Khamis, Disember 15, 2011

Buat atau tidak?




Bila menguruskan sesuatu perkara, maka sudah pastilah segala risiko dan ketidaksamaran itu ditanggung sendiri jua.

Kadang-kadang dalam keadaan ini, perkara yang sentiasa dalam fikiran ialah: kejap lagi la.. Atau minta si fulan la buat. Atau tinggalkan jelah!

Haish.. Haza la yumkin! Mustahiil!

Pada diri sendiri diingatkan:

Jika diteruskan, banyak kebaikannya (sudah pasti).

Jika ditinggalkan, banyak kebaikan, banyak juga buruknya.
Baiknya, memberi ruang pada yang lain.
Buruknya, tergendala semua perkara!
Yang paling baik, hati dan otak rasa lapang. (Baca: boleh rehat)

In this state, i feel just like: oh, i've to keep on going. Yes, u can do it! But suddenly not too long after that i eventually feel like: Oh, i wanna give up! [Oh, andwae!]

Buat atau tidak, pada dirimu sendiri ada jawapannya.

Again, fikirkan tujuan, dan teruskan tanpa bertangguh.

Bila positif, semua akan positif.

In sya ALLAH!

Isnin, Disember 05, 2011

Tetamu Senja

Sudah 2 kali terdengar sajak ini di IKIM.fm. Sekali dengar tempoh hari rasa nak cari sajak ini. Kali kedua dengar pagi tadi, terus cari dan letak di sini. Buat pedoman semua.


Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja

Bila tiba detik kembalilah kita kepadaNya

Kita datang ini kosong tangan kosong dada

Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala


Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang

Bawalah bakti mesra kepada tuhan kepada insan

Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang

Usahlah derhaka kepada Tuhan kepada insan


Bila kita lihat manusia lupa tempat

Atau segera sesat puja darjat puja pangkat

Segera kita insaf kita ini punya kiblat

Segera kita ingat kita ini punya tekad


Bila kita lihat manusia terbiar larat

Hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat

Harus kita lekas segera sedar pada tugas


Kita datang ini satu roh satu jasad

Bila pulang nanti bawalah bakti padat berkat

[Kita Ini Tetamu Senja, A. Samad Said]
-Telah dinyanyikan oleh Kopratasa-


Dan Allah s.w.t telah berfirman:


(QS Al-Baqarah : 30)
Marilah hidup sebagai hamba & khalifah Allah. Kerana segalanya bukan milik kita..

[Muhasabah]