana hati itu tidak disuluh iman.

Selalu juga dalam kehidupan ini, hati kita meminta yang belum pasti, tapi yang pasti ialah kemahuan hati kita.

Sebab itu Allah suruh berdoa dan ingatkan Dia banyak2.. Dalam apa sahaja perlakuan. Agak-agaknya boleh tak kita fikirkan Allah, dalam mana-mana keadaan yang kita seperti tak akan mengingati Allah, contohnya ketika baca buku (tumpuan pada buku), dengar lagu (yang bukan ketuhanan)? Saya selalu terfikirkan ini kebelakangan ini.

Makin dewasa, makin banyak perkara di dalam kotak pemikiran. Sedikit demi sedikit kita fahami erti hidup. Erti bahawa hidup kita ini Allah yang punya...

Dan saya, sejak akhir-akhir ini, mendapat jawapan sedikit demi sedikit. (Itu sebab tajuk entri ini begini)


* Mahu lebih usaha & doa, supaya hidup lebih terpimpin. Utk semua perkara. Dan pastinya, masih terus memburu jawapan.

Rabu, November 09, 2011

Waiting for The Call (Irfan Makki)

Satu lagi lagu baru oleh Irfan Makki yang menduduki Carta Lagu Kegemaran Terkiniku!

Irfan Makki - Waiting for the call [Lyrics]

Miles away, oceans apart
never in my sight always in my heart
the love is always there it will never die
only growing stronger a tears rose down my eye

I am thiking all the time
when the day will come
standing there before you
accept this Hajj of mine

standing in ihram, making my tawaf
drinking blessings from your well
the journey to Safa and Marwah
rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
praying for the day when I can be near the Kabah wall

I feel alive and I feel strong
I can feel Islam running in my Veins
to see my muslim brothers, their purpose all the same
greeting one another, exalting one True Name
I truly hope one day that everyone’s a Muslim.
that they remember you in everything they say

standing in ihram making my tawaf, making my tawaf
drinking blessings from your well
the journey to Safa and Marwah
rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
praying for the day when I can be near the Kabah wall


لبيك اللهم لبيك لبيك لا شريك لك لبيك إن الحمد والنعمة لك والملك لا شريك لبيك


나는 진짜로 노래는 감동적이었는데 (i am really touched by this song...)

Andainya Baginda Ada Bersama Kita

Assalamu'alaikum..

Semoga semua yang membaca sentiasa sihat & dirahmati Allah.

Pasti ramai yang sudah tahu tentang program TV Arab yang disiarkan di Malaysia di saluran 114 TV AL-Hijrah iaitu 'Lau Kana Bainana' bukan? Program ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari seluruh pelosok dunia umat Islam, kerana ia mengembalikan rasa cinta kepada Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam. Di tengah-tengah masyarakat yang dihidangkan dengan program-program rencana Barat durjana yang hanya bertujuan mahu menghancurkan umat Islam, timbul rancangan ini, ibarat cahaya yang datang menerangi kegelapan. Ya, memang benar bagi saya kerana Nabi Muhammad yang kita kasihi pembawa Islam yang membawa cahaya ke seluruh alam.


Bila menyaksikan rancangan ini, hati jadi begitu terusik. Begitu terpesona dengan akhlak baginda yang sangat mulia dan terpuji. Acapkali terlintas di fikiran: "Adakah aku selama ini cuba mencontohi Nabi? Adakah aku sudah memperkenalkan Nabiku yang hebat ini kepada orang di sekelilingku? Adakah aku sudah benar2 mencintaimu ya Rasulullah?"

Ini hanya satu bahagian dari hidup beliau, iaitu akhlak. Banyak akhlak yang baginda pamerkan sebagai panduan kepada umatnya. Baginda merupakan seorang suami yang terbaik, bapa yang penyayang, datuk yang pengasih, peniaga yang jujur, malah lebih dari itu seorang yang cukup sempurna dari segala aspek kehidupan manusia dan peranan2 mereka.

Di sini saya ingin kongsikan lirik lagu penuh Lau Kaana Bainana Al-Habiib nyanyian Abdul Rahman Mohammed..

video

يَا رَبِّي قَدْ غَفِلْنَا وَكُلُّنَا طَمَعٌ
فِي عَفْوٍ وَفِي كَرَمٍ وَفِي أَعْتَاقٍ
وَجَنَّةٍ مَعَ سَيْدِ البَشَرِ
نَدْعُوْكَ... نَدْعُوْكَ رَبِّي مِنَ الْأَعْمَاقِ

لَوْ كَانَ بَيْنَنَا الْحَبِيْبُ # لَدَنَا القَاصِيْ وَالْقَرِيْبُ
مِنْ طَيْبَةٍ قَبْلَ الْمَغِيْبِ # طَالِباً قُرْبَ الْحَبِيْبِ

بِقُرْبِهِ الْنَّفْسُ تَطِيْبُ # وَتَدْعُوْا اللهَ فَيُجِيْبُ
أَنْوَارُ طَهَ لَا تَغِيْبُ # بَلِّغْنَا لِقَاهُ يَا مُجِيْبُ

رَحْمَةَ الْهَادِي الْقَرِيْبُ# هُدَاكَ الْكَوْنُ الرَّحِيْبُ
حَدِيْثُكَ النَّهْرُ الْعَذِيْبُ # جِوَارُكَ الْغُصْنُ الرَّطِيْبُ
فَدَتْكَ رُوْحِي يَا حَبِيْبُ # مُحَمَّدٌ مُكْرِمَ الغَرِيْبِ
بِقُرْبِكَ الْرُّوْحُ تَطِيْبُ # يَا رَحْمَةً لِلْعَالَمِيْنَ

يَا حَبِيْبِي يَا مُحَمَّدُ # يَا طَبِيْبِي يَا مُمَجَّدُ
أَنْتَ ذُو الْفَضْلِ الْمُؤَيَّدِ # جَلَّ مَنْ صَلَّى عَلَيْكَ

Boleh nyanyi bila dengar lagu ni ya.. ^_^v


"Barangsiapa yang berselawat kepada Nabi sebanyak sekali, maka Allah akan berselawat ke atasnya sebanyak sepuluh kali" [Riwayat Muslim]

Semoga akan makin ramailah Muslim yang berakhlak mulia dengan adanya program2 mendidik jiwa seperti ini.

Ya Rasulullah, kami merinduimu...

Khamis, November 03, 2011

Car Service!

Assalamu'alaikum..

Saja nak berkongsi pengalaman menghantar kereta ayah yang telah jadi hak milik sementaraku. Sepatutnya kena tukar minyak hitam pada kilometer ke 11444, tapi ini dah terlajak ke 13896. Nak buat cmana, tak sempat nak hantar servis. Akhirnya setelah beberapa kali ditanya oleh ayah dan gaji pun baru je masuk, jadi Sabtu yang lepas aku pun ke Kuang Auto Proton Service (lebih kurangla) namanye. Ditemani ateh.


Ini ruangan menunggu. Siap boleh buat kopi, teh. Siap bagi mineral water.. (Orang tak pernah hantar kereta pergi service mmg camni. Huhu)


Wah, siap terangkat lagi kereta tu. Aku memang salu terfikir cmane agaknya kalau kereta terbang, atau melompat sebab nak elak tahi lembu..err..imaginasi tinggi..

Kesimpulannya, aku teruja. Orang mungkin akan kata, eleh servis keta je pun. Atau ada yang gelak. Biarla. Ini pengalaman aku. Huhu. Aku cakap pada ayah: "Nanti adela pengalaman nak hantar kereta sendiri pergi servis". MySpace

Jumlah bayaran untuk servis kali ini RM 134.35. Aku rasa takat ni je aku mampu, sbb servis seterusnya makin mahal, iaitu RM 174. Adoi, kena cari alasan supaya dapat mengelak servis keta yang seterusnya (teruk kan?) Bukan apa, kalau mampu tak ade masalah. Tapi, ukur baju di badan sendiri la kan. Tapi yang bestnye nanti ade FOC car wash. Wah, cam best je.

Dah macam keta aku je NCM 6438 ni. Agaknya MY 2747 tu dah jeles. Nak buat macam mana, rehatlah ye. Kau dah berkhidmat selama setahun lebih dah. Kau pun perlu rehat juga. (?)

Lepas dah siap servis, nak bayar. Aku teragak-agak nak pergi sebab segan, ongkosnya tak sempat dikeluarkan terlebih dulu sebelum datang tadi. Maklumlah Sabtu, sesak di Tampin tu. Aku memang tak suka simpan duit banyak2 dalam dompet sebagai langkah berjaga-jaga. Parking dahla payah. Tengok2, diorang ade Mesin Debit Kad. Aku ingat Kad CIMB merah tu tak boleh guna untuk mesin tu, rupanya boleh. Alhamdulillah, takla tebal sangat muka aku ni nak kena pegi ATM kejap plak. Buat malu org Islam je. (Sebab cashiernya Chinese lady maa)

Selesai semuanya, aku pun amik kunci. Eh, mana kunci? Aku tanya cashier tadi, dia dengan tersipu-sipu ambil dan bagi kunci tu kat aku. Eh, apesal kunci ni lain macam? Aku diamkan je sebab ingat 3rd service ni diorang amik plat silver tulis PROTON kat kunci tu. Sekali, baru buka pintu, adik (adik ke?), em, cik la kot, yang jaga giliran tadi tu panggil, rupanya tu bukan kunci aku. Fuh, selamat! Dapat balik kunci aku, kalau tak jawabla dengan ayah balik nanti.

Aku dan adik aku pun naikla kereta. Ingatkan enjin rasa macam tip top la, blh drift ke kalau lepas servis. Rupanya tak ade la sampai macam tu, terasa sikit la macam smooth je bila tekan pedal minyak. Maklumla, keta auto ni ada masanya lambat pikap sikit.

Okey, selesai servis keta pertama. Aku memang macam ni, kalau pertama kali melalui sesuatu perkara, memang teruja lebih. Huhu.

Sekian~