Rabu, Januari 09, 2013

You Came To Me


You Came To Me – Sami Yusuf feat Siti Nurhaliza

You came to me in that hour of need
When I was so lost, so lonely
You came to me took my breath away
Showed me the right way, the way to lead
You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want is to be with you
You are my one true love
Taught me to never judge
Now all I want is to be with you

[Chorus]Allahuma Salli ‘ala Sayideena Mustafa
‘Alaa Habeebika Nabieeka Mustafa
Allahuma Salli ‘ala Sayideena Mustafa
‘Alaa Habeebika Nabieeka Mustafa
‘Alaa Habeebika Nabieeka Mustafa

Dikau hadir kala ku sedih sendirian dan hilang
Dikau hadir kala aku mendambakan petunjuk jalan

For you I’d sacrifice
For you I’d give my life
Anything, just to be with you

I feel so lost at times
By all the hurt and lies
Now all I want
Is to be with you

Showed me right from wrong
Taught me to be strong
Need you more than ever
Ya Rasul ALLAH

Telah kau datang
Teranglah alam
Daku perlukan mu
Ya Rasulullah

You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want is to be with you

You are my one true love
Taught me to never judge
Now all I want is to be with you


Antara lagu yang sering saya dengari sekarang. Soothing. Menenangkan.. Tak dapat nak sertakan link videonya di Youtube, sebab bila search kat video uploader blogger ni, video lain yang keluar. *Haih..*

Yang penting lagu ni menenangkan. Sejuk hati mendegar. Lagu cinta untukMu ya Rasulallah..

Sollu 'alannabiy! ^_^

Sabtu, Januari 05, 2013

Sudah cukup sudah

Bismillahirrahmaanirrahim..~

Baru tersedar. Pada tahun 2012 yang baru berlalu ini cuma ada 2 entri yang saya tulis di blog ini!

Apa sudah jadi pada saya?

Sudah kering ideakah?

Atau sudah tidak mahu (mampu) menulis?

Atau sudah tiada minat berkongsi di blog?

Oh, betapa saya rindukan semangat yang dulu!

Baiklah, saya kira musim 'kemarau' tulisan di blog saya ini sudah berlalu. Cukup-cukuplah saya biarkan blog ini sepi tanpa coretan. Cukup-cukuplah saya me'layani' sifat M yang cukup tak baik itu.

Untuk yang membaca ini, terutamanya bloggers. Sekiranya sudah terdetik di hati anda 'malasnya nak update blog' atau 'nantilah, banyak kerja' dsb, maka ketahuilah bahawa itu satu petanda yang tidak baik untuk aktiviti penulisan anda.

Percayalah, apabila sekali anda melayan sifat2 tak baik ini, lama kelamaan ia akan jadi 'barah'. Merebak hingga tak mampu dikawal dan diubati, kecuali dengan kesedaran dan keazaman yang tinggi. Dan semua keazaman serta semangat itu hanya akan didapati semula dengan cara melihat blog2 yang aktif dan memberikan banyak pengisian yang bermanfaat, tak kira tentang apa sekalipun!

Jika anda seorang yang minat menulis, pasti anda akan rasa tergugat dan cemburu. Pasti anda nak jadi salah seorang dari yang disebut Nabi s.a.w : Sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat kepada manusia lainnya, bukan?

Jika anda berasa begitu, maka bangkitlah! Buatlah azam baru untuk blog anda.

Sempena tahun baru ini, maka baik juga jika diletakkan satu azam khas untuk blog, iaitu 'Saya akan kemaskini blog setiap hari/minggu/bulan/ada program dll'. Bergantung kepada peruntukan masa anda. Terpulang. Yang penting, ada manfaat untuk dikongsikan.

Ayuh, sama-sama menyumbang dlm dunia penulisan blog!

Sudah, cukup cukup sudah dengan kemalasan itu!

*ini antara azam tahun baru saya juga.. ^_~ *
*lagu Sudah Cukup Sudah - Nirwana Band tu sedap kan? Err.. *