Sabtu, Januari 05, 2013

Sudah cukup sudah

Bismillahirrahmaanirrahim..~

Baru tersedar. Pada tahun 2012 yang baru berlalu ini cuma ada 2 entri yang saya tulis di blog ini!

Apa sudah jadi pada saya?

Sudah kering ideakah?

Atau sudah tidak mahu (mampu) menulis?

Atau sudah tiada minat berkongsi di blog?

Oh, betapa saya rindukan semangat yang dulu!

Baiklah, saya kira musim 'kemarau' tulisan di blog saya ini sudah berlalu. Cukup-cukuplah saya biarkan blog ini sepi tanpa coretan. Cukup-cukuplah saya me'layani' sifat M yang cukup tak baik itu.

Untuk yang membaca ini, terutamanya bloggers. Sekiranya sudah terdetik di hati anda 'malasnya nak update blog' atau 'nantilah, banyak kerja' dsb, maka ketahuilah bahawa itu satu petanda yang tidak baik untuk aktiviti penulisan anda.

Percayalah, apabila sekali anda melayan sifat2 tak baik ini, lama kelamaan ia akan jadi 'barah'. Merebak hingga tak mampu dikawal dan diubati, kecuali dengan kesedaran dan keazaman yang tinggi. Dan semua keazaman serta semangat itu hanya akan didapati semula dengan cara melihat blog2 yang aktif dan memberikan banyak pengisian yang bermanfaat, tak kira tentang apa sekalipun!

Jika anda seorang yang minat menulis, pasti anda akan rasa tergugat dan cemburu. Pasti anda nak jadi salah seorang dari yang disebut Nabi s.a.w : Sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat kepada manusia lainnya, bukan?

Jika anda berasa begitu, maka bangkitlah! Buatlah azam baru untuk blog anda.

Sempena tahun baru ini, maka baik juga jika diletakkan satu azam khas untuk blog, iaitu 'Saya akan kemaskini blog setiap hari/minggu/bulan/ada program dll'. Bergantung kepada peruntukan masa anda. Terpulang. Yang penting, ada manfaat untuk dikongsikan.

Ayuh, sama-sama menyumbang dlm dunia penulisan blog!

Sudah, cukup cukup sudah dengan kemalasan itu!

*ini antara azam tahun baru saya juga.. ^_~ *
*lagu Sudah Cukup Sudah - Nirwana Band tu sedap kan? Err.. *

Tiada ulasan: