Khamis, Disember 20, 2012

Khan Younis

Assalamu'alaikum!

Apa khabar teman2 semua? ^__^

Whooa.. Rindu tak terkira pada blog ini. *Ceh, ayat stereotaip blogger yg kemalasan*

Hmm.. Saya rasa dah banyak kali janji nk update blog *janji ke?* Tapi tak juga di'hapdet'.

Ok lah, kali ini saya akan bersungguh *insyaa Allah* mengemaskini blog dengan ilmu atau perkongsian yang bermanfaat.
Saya mulakan dengan satu lirik lagu tentang Gaza & Palestin.

Khan Younis.

Pada mulanya saya fikir ia nama seseorang. Nama tokoh, atau nama pejuang Palestin. Rupanya bukan. Ia nama sebuah daerah di Selatan Gaza yang telah ditubuhkan oleh kerajaan Mamluk satu ketika dulu pada tahun 1387. Boleh baca selanjutnya di sini.

Akan tetapi lagu ini tidak berkisar tentang sejarah Khan Younis dulu dan kini. Liriknya ringkas, tapi sarat dengan makna. Makna kehidupan anak kecil Gaza yang setiap masa dihujani peluru-peluru yang tak mengenal mangsa. Jelaslah, penulis lirik ini mahu menceritakan perihal anak2 Gaza di Khan Younis. Supaya lebih jelas gambarannya.

Kisah perjuangan saudara2 kita di Gaza sudah lebih 60 tahun berlanjutan.

Kata cendikiawan Amerika baru-baru ini:
"There'll be no more Israel in ten years.."

Kemenangan Islam itu pasti. Paling penting, jangan sesaat pun kita lupakan mereka, jangan sekalipun lupakan mereka dalam doa kita.



KHAN YOUNIS

Maghrib Khamis
Dibasuhnya baju
Ampaian diluar jendela
Berinjat kakinya
Doakan rembulan

Keringkan jemuran
Rindu hanya satu
Esok solat Jumaat
Ingin doa mengadu
Diri yatim piatu

Malam pun larut
Khan Younis terlena dipintu

Belum pun subuh
Api menyambar
Lebur kaca jendela
Maut berjerubuh
Mayat masih disitu

Jari merah kecil
Erat mengengam baju
Basah airnya mandikan GAZA


Dinyanyikan oleh: Azhary (Iya)


Tiada ulasan: